web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raikan Hari Wanita Antarabangsa Dengan Kotak Hadiah Eksklusif

Melalui kempen ‘#SMCelebratesWomen’, Signature Market berusaha ke arah memaksimumkan suara orang ramai dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 8:58AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Signature Market bekerjasama dengan llaollao, Juice Works dan The Fish Bowl dengan melancarkan kotak hadiah eksklusif untuk pengguna di luar sana.

Dengan matlamat untuk menyebarkan semangat kebersamaan dalam komuniti tempatan melalui kempen ‘#SMCelebratesWomen’, Signature Market berusaha ke arah memaksimumkan suara orang ramai dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Kempen ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan meraikan wanita yang telah memberi inspirasi, motivasi atau menjadikan hidup kita lebih baik. 

Kempen yang baru dilancarkan ini juga berperanan untuk membantu dan menghormati anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Di Signature Market, kami sentiasa percaya dalam memberikan impak positif kepada masyarakat melalui pendidikan.

“Melalui kotak hadiah istimewa ini, kami berharap ia dapat mengingatkan pengguna kami bahawa setiap orang adalah sama cantik dengan cara mereka sendiri dan penjagaan diri adalah perlu untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan,” ujar Pengurus Pemasaran Signature Market, Rachel Saw dalam satu kenyataan media.

Pengurus Pemasaran Signature Market, Rachel Saw
Pengurus Pemasaran Signature Market, Rachel Saw

“Kepada pelanggan setia kami, kami sentiasa mengambil berat tentang anda dan berharap kasih sayang yang anda berikan kepada diri sendiri tidaklah kurang indahnya, malah begitu bermakna seperti mana kasih sayang yang diberikan kepada orang lain,” tambah beliau lagi.

Selaras dengan matlamat kempen, ketiga-tiga jenama gaya hidup itu menyokong penuh usaha untuk menyebarkan semangat kesaksamaan dan memperjuangkan pemerkasaan wanita. 

Jenama-jenama yang menjalin kerjasama ini juga percaya bahawa memperkasakan wanita adalah penting untuk pembangunan kesihatan dan sosial komuniti.

Signature Market juga berharap orang ramai mengambil peluang ini untuk menghargai dan mengiktiraf kepentingan sumbangan wanita kepada masyarakat masa kini.

“Kami di llaollao menyokong sepenuhnya mesej untuk menerima apa yang masyarakat anggap sebagai kelemahan menjadi asas kecantikan dalam keperibadian kita. 

“Sebagai jenama yang mempunyai pengikut dari kalangan generasi muda, kami ingin menghantar mesej kesaksamaan dan tidak menghakimi dalam apa jua bentuk.

“Sama ada seksualisme atau perkauman, kami berharap kempen ini mampu menyumbang ke arah penghapusan sebarang bentuk ketidaksamaan dalam kalangan komuniti,” ujar Pengarah llaollao, Tan Kai Young pula.

 Pengarah llaollao, Tan Kai Young
Pengarah llaollao, Tan Kai Young

Jadi, sekiranya ada nama wanita-wanita yang ingin diraikan terlintas di fikiran anda, bolehlah hadiahkan kotak eksklusif daripada Signature Market ini.

Dengan harga RM65 sahaja, kotak hadiah ‘Dear Self Signature Market’ ini terdiri daripada baucar Juice Works, llaollao, dan The Fish Bowl yang digandingkan dengan pelbagai makanan ringan terlaris Signature Market untuk dinikmati.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, anda boleh lawati laman sesawang Signature Market atau ikuti mereka di akaun media sosial Instagram, Facebook, YouTube.

Gambar : Signature Market

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 tahun yang lalu

5 Sebab Jenama Rolls Royce Antara Kereta Termahal Dunia

2

Selera 4 tahun yang lalu

Salutan Emas, Rasai Durian Ala Kayangan Di Bukit Bintang!

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

4 Cara Mengesan Jam Tangan Rolex Tiruan

4

Kolum 4 tahun yang lalu

Menjenguk Kemegahan Dunia Haute Couture

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN