Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Menjenguk Kemegahan Dunia Haute Couture

Gahnya dunia adibusana suatu masa dahulu terletak pada imaginasi sang pereka yang berfantasi mengenai sesuatu yang luar biasa. Adakah ia berbeza kini? Mari selami dunia haute couture yang mewah nan berani ini.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 4:49PM

Pentas Stephane Rolland di pertunjukan fesyen Haute Couture Musim Bunga-Panas 2022 di Paris. Gambar: Christophe Archambault, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun kerjaya sebagai Editor Fesyen sudah jauh ditinggalkan, laporan-laporan minggu fesyen yang sesekali melintasi suapan media sosial masih lagi membuatkan saya tertarik untuk menelaah dan mengkritis. 

Baru sahaja selesai adalah Paris Couture Week. Dahulu, inilah saat yang paling saya tunggu tatkala gelanggang fesyen menyaksikan pertarungan imaginasi barisan pereka-pereka terbaik dunia. 

Ya, bukan setiap helaian yang dipentaskan praktikal untuk dipakai dalam kehidupan harian. Namun ianya manifestasi kepada ketajaman ilham pereka serta kepakaran teknikal couturier di balik jenama.

Laksana apresiasi kepada sebuah karya seni, segenap sudut menjadi tatapan daripada kreativiti perincian sampai ke manipulasi potongan. 

Koleksi-koleksi terbaharu ilham Pierpaolo Piccioli di Valentino belum pernah mengecewakan lagi dan imaginasi magis Daniel Roseberry di Schiaparelli cukup dramatik sekali. 

Melayangkan kembali ingatan saya kepada era glamor haute couture sekitar 90-an dahulu.

Zaman kemasyhuran Christian Lacroix, Jean Paul Gaultier hingga ke Thierry Mugler, Schiaparelli kini muncul kembali dengan nafas baru di bawah telunjuk Pengarah Kreatif dengan tema surrealisme yang nyata menghangatkan lagi pentas couture masa kini yang kian hambar dengan ilham-ilham 'selamat'. 

Gahnya dunia adibusana suatu masa dahulu terletak pada imaginasi sang pereka yang berfantasi mengenai sesuatu yang luar biasa. Ia menjadi tanda aras kepada reputasi sesebuah fashion house itu dan di mana kedudukannya di dalam peta fesyen dunia. 

Hanya yang terhebat sahaja mampu mengeluarkan dua koleksi adibusana setahun. 

Saya juga pernah berkesempatan menghadiri pementasan-pementasan adibusana sewaktu Couture Week di Paris. 

Duduk sebaris dengan sebilangan pemerhati fesyen paling berpengaruh dunia, di Grand Palais untuk Chanel hingga ke Trocadero bagi Armani Prive, sesungguhnya ia sebuah pengalaman yang tidak ternilai. 

Apatah lagi tatkala diberi peluang menatap secara dekat di salonnya usai persembahan, pengalaman ini membuatkan saya bertambah-tambah kagum dan menghormati tangan-tangan artisan yang bertanggungjawab menghasilkan himpunan tersebut.

Tiga kali saya diberi peluang menjejakkan kaki ke tingkat atas butik Chanel di 31 Rue Cambon, Paris yang mana suatu masa dahulu itulah tempatnya mendiang Coco Chanel berkarya dan di situ jugalah tempat tersimpannya himpunan adibusana yang begitu berharga. 

Menariknya, setiap ruang peribadi Coco dibiarkan begitu sahaja tanpa terusik sedikit pun atas alasan untuk mengekalkan keadaannya sebagaimana yang ditinggalkan ikon fesyen itu sewaktu hidupnya.

Haute couture atau adibusana. Ramai pereka kita menyebut-nyebutnya untuk menggambarkan sesuatu rekaan yang mewah, mahal, paling istimewa. Namun apakah yang sebenarnya dikatakan sebenarnya dengan adibusana itu? 

Layakkah sesuatu persalinan itu dilabelkan sebagai adibusana hanya dengan sekadar self-proclaim

Secara mudahnya, adibusana itu berlawanan dengan ready-to-wear yang mana kita semua mampu beli di butik-butik dengan stok sedia ada dalam beraneka saiz. 

Manakala bagi adibusana, anda harus melakukan janji temu dengan pereka dan perbincangan akan berlangsung secara terperinci sebelum ukuran badan diambil.  

Konsep adibusana bukan sekadar baju tempah tetapi bagi menghasilkannya memerlukan kepakaran tinggi hasil kerja tangan artisan-artisan terbaik dunia. Ia tidak cuma mengenai kain kualiti yang mahal tetapi segenap perinciannya terdiri daripada bahan-bahan berharga lalu dijahit menggunakan tangan satu persatu. 

