Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Multivitamin Dan Probiotik Premium Mampu Atasi ‘Kelaparan Tersembunyi’ Lelaki Dan Wanita Malaysia

Pakar kesihatan mendapati bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami 'kelaparan tersembunyi', istilah yang digunakan untuk menggambarkan kekurangan vitamin dan mineral yang disebabkan oleh kurangnya nutrien dalam diet.

TARA · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 6:00PM

'Kelaparan tersembunyi' adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kekurangan vitamin dan mineral yang disebabkan oleh kurangnya nutrien dalam diet - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan Hari Kesihatan Dunia yang jatuh pada 7 April baru-baru ini, jenama terkemuka dalam industri kesihatan dan kesejahteraan, LAC Malaysia, memperkenalkan semula multivitamin Men's Mega Multi dan Women's Mega Multi, yang diperbuat khusus untuk kaum lelaki dan wanita. 

Pengenalan semula ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada pentingnya penjagaan diri demi  kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan. Di samping multivitamin, LAC juga memperkenalkan Probiotic Complex untuk golongan dewasa dan Probiotic Gummies untuk kanak-kanak yang sedang membesar untuk menjaga kesihatan usus.

"Ramai yang bersetuju bahawa kesihatan yang baik bermula dengan diet seimbang dan senaman yang teratur. Bagaimanapun, disebabkan gaya hidup yang mencabar, bukan mudah untuk mengekalkan rutin yang sihat walaupun ramai di antara kita berusaha sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan," ulas Pengurus Besar LAC Malaysia, Patrick Fam.

"Sebenarnya, pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami 'kelaparan tersembunyi', istilah yang digunakan untuk menggambarkan kekurangan vitamin dan mineral yang disebabkan oleh kurangnya nutrien dalam diet. Dalam keadaan sebegini, makanan tambahan seperti multivitamin dapat membantu menampung kekurangan nutrien tersebut,” tambah beliau lagi.

Antara vitamin dan probiotik keluaran LAC - Gambar ihsan LAC
Antara vitamin dan probiotik keluaran LAC - Gambar ihsan LAC

Selain multivitamin, LAC juga menyediakan probiotik untuk membantu setiap individu mendapatkan usus yang sihat. Ini kerana usus merupakan organ dalaman yang cukup penting sehinggakan pakar perubatan menganggapnya sebagai otak kedua kerana hubungannya dengan sistem saraf pusat, iaitu otak.

"Di LAC, kami percaya bahawa setiap individu sewajarnya mendapat suplemen berkualiti tinggi untuk membantu mereka mencapai matlamat kesihatan mereka, oleh itu kami komited untuk menyediakan ramuan terbaik yang diperolehi daripada pembekal yang diyakini, dan produk-produk kami menjalani ujian yang teliti supaya dapat memenuhi, malahan dapat melangkaui standard industri.”

Perlu ditekankan bahawa semua produk LAC adalah berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), di bawah Kementerian Kesihatan dan boleh didapati di lebih 65 cawangan runcit di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk LAC, sila layari laman web jenama tersebut di https://www.lacworldwide.com.my

 

Perlukah mengambil suplemen dalam diet harian?

Menurut Sekolah Kesihatan Awam Harvard, pengambilan multivitamin mungkin mempunyai sedikit atau tiada faedah sekiranya seseorang individu itu mengamalkan diet yang sihat. 

Diet yang sihat bermakna pemakanan hariannya mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, sumber protein yang baik, dan lemak sihat bagi memastikan tubuh badan mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Pengambilan multivitamin mungkin mempunyai sedikit atau tiada faedah sekiranya seseorang individu itu mengamalkan diet yang sihat - Gambar hiasan Unsplash
Pengambilan multivitamin mungkin mempunyai sedikit atau tiada faedah sekiranya seseorang individu itu mengamalkan diet yang sihat - Gambar hiasan Unsplash

Bagaimanapun, laporan menunjukkan ramai rakyat Malaysia tidak mengamalkan pemakanan yang bagus. Kementerian Kesihatan Malaysia pada Julai 2022 mendedahkan kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti disarankan sehingga ia menjadi salah satu faktor berlakunya penyakit hati berlemak dan berisiko mengalami penyakit jantung serta buah pinggang.

Dapatan ini adalah berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dilakukan setiap empat tahun sekali bagi melihat literasi kesihatan penduduk negara ini.

Selain diet yang tidak seimbang, gaya hidup masa kini juga menjadi salah satu sebab mengapa ramai individu tidak mendapat nutrien yang secukupnya. 

Kesibukan kerja menjadikan kita tidak punya masa untuk menyediakan makanan sendiri dan lebih terarah mencari makanan yang mudah didapati. Jadi, tepuk dada tanya selera. Adakah anda memerlukan supplemen dalam diet harian?

Disebabkan gaya hidup yang mencabar, bukan mudah untuk mengekalkan rutin yang sihat - Gambar hiasan Unsplash
Disebabkan gaya hidup yang mencabar, bukan mudah untuk mengekalkan rutin yang sihat - Gambar hiasan Unsplash

Memetik perkongsian Konsultan Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Estetik dan Perubatan Regeneratif, Doktor Norman Mohd Norawi, di akaun Facebook miliknya, beliau menjelaskan kajian saintifik yang terbaharu membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. 

“Hakikatnya, makanan yang kita makan ketika ini tidak dapat menampung keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Beliau turut berkongsi tentang satu kajian yang sangat popular yang dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari tahun 1976 hingga 1989 melibatkan 280,000 jururawat. 

Kajian ini antara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak. 

Kesimpulan lain adalah pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan strok,” ulas beliau.

Secara umumnya, makanan yang diambil oleh kebanyakan orang pada masa ini  tanpa disedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro - Gambar hiasan Pexels
Secara umumnya, makanan yang diambil oleh kebanyakan orang pada masa ini tanpa disedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro - Gambar hiasan Pexels

Selain itu, Dr. Norman turut berkongsi tentang pengambilan probiotik sebagai suplemen harian. Pengambilan suplemen ini mampu meningkatkan imuniti, penghadaman yang baik , mengurangkan masalah alergi dan mencegah kanser usus. 

Tegas beliau lagi, secara umumnya, makanan yang diambil oleh kebanyakan orang pada masa ini  tanpa disedari sebenarnya tidak seimbang dan amat rendah kandungan zat-zat surih atau mikro seperti vitamin, mineral, antioksidan dan sebagainya. 

Adakah penjelasan yang dikongsi oleh Dr. Norman ini menjawab persoalan di atas tadi? Cara terbaik untuk mengelakkan masalah kesihatan yang tidak diingini adalah, sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil sebarang suplemen, pergilah buat pemeriksaan kesihatan dan dapatkan nasihat doktor tentang suplemen yang harus anda makan demi kesihatan tubuh badan yang lebih baik.  - Getaran, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

Pengambilan Suplemen Boleh Cegah Kanser Dan Penyakit Lain, Pastikan Jangan Tersalah Pilih!

2

Selera 11 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Selera 1 tahun yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Doa Erdogan Terus Kuat, Keadaan Kesihatan Bertambah Baik

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji