Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anda Penggemar Durian? Ini Gerai Wajib Kunjung Di Sekitar Selangor!

Kedai atau jenama yang disenaraikan ini popular kerana ia menawarkan pelbagai jenis durian dengan harga berpatutan!

TARA Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2023 2:00PM

Isi durian yang kuning, manis dan berlemak pasti membuatkan penggemar raja buah ini tak senang duduk! - gambar Durian Man

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila musim durian tiba, ramai yang mula mencari lokasi untuk menikmati raja buah ini bersama keluarga atau  teman-teman. Maklumlah, cara ini lebih menyeronokkan kerana pelanggan tidak perlu bersusah-payah membelah sendiri buah berduri ini.

Bahkan, penjual juga akan membantu untuk membuat pilihan. Jika buah rosak, tidak ada masalah. Boleh ganti dengan yang lain. Jika tidak habis dimakan, boleh bungkus untuk dibawa pulang. 

Berikut adalah beberapa lokasi untuk anda mendapatkan pelbagai jenis durian dengan harga yang menarik di sekitar Selangor. Semua premis disenaraikan  ini terkenal kerana ia menyediakan pelbagai jenis durian dan kualitinya terjamin. Boleh makan di sana, atau pesan untuk servis penghantaran. Terpulang kepada anda. 

1. Durian Man, SS2, Petaling Jaya

Foto : Facebook Durian Man

Terletak di kawasan popular SS2, Durian Man menjanjikan tempat duduk yang banyak untuk pelanggan yang ingin menjamu selera di sini. Mula dibuka pada 1998, kedai yang mulanya bersaiz kecil kini semakin besar (dua tingkat) dan menjadi lokasi terkenal dalam kalangan penggemar durian di Lembah Klang. 

Pilihan buah di sini juga banyak dan pelanggan boleh mendapat spesis durian yang sukar didapati di tempat lain di sini. Memandangkan buah-buah yang dijual adalah bergred premium, harga yang ditetapkan juga sedikit tinggi. Namun ia berbaloi. Jika ke sini pada musim durian, pelanggan berpeluang menjamu selera secara bufet. 

Durian Man juga aktif mempromosikan durian mereka melalui Facebook dan kerap mengadakan sesi jualan langsung untuk mempromosikan durian seperti Musang King, yang ditawarkan pada harga yang istimewa. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.durianmanss2.com/ atau hubungi +6012-2345619

2. SS2 Durian House Stall

Foto : SS2 Durian House Stall

Kedai yang satu ini terletak tidak jauh dari Durian Man, kira-kira dua minit pemanduan. Sentiasa dipenuhi oleh penggemar durian yang mahukan pelbagai pilihan durian pada harga yang cukup memuaskan hati. Jika dibuat perbandingan, harga di sini lebih murah berbanding kedai-kedai durian yang ada di kawasan SS2.

Jika pelanggan sampai pada waktu yang tepat, iaitu ketika buah baru sampai dari ladang, pelanggan berpeluang mendapat pilihan yang lebih berbaloi. Contohnya Musang King yang dijual pada harga RM18 dan RM20 sebiji. Terdapat juga Udang Merah Kahai yang dijual pada harga RM15, RM20, RM25 setiap biji pada hari-hari tertentu.

Jangan risau tentang tempat duduk, kerana mereka memiliki kawasan yang luas yang boleh menempatkan kira-kira 50 hingga 80 orang dalam satu masa. Sementara menunggu giliran, bolehlah lihat-lihat sekeliling dan pilih durian yang berkenan di hati. Boleh juga beli untuk dibawa pulang.

Untuk maklumat lanjut boleh ikuti mereka di https://ss2durianhouse.com/  

3. Say Heng Durian Stall, Subang Jaya

Foto : Facebook Say Heng Durian Stall

Berada dalam industri selama lebih 20 tahun, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, D24, Golden Phoenix dan lain-lain. Jika anda lebih suka membelinya melalui pilihan penghantaran, penjual juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Lembah Klang. 

Setiap minggu, gerai yang terletak di USJ 14 ini akan menawarkan tawaran istimewa seperti tiga hari lalu Musang King biasa dijual pada harga RM30 sekilogram, Musang King Pahang Premium pada RM45 sekilogram manakala Black Gold Musang King pula berharga RM53 sekilogram.

Hanya pastikan anda memesannya sebelum jam 3 petang dan mereka akan menghantar pesanan anda pada hari yang sama. Jika anda tertanya-tanya jenis durian yang ingin anda nikmati, boleh layari laman web mereka di https://www.sayhengdurian.com.my/ atau hubungi +6012-9992333. Untuk pesanan. 

4. Durian Bear, Petaling Jaya

Foto : https://durianbear.my/

Jenama ini dikenali ramai kerana ia sudah mendapat banyak publisiti oleh pihak media. Kedai yang beralamat di 34-1, Jalan 14/22, Seksyen 14, Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai jenis durian dengan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

Tidak hanya tertumpu kepada buah durian segar, Durian Bear juga menawarkan pelbagai jenis produk berasaskan durian seperti durian crepe, kek durian, cendol durian dan juga pes durian.

Lebih menarik mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran yang meliputi kebanyakan kawasan di Lembah Klang. Setiap pesanan akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat sebelum dibungkus dan dihantar segar kepada anda. Jika produk yang dipesan rosak atau tidak memuaskan hati, jaminan 100% untuk pemulangan dan penggantian.

Untuk maklumat lanjut, layari https://durianbear.my/ atau hubungi +6016-8947992.

5. Ezy Durian

Foto : Instagram Ezy Durian

Ezy Durian pernah meraih tumpuan ramai ketika negara dilanda pandemik COVID19 lalu. Ketika itu, premis terbabit dikecam ramai kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial sewaktu negara masih berdepan ancaman COVID-19. Ezy Durian pada waktu itu dilaporkan gagal mengawal pelanggan yang berebut-rebut membeli durian di cawangan Batu Caves pada harga istimewa.

Sehingga kini, Ezy Durian masih menjadi pilihan untuk pelanggan yang ingin menikmati durian pada bila-bila masa. Lantaran itu, mereka kini memiliki banyak cawangan iaitu Batu Caves, Putrajaya, Shah Alam, Cyberjaya, dan Bangi. 

Antara pilihan durian yang menanti pelanggan termasuklah durian di luar musim seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi. 

Ezy Durian juga memfokus kepada perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang. Semua pesanan yang dibuat oleh pelanggan akan dihantar dalam masa 2 jam setiap hari. Anda juga boleh membuat aduan dan mereka turut melaksanakan polisi bayaran balik untuk pembelian yang tidak memuaskan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ezydurian.com.my/  atau hubungi +6011-2081 9711.

6. Berkeley Durian, Klang

Foto : Facebook Berkeley Durian Klang

Terkenal di kalangan penduduk Klang kerana perniagaan ini berusia hampir 50 tahun iaitu sejak tahun 1975. Berkeley Durian juga menawarkan pelbagai jenis durian seperti Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn, Musang King dan banyak lagi. 

Selain boleh membeli durian, pelanggan juga boleh mendapatkan buah-buahan lain seperti manggis, rambutan, buah naga dan produk lain seperti telur organik. Jika memerlukan perkhidmatan penghantaran, kedai mereka juga boleh diakses melalui aplikasi Grab, di mana anda boleh menikmati diskaun dan promosi.

Pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan pengambilan di gerai mereka yang terletak di Taman Berkeley, Klang yang dibuka setiap hari dari 8:30 pagi hingga 10:00 malam.

Untuk maklumat lanjut, hubungi +6016-6491511. - Getaran, 10 September 2023

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO