web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salutan Emas, Rasai Durian Ala Kayangan Di Bukit Bintang!

Raja buah mendapat sentuhan artisan di kafe eksklusif terbaharu, Duke Fine Durian.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 11:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terletak di tengah-tengah jantung Bukit Bintang, Duke Fine Durian menyuntik elemen kemewahan kepada buah ikonik negara kita, buah durian!

Terinspirasi oleh segala hal tentang durian, kafe manisan ini melayani para penggemar dan pencinta kulinari yang ingin menikmati buah durian dengan cara baharu.

Sesuai dengan namanya, dekorasi dalaman kafe turur menampilkan pokok durian sebenar sebagai tunjang hiasan utamanya.

Pegawai Pemasaran Duke Fine Durian, Ernest Lee Chi Yeung berkata, “Kami sedang dalam misi untuk mentakrifkan semula kenikmatan durian di Malaysia. 

“Hanya dengan menggunakan rangkaian durian tempatan yang paling eksklusif di pasaran, kami menghasilkan aneka menu durian yang menonjolkan kerumitan unik rasa durian.

“Kami mahu mengubah pandangan orang ramai terhadap raja buah ini dengan memperkenalkan satu sesi pengalaman makanan yang tidak seperti kebiasaan.

“Kami hanya memilih yang terbaik. Sebagai salah satu pembekal durian terbaik di negara ini, kami cerewet tentang durian yang bakal kami gunakan.

“Durian-durian ini telah dipilih dengan teliti oleh pasukan pakar durian kami bagi memastikan kesegaran dan kualiti. Setiap biji durian kami ditanam secara artisan,” ujarnya.

Dengan lebih 25 pilihan makanan berasaskan durian di dalam menu, bintang utamanya tentulah The Durian Platter.

Para pengunjung boleh menikmati tiga jenis spesies durian terbaik seperti Musang King, D197, Green Dragon di dalam satu pinggan istimewa ini.

Durian-durian itu tadi akan ditambahkan dengan perisa-perisa tersendiri seperti kepingan emas, matcha dan keju.

Ia bakal menyantuni tekstur dan menaikkan lagi rasa durian menjadi lebih enak dan eksklusif.

Selain itu, cubalah menu-menu durian terpilih yang lain seperti Durian Oyaki, Durian Charcoal dan Durian Croissant. Anda pasti terkesima semasa menikmatinya!

Semua menu ini tidak lengkap tanpa minuman seperti Matcha Yuzu, teh Cina, aneka kopi dan jus buah eksotik.

Duke Fine Durian terletak di pekarangan Fahrenheit88, berhadapan Uniqlo, sepanjang Jalan Bukit Bintang. - Getaran, 30 Mei 2022

Gambar: Duke Fine Durian

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Syahdu Di Bukit Bintang, Gema Selawat Damaikan Jiwa

3

TARA 2 tahun yang lalu

Anda Penggemar Durian? Ini Gerai Wajib Kunjung Di Sekitar Selangor!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Agro Sains Durian Relau Perlu DItubuhkan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan