Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pilih-pilih Makanan Untuk Turunkan Paras Kolesterol

Perkongsian menarik Selera kali ini cuba memperbetulkan persepsi segelintir masyarakat terhadap fungsi sebenar kolesterol dalam tubuh dan cara menurunkannya.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:30PM

Pilih-pilih Makanan Untuk Turunkan Paras Kolesterol

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasi lemak, roti canai, mi goreng, nasi goreng kampung, mi kari, char kuey teow dan lauk-pauk citarasa Malaysia memang enak dimakan pada bila-bila masa. Siapa yang mampu menolaknya apabila makanan ini terhidang di depan mata.

Tetapi anda perlu tahu, kesemua hidangan ini jika dimakan berlebih-lebihan boleh mendatangkan masalah kesihatan yang memudaratkan kesihatan. Lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan gaya hidup pasif. Maksudnya, bersenam tidak termasuk dalam rutin harian anda. 

Salah satu masalah kesihatan yang boleh terjadi ialah kolesterol tinggi yang boleh mengundang masalah jantung dan juga strok. Kolesterol terbentuk di dalam hati dan ia sebenarnya memiliki fungsi penting untuk tubuh. 

Kolesterol terbentuk di dalam hati dan ia memiliki fungsi penting untuk tubuh. Semua orang memiliki kolesterol dalam tubuhnya. Ada dua jenis kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Pertama adalah kolesterol LDL (Low density lipoprotein) atau dikenali sebagai kolesterol jahat. 

Kedua ialah kolesterol HDL (High density lipoprotein) yang merupakan kolesterol baik yang dapat melarutkan kolesterol jahat dalam tubuh kerana mempunyai ketumpatan paling tinggi.

Paras normal kolesterol dalam tubuh adalah 160-200 mg sahaja. Jadi jangan anggap kolesterol ini sebagai musuh. Kolesterol menjadi merbahaya jika kadar kandungannya di dalam darah melebihi paras normal. Eh! Siapa kata hanya mereka yang bertubuh besar (gemuk) sahaja yang berisiko mempunyai kolesterol tinggi? Silap besar jika ini yang anda percaya.

Dengan gaya hidup sekarang yang lebih suka makan di luar dan menikmati makanan segera, semua golongan umur terdedah kepada bahaya kolesterol tinggi. Sebenarnya ramai yang tidak tahu berapa banyak lemak baik dan jahat yang telah mereka makan pada setiap hari.  Oleh itu, pastikan anda mengambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan yang baik dengan mengamalkan tabiat gaya hidup sihat dan periksa paras kolesterol anda secara berkala.

Ketika kadar kolesterol LDL tinggi, maka akan menimbulkan penyumbatan aliran darah, dan ini mengganggu peredaran darah ke jantung. Apabil hal ini berlaku, ia boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. Oleh sebab itu, adalah penting untuk setiap daripada kita mengetahui cara untuk  menurunkan kolesterol tinggi.

Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menurunkan kolesterol tinggi. Anda boleh mengambil ubat-ubatan yang telah dipreskripsikan atau amalkan pemakanan yang sihat. Ini kerana, masalah kolesterol tinggi sering berlaku disebabkan oleh pemakanan. Berhati-hatilah dalam pemilihan makanan. 

Berikut beberapa jenis makanan yang boleh diamalkan untuk menurunkan paras kolesterol.

1) Omega 3

Ikan berlemak seperti salmon dan ikan tenggiri adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik. Omega-3 dapat memperbaiki kesihatan jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan risiko keradangan dan strok. 

2) Brokoli

Brokoli mengandung serat yang tinggi yang dapat berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh. Brokoli membantu proses detoksifikasi tubuh secara semulajadi. Dengan begitu pelbagai jenis penyakit boleh dihindarkan dari tubuh badan. Untuk mendapatkan manfaat brokoli yang terbaik, sediakannya dengan cara merebus atau memanggang. Tak perlu goreng menggunakan minyak. 

3) Epal

Buah ini terutama kulitnya mengandung pektin iaitu serat larut air yang sangat berkesan untuk menurunkan kadar kolesterol. Pektin bekerja menyerap kolesterol dan lemak jahat di dalam usus halus, untuk dibawa keluar menerusi urin dan tinja. 

4) Oat

Oat kaya dengan serat larut yang boleh membantu menurunkan kolesterol. Serat larut berperanan untuk menghambat penyerapan kolesterol LDL atau kolesterol ‘jahat’ yang merupakan salah satu pemicu serangan jantung dan strok.

Menurut Anne Whitehead dalam jurnal yang diterbitkan oleh National Library of Medicine, serat larut pada oat mengandung zat beta glucan. Beta glucan inilah yang efektif menurunkan kolesterol dalam darah.

5) Betik

Betik merupakan buah penurun kolesterol HDL yang juga tinggi antioksidan seperti likopen, vitamin C, dan vitamin E. Kolestrol boleh terkumpul pada pembuluh darah sehingga akhirnya membentuk plak dan menutupi pembuluh darah. Vitamin E dan C pada betik akan menyatu dengan enzim yang disebut ‘paraxonase’ yang akan menghalang terjadinya oksidasi kolesterol di dalam pembuluh darah.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan cara mudah ini untuk menghindari masalah kolesterol tinggi. Minumlah perahan jus limau nipis yang dicampurkan dengan segelas air kosong atau suam sebelum tidur dan juga sebaik bangun tidur. Ini kerana, limau nipis kaya dengan flavonoid yang ertindak sebagai anti-oksidan kuat. Anti-oksidan membantu melindungi tubuh dari bahaya radikal bebas, terutama molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel-sel sihat. 

Ingat! disiplinkan diri untuk mendapat hasil terbaik.

Foto : unsplash

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Kampung Lah Gamit Memori Di Kampung, Saji Masakan Asli Negeri Sembilan

2

Selera 1 bulan yang lalu

Asam Pedas London Sedia Menu Kampung, Ada Cabutan Bertuah Setiap Hari

3

Selera 1 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

4

Selera 1 bulan yang lalu

Nikmati Roti Canai Gaya Baharu Dengan Rollti

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi