Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

Rencana Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 8:54PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika diminta menamakan satu makanan untuk "menyatukan" Malaysia dan China, durian pastinya menjadi pilihan sebagai "ejen diplomasi" tersebut.

Ketika berpeluang menyertai program China Asia Pacific Press Centre (CAPPC) selama lebih empat bulan di negara Tembok Besar itu pada tahun lepas, penulis melihat sendiri keterujaan masyarakat China terhadap buah durian khususnya varian Musang King yang menjadi identiti Malaysia.

Beraneka makanan pencuci mulut berasaskan durian seperti kek dan aiskrim, malah piza berasaskan durian juga boleh didapati di kedai-kedai bakeri di sekitar kota Beijing, menunjukkan ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di China.

Pengalaman penulis menggunakan aplikasi pesanan makanan dalam talian apabila kata kunci "durian" atau "lulian" ditaip di enjin carian, lebih 10 kedai yang menawarkan makanan berasaskan buah itu akan muncul.

Penangan Musang King

Semasa berada di negara asal panda itu, penulis sempat menghadiri Festival Rasa Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia di China (Maycham) pada September tahun lepas dan melihat keterujaan pengunjung terhadap durian Musang King itu.

Menurut Pengerusi MayCham Loh Wee Keng yang menganjurkan program tiga hari tersebut itu, populariti Musang King antara yang membantu menarik kehadiran lebih 50,000 pengunjung tempatan.

Festival itu turut menjadi platform memperkenalkan makanan serta budaya Malaysia kepada warga tempatan selain mempertingkatkan perdagangan import eksport untuk membantu menjana ekonomi negara.

Malaysia mengeksport produk durian sejuk beku ke China sejak 2011. Malaysia mencapai 108.9 peratus sara diri dalam pengeluaran durian tahun lepas, dengan pengeluaran sebanyak 455,458 tan metrik.

Jumlah eksport tahunan terus meningkat, dengan Malaysia terutamanya mengeksport durian ke China, Hong Kong dan Singapura, menyumbang 10 peratus daripada keseluruhan pengeluaran.

Penjagaan Warisan Negara Seiring Kepesatan Teknologi

Penulis juga berpeluang bertentang mata dengan panda gergasi, yang terkenal sebagai warisan negara China dan sering dijadikan "duta diplomasi" negara itu, ketika melawat Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding di Chengdu.

Ketika di pusat berkenaan, penulis melihat sendiri betapa komitednya kerajaan China melakukan langkah pemuliharaan bagi melindungi spesies terancam itu dan melihat kepada penjagaan rapinya membuatkan penulis berfikir betapa istimewanya Malaysia kerana dapat meminjam anak panda berkenaan bukan sahaja sebagai simbol diplomasi dua negara, malah menjadi antara tarikan utama di Zoo Negara.

Inovasi teknologi terutama kecerdasan buatan (Al) di China juga sangat canggih dan antaranya penulis sendiri mendapat pengalaman baharu melalui teknologi kereta pandu sendiri yang dicuba ketika berkunjung ke Shougang Park.

Penulis juga amat teruja untuk mendalami pengetahuan mengenai aplikasi Al, apabila menyertai lawatan ke Baidu, iaitu syarikat yang bertanggungjawab membangunkan teknologi tersebut.

Ketika di China, penulis juga berpeluang melawat syarikat biofarmaseutikal, Sinovac Biotech Ltd (Sinovac) yang menghasilkan vaksin jenis CoronaVac atau lebih dikenali sebagai vaksin Sinovac yang ketika pandemik COVID-19, ia mampu menghasilkan vaksin dalam tempoh singkat.

Malaysia menerima bekalan vaksin Sinovac pertama pada 27 Februari 2021 dan vaksin itu digunakan dalam Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Berpeluang melawat beberapa ibu kota di wilayah berbeza republik itu seperti Chengdu, Hangzhou dan Tibet, penulis dapat melihat China merupakan destinasi yang cukup menarik untuk dikunjungl.

Dengan dasar pengecualian visa bersama bermula 1 Disember lepas sehingga 30 November ini, ia akan merancakkan aktiviti pelancongan antara warga Malaysia dan China, sekali gus menyumbang ke arah menjalin hubungan lebih akrab dan persahabatan kedua negara yang terbina sejak 50 tahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Rencana 7 jam yang lalu

Harta Intelek: Ada Kesedaran Tapi Masih Ada Yang Suka Curi Dan Ciplak

Rencana 1 hari yang lalu

Haiwan Peliharaan Atau Terbiar Juga Boleh Diserang Strok Haba