Teknik potongannya juga rumit, selalunya dipinkan terus di atas badan (atau patung) dan hanya mampu dilaksanakan oleh mereka yang berkepakaran terbaik sahaja. Kerana itu, masa yang diambil oleh seseorang couturier untuk menghasilkan sepasang persalinan akan memakan masa yang agak lama dari biasa. 

Selalunya setiap pelanggan setia couture akan memiliki dummy sendiri yang mana couturier akan menggunapakainya setiap kali masuk tempahan.

Sejarah adibusana di Paris sebenarnya bermula dengan seorang pereka fesyen Inggeris yang bernama Charles Frederick Worth. Jejak langkahnya kemudian diikuti dengan Christian Dior, Hubert de Givenchy, Cristobal Balenciaga dan ramai lagi sehinggakan Paris dinobatkan sebagai kota fesyen fesyen utama dunia. 

Populariti haute couture menjana ekonomi kota cinta itu. Pernah dilaporkan, sebanyak 20,000 tempahan masuk sebaik sahaja Christian Dior mementaskan koleksi New Look yang termasyhur pada 1947.

Dan jika ingin diikutkan, terma 'haute couture' itu sendiri memiliki hak undang-undang di Perancis lantas menjadikan ianya suatu kelompok elit.

Maka dengan itu, tidak semua pereka dibenarkan mengguna perkataan haute couture melainkan mereka diiktiraf oleh Chambre Syndicale de la Haute Couture. Oleh kerana ianya suatu yang amat eksklusif, tidak sampai 20 pereka Perancis yang tersenarai sebagai ahli tetap.

Harga sepasang adibusana bermula dari lingkungan RM80,000 hingga lebih setengah juta ringgit atau lebih. Ramai yang membuat pelaburan besar ini untuk hari istimewa mereka yakni hari perkahwinan. 

Elie Saab pernah menghasilkan gaun pengantin bernilai RM1.3 juta buat salah seorang klien setianya dan ada laporan mengenai seorang bakal pengantin yang sanggup membayar Dior hampir lima juta ringgit untuk sepasang gaun pengantin resepsi. 

Begitulah juga kisahnya apabila haute couture ini digambarkan seolah-olah priceless disebabkan tiada tanda nilai diletakkan pada mana-mana rekaan.

Pentas Elie Saab di pertunjukan fesyen Haute Couture Musim Bunga-Panas 2022 di Paris. Gambar: Christophe Archambault, AFP
Pentas Elie Saab di pertunjukan fesyen Haute Couture Musim Bunga-Panas 2022 di Paris. Gambar: Christophe Archambault, AFP

Bicara saya bersama seorang jurucakap sebuah jenama mewah yang berpengkalan di Paris, jika ada klien yang berminat tetapi tidak dapat hadir ke salon mereka untuk perbincangan, maka sekumpulan couturier akan terbang ke kediaman klien berkenaan walau di mana sahaja dalam pelusuk dunia ini. 

Sementelah perbincangan selesai, ketua couturier akan menulis harga di atas sekeping kertas untuk persetujuan yang empunya badan. Selalunya klien akan mengangguk tanda setuju. 

Bagi setiap ada busana, kebiasaannya ada enam couturier yang mana seorang bertindak sebagai ketua yang sering kali dipanggil premiere.

Kemudian selang beberapa minggu, kumpulan couturier tersebut akan kembali melakukan fitting pertama dan kedua kali pula, sebelum helaian couture berkenaan dijahit dan diperkemaskan hingga selesai. 

Khabarnya di dalam dunia ini cuma ada di dalam 4,000 pelanggan haute couture dengan bilangan yang semakin bertambah dari kalangan klien dari Timur Tengah serta China. 

Kebiasaanya pelanggan terdiri daripada mereka yang lebih berusia namun ada laporan menunjukkan, lebih 30 peratus klien couture hari ini terdiri daripada wanita berusia bawah 40 tahun. 

Tempahan juga banyak daripada kalangan wanita Arab yang dikhabarkan menghadiri lebih kurang 20 majlis setahun. 

Adakah wanita-wanita Malaysia juga pernah menjadi klien haute couture di Paris? Oh, tentu sekali. 

Jika soalan seterusnya siapa, maka jawapannya adalah mereka yang memiliki kekayaan luar biasa berserta peribadi yang semegah tempahan adibusananya yang semestinya glamor lagi berani. - Getaran, 1 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KL Tower International Jump kembali dianjurkan

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Athiya Shetty - KL Rahul Nafi Terima Hadiah Perkahwinan Mewah, Suniel Shetty Keluarkan Kenyataan Rasmi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Syabas! Masih Ada Yang Berani, Waras Dalam UMNO - Khairy

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera