web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Resipi Biskut Oat Cip Coklat Rangup

Selain bagus untuk sarapan pagi, hidangan berasaskan oat juga bagus untuk waktu snek. Berikut adalah resipi biskut oat cip coklat rangup yang boleh anda cuba untuk dijadikan kudap-kudapan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 8:48AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda berjumpa doktor kerana masalah kolesterol tinggi, salah satu saranan doktor adalah mengamalkan pengambilan oat dalam diet harian. Boleh ambil ketika sarapan pagi atau pada bila-bila masa yang anda ingini.

Bijirin oat penuh dengan semua jenis nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, oat tinggi dengan kandungan serat yang bagus untuk sistem pencernaan, membantu menurunkan berat badan serta menurunkan paras kolesterol di dalam darah.  

Setengah cawan oat (cawan bersaiz sederhana) mengandungi  4 gram serat, di mana jumlah ini membantu anda merasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama berbanding dengan hidangan yang tinggi karbohidrat dan gula.

Selain bagus untuk sarapan pagi, hidangan berasaskan oat juga bagus untuk waktu snek. Berikut adalah resipi biskut oat cip coklat rangup yang boleh anda cuba sediakan sendiri untuk dijadikan kudap-kudapan. 

Resipi ini dikongsi oleh ibu penulis beberapa tahun lalu dan penulis telah mencubanya sendiri.

 

Bahan-bahan:

250g mentega tanpa garam

240g gula perang 

2 cawan cip coklat

2 cawan oat segera atau mudah dimasak

2 ½ cawan tepung gandum

½ cawan tepung jagung

1/4 cawan minyak jagung

2 biji telur saiz sederhana

1 sudu makan esen vanila

1 sudu teh serbuk penaik

 

Cara penyediaan:

1) Campurkan mentega dan gula perang di dalam satu bekas dan pukul sehingga kembang.

2) Masukkan telur secara perlahan-lahan bersama esen vanilla dan kacau sehingga sebati.

3)  Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama.  Kacau sebati.  

4)  Masukkan minyak jagung ke dalam adunan. Gaul sehingga sebati.

5) Campurkan cip coklat dan oat dan gaulkan sehingga bahan-bahan ini benar-benar sekata. 

6) Gunakan sudu untuk menyusun adunan biskut ini di atas dulang pembakar. Jangan lupa griskan terlebih dahulu atau lapik dengan kertas pembakar.

7.  Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit awal. Gunakan suhu 150C dan biarkan ia masak kira-kira 20-25 minit. Perhatikan biskut yang sedang dimasak kerana tempoh memasak ini bergantung kepada jenis dan saiz ketuhar yang digunakan.  

8. Setelah selesai membakar, sejukkan dahulu biskut ini sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba! - Getaran, 21 Mac 2022

Gambar dan resipi : Rahayu Mat Nah

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Multivitamin Dan Probiotik Premium Mampu Atasi ‘Kelaparan Tersembunyi’ Lelaki Dan Wanita Malaysia

2

TARA 3 tahun yang lalu

Ambil 7 Makanan Ini Untuk Awet Muda

3

TARA 3 tahun yang lalu

8 Makanan Pengganti Nasi Untuk Yang Cuba Menurunkan Berat Badan

4

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Selera @ Getaran Ep. 57 - Rahsia Masak Nasi Lemak Buat 'First Timer'

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini