Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengambilan Suplemen Boleh Cegah Kanser Dan Penyakit Lain, Pastikan Jangan Tersalah Pilih!

Kajian saintifik membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 9:56AM

Pendapat sesetengah doktor yang mengatakan kita tidak memerlukan suplemen asalkan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah agak kurang tepat

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila berbicara tentang pengambilan suplemen dalam diet harian, ada macam-macam pendapat yang mula membelengu diri. Ada yang percaya tidak perlu kerana doktor A cakap tidak perlu asalkan amalkan gaya pemakanan sihat. Ada pula yang yakin suplemen membantu meraih tahap kesihatan yang maksimum. 

Persoalannya, adakah anda benar-benar yakin pemakanan anda ketika anda mampu membekalkan segala nutrien atau khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan? Dengan gaya hidup yang selalu on the go, ramai di antara kita sebenarnya tidak mengambil makanan yang sempurna untuk diet sihat. 

Menurut Konsultan Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Estetik dan Perubatan Regeneratif, Dr Norman Mohd Norawi dalam satu perkongsian di media sosial, pendapat sesetengah doktor yang mengatakan kita tidak memerlukan suplemen asalkan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah agak kurang tepat. 

“Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita,” katanya.

Dr Norman turut berkongsi tentang satu kajian yang sangat popular dinamakan ‘Nurses Health Study’ yang dijalankan dari 1976 hingga 1989. Kajian yang melibatkan 280,000 jururawat ini di antara kesimpulannya adalah pengambilan beberapa jenis suplemen seperti anti oksidan boleh mencegah kanser dan masalah buta mata akibat katarak.

Kesimpulan lain adalah: pengambilan vitamin D dan kalsium boleh mencegah masalah reput tulang. Pengambilan suplemen vitamin B6, kalsium, vitamin D dan asid folik boleh membantu mencegah kanser. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega 3 boleh mencegah sakit jantung dan angin ahmar (strok). Berdasarkan semua fakta ini jelas menunjukkan kepentingan pengambilan suplemen dalam mencegah penyakit kronik yang berbahaya.

Jadi adakah anda masih teragak-agak untuk mengamalkan pengambilan suplemen dalam diet harian? Cuba anda fikirkan dengan teliti, bagaimana corak pemakanan anda sehari-hari. Bagi anda yang sudah mula memasang niat untuk mengambil suplemen, inilah masanya untuk merealisasikan niat anda itu. Ingat! Mencegah adalah lebih baik.

Pilih produk yang dipercayai ramai dan berkualiti

Hati-hati dalam memilih produk suplemen yang anda mahukan. Jika tersalah pilih, ia boleh memudaratkan diri. Lain pula jadinya nanti. Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai iklan promosi barangan kesihatan yang sering melintas di akaun media sosial, sebaliknya belilah di farmasi atau kedai-kedai penjagaan diri yang mempunyai ahli farmasi.

Salah satu jenama yang boleh anda pertimbangkan untuk memulakan ‘pengembaraan’ dengan suplemen ialah Blackmores, jenama kesihatan terkemuka Australia yang diasaskan pada tahun 1930-an oleh Maurice Blackmore. 

Baru-baru ini, jenama ini telah meraih Anugerah Platinum untuk Trusted Brands Malaysia 2023 Awards untuk kali kesembilan. Mendahului kategori vitamin dan suplemen kesihatan, anugerah ini menguatkan dan mengukuhkan kedudukan Blackmores Malaysia sebagai pilihan yang bernilai untuk wang, boleh dipercayai dan berbaloi untuk dimiliki.

Jenama ini telah meraih Anugerah Platinum untuk Trusted Brands Malaysia 2023 Awards untuk kali kesembilan
Jenama ini telah meraih Anugerah Platinum untuk Trusted Brands Malaysia 2023 Awards untuk kali kesembilan

Pengurus Negara BLACKMORES Malaysia dan Singapura, Kumaran Chandrasergaran berkata, mereka amat berbangga dengan pengiktirafan itu kerana ia mencerminkan dedikasi berterusan Blackmores ke arah  kecemerlangan. 

“Sebagai jenama yang menjadi pilihan utama di kalangan rakyat Malaysia, kami akan terus berusaha untuk menjadi jenama kesihatan yang paling dipercayai dan boleh dipercayai untuk masa akan datang,” ujarnya.

Pemilihan untuk anugerah ini dibuat berdasarkan daripada tinjauan bebas ke atas lebih 8000 pengguna dalam pasaran utama Asia. Peserta diminta menilai jenama berdasarkan enam ciri-ciri utama, iaitu kebolehpercayaan, kualiti, nilai, pemahaman pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial. 

Pemilihan untuk anugerah ini dibuat berdasarkan daripada tinjauan bebas ke atas lebih 8000 pengguna dalam pasaran utama Asia
Pemilihan untuk anugerah ini dibuat berdasarkan daripada tinjauan bebas ke atas lebih 8000 pengguna dalam pasaran utama Asia

Komitmen Blackmores yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti ditunjukkan dalam amalan berasaskan bukti mereka untuk menentukan dos optimum dalam setiap kapsul, menjadikannya salah satu daripada banyak sebab pengguna meletakkan kepercayaan mereka pada jenama. 

Selain itu, jenama ini mengutamakan pemilihan bahan aktif yang berkualiti untuk memastikan penyerapan dan kesan lembut pada badan. Setiap produk juga dihasilkan dengan mendapatkan bahan-bahan yang baik dan boleh dipercayai di seluruh dunia, mematuhi piawaian pembuatan Australia dan menjalani lebih daripada 30 ujian kualiti yang ketat. 

Anugerah ini menguatkan dan mengukuhkan kedudukan Blackmores Malaysia sebagai pilihan yang bernilai untuk wang
Anugerah ini menguatkan dan mengukuhkan kedudukan Blackmores Malaysia sebagai pilihan yang bernilai untuk wang

Pendekatan bersungguh-sungguh ini memastikan BLACKMORES secara konsisten memenuhi jangkaan pelanggan sambil turut mematuhi piawaian kawal selia.

Selain itu, dedikasi jenama terhadap inovasi terbukti melalui saluran paip produk tahunannya yang besar, dibina berdasarkan penemuan penyelidikan dan saintifik terkini. Pada 2018, Blackmores melabur dalam lebih 74 ujian klinikal, projek penyelidikan dan aktiviti ilmiah dengan kerjasama institusi pendidikan dan penyelidikan yang dihormati di seluruh Asia Pasifik.

Untuk menyatakan rasa terima kasih kepada pelanggan mereka yang dihargai, Blackmores Malaysia telah mengadakan promosi istimewa untuk meraikan kejayaan dan juga sambutan kemerdekaan kali ini. 

Sepanjang Ogos ini, pelanggan akan layak menerima produk Blackmores percuma dengan setiap pembelian RM 66. Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan kesihatan semulajadi Blackmores, anda boleh melayari www.blackmores.com.my. - Getaran, 26 Ogos 2023

Foto : Blackmores

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat