Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Sebab Jenama Rolls Royce Antara Kereta Termahal Dunia

Selain pemilihan warna dan proses mengecat yang rumit, ciri-ciri buatan tangan juga antara faktor menyebabkan harganya mahal.   

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rolls Royce merupakan sebuah jenama kereta mewah dan lazimnya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi, khasnya para hartawan. 

Kereta ini kali pertama dicipta pada 1904 (ketika itu syarikatnya bernama Rolls-Royce Limited) dan dua tahun kemudian, Rolls Royce berjaya melancarkan enam buah model kenderaan terbaharu yang diberi nama Silver Ghost

Model tersebut berjaya mendapat pujian di serata dunia dan menjadikannya kereta terbaik di dunia ketika itu. 

Kini kenderaan mewah Britain ini dikeluaran oleh syarikat Rolls-Royce Motor Cars dan merupakan anak syarikat sepenuhnya dibawah kumpulan BMW.

Ia mempunyai kilang dan ibu pejabat yang terletak di West Sussex, England. 

Pastinya kebanyakan individu mengetahui bahawa kereta ini mempunyai nilai harga yang sangat tinggi. Namun pernahkah anda terfikir mengapa kenderaan ini begitu mahal sehingga setiap unit yang terjual mampu mencecah jutaan ringgit?

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima sebab mengapa kereta jenama Rolls Royce sangat mahal di pasaran dunia.

Pilihan Warna

Rolls Royce menawarkan warna asas pada badan kereta mengikut kehendak pembelinya supaya pemiliknya dapat merasai betapa eksklusifnya pilihan warna kereta yang dimiliki. 

Mereka juga menawarkan 44,000 pilihan warna asas yang sedia ada. Jika warna yang diminta tiada dalam senarai proses penyelidikan terhadap warna yang dikehendaki akan dijalankan. 

Ini bagi menemukan ketepatan warna asas mengikut kehendak pelanggan. Malah pihak mereka akan mengambil maklumat terperinci seperti di mana lokasi warna tersebut dijumpai. 

Kemudian mereka akan menghantar pakar warna bagi menghasilkan warna asas seperti yang digambarkan. 

Lebih jarang warna yang digunakan, lebih mahal harga yang ditawarkan. 

Malah sesudah warna tersebut disalutkan pada bahagian badan kereta, pelanggan boleh menanggalkannya jika tidak meminatinya. Selepas itu, proses pemilihan akan dijalankan semula sehingga pelanggan berpuas hati.

Proses Cat

Kerja-kerja mengecat badan kereta akan dilaksanakan setelah pelanggan selesai membuat pemilihan warna. 

Ia adalah proses yang memerlukan ketelitian yang tinggi supaya kereta tersebut sentiasa dalam keadaan eksklusif, berkilat, bergaya dan mewah. 

Sekurang-kurangnya tujuh lapisan cat akan diproses pada badan Rolls Royce. Bahkan terdapat sesetengah model mempunyai 23 lapisan cat berikutan permintaan pelanggan. 

Tambahan lagi, warna tersebut akan didaftarkan atas nama pemilik. 

Jika terdapat individu yang berminat dengan warna yang sama, pihak Rolls Royce akan menghubungi pemilik untuk mendapatkan kebenaran menggunakan warna yang sama buat pelanggan lain. 

Walau bagaimanapun, mereka bebas untuk membuat keputusan sama ada untuk membenarkannya atau tidak. 

Ia bertujuan bagi mengekalkan eksklusiviti penghasilan warna kereta tersebut yang sukar ditemui. 

Seterusnya salutan lacquer akan diproses dan ia berfungsi sebagai pelindung warna yang telah dicat dan memberikan ilusi kilat pada badan kenderaan.

Gambar ihsan thecoldwire.com
Gambar ihsan thecoldwire.com

Bahan Infusi 

Bahan yang dimaksudkan adalah sejenis cecair tambahan yang dimasukkan ke dalam cat dan dicampurkan bersama serbuk halus berlian atau emas.

Bahan tersebut boleh disediakan sama ada oleh pelanggan sendiri atau pihak Rolls Royce dengan bayaran tambahan. 

Gabungan cat bersama bahan tersebut diproses dan akan menjadi lapisan yang terakhir pada permukaan badan kereta. 

Jadi pastinya ia akan kelihatan lebih menonjol dari kereta biasa.

Gambar ihsan thecoldwire.com
Gambar ihsan thecoldwire.com

Ciri-Ciri Buatan Tangan

Sudah pasti barang buatan tangan mempunyai harga dan nilainya tersendiri. 

Rolls Royce mempunyai tenaga kerja berkemahiran dalam menghasilkan barangan buatan tangan. 

Jadi, segala elemen dalaman seperti tempat duduk, lapik kaki dan seumpamanya akan dihasilkan dengan kecekapan yang ada. 

Bukan itu sahaja, mereka juga akan memberikan cadangan kepada pelanggan terhadap reka bentuk dalaman bagi memberikan sentuhan yang eksklusif. 

Ini termasuklah di bahagian papan pemuka, elemen tayar, aksesori dalaman dan banyak lagi. 

Malah jahitan pada kulit kerusi atau tempat duduk juga perlukan ketelitian yang jitu. Ia bertujuan memberikan keselesaan dan kepuasan seperti mana yang dimahukan oleh pemilik ketika memandu di atas jalan raya.

Gambar ihsan mrgreatmotivation.com
Gambar ihsan mrgreatmotivation.com

Jenama

Jenama memainkan peranan penting dalam menentukan nilai sebuah produk itu. Tidak disangkal lagi, Rolls Royce merupakan sebuah jenama yang bukan sahaja diketahui sebagai kenderaan mewah, malah ia terkenal di serata dunia. 

Jika dilihat, lambang huruf RR yang ada pada kenderaan seperti di bahagian rim tayar, roda stereng, bonet hadapan dan beberapa tempat lagi bertujuan memaparkan kemegahan jenama ini. 

Ini ditambah lagi dengan ciri-ciri mewah dalaman dan luaran serta teknologi digital terhadap pemanduan. 

Termasuklah dengan kelajuan enjin yang mempengaruhi nilai jualan Rolls Royce. 

Oleh itu, inilah lima faktor mengapa kereta Rolls Royce mempunyai nilai harga yang sangat tinggi. Setakat ini rekod keluaran Rolls Royce paling mahal pernah dihasilkan ialah model Boat Tail yang berharga RM112 juta. - Getaran, 1 Jun 2022

Sumber: thecoldwire.com

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Teknovasi 5 bulan yang lalu

Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC, SUV Futuristik Serba Mewah

4

TARA 6 bulan yang lalu

Gerhana Matahari Sumber Inspirasi Rolls-Royce Ghost Black Badge Ékleipsi 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi