web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syabas! Masih Ada Yang Berani, Waras Dalam UMNO - Khairy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 6:08PM

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin memuji tindakan dua ahli UMNO memfailkan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Sabtu lalu.

Mantan Ketua Pemuda UMNO itu berkata, tindakan Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, membuktikan masih ada ahli parti yang berani dan waras.

“Syabas kawan-kawan. Ada yang masih berani dan waras dalam UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram beliau, hari ini.

Malah, Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan percaya RoS akan meneliti laporan itu secara telus.

“Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk buat semakan terhadap usul Rembau di PAU (2022),” katanya.

Terdahulu, Muhammad Aizat Fikri dan Muhammad Fiqri Firdaus mendesak RoS meneliti laporan PAU 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Dalam aduan itu, mereka menyatakan usul itu melanggar Perkara 9.3 Perlembagaan UMNO yang memperincikan semua jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden mesti dibuka untuk pertandingan setiap tiga tahun.

“Ini bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti kekal kukuh.

“Usul ini yang diperkenalkan oleh perwakilan dari Rembau, membolehkan individu berkepentingan mengambil kesempatan daripada keadaan itu dan seterusnya melemahkan demokrasi dalam parti,” kata Muhammad Fiqri Firdaus.

Usul itu dikemukakan pada saat akhir oleh perwakilan UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, minggu lalu.

Muhammad Fiqri Firdaus berkata, usul itu tidak pernah dibincangkan di peringkat bahagian atau cawangan dan tidak mewakili pandangan ahli akar umbi.

Sementara itu, Muhammad Aizat Fikri menjelaskan, usul tersebut melanggar prosedur parti kerana sebarang usul ad hoc diperkenalkan, memerlukan Majlis Tertinggi parti menjelaskannya kepada perwakilan dan usul terbabit menjadi kepentingan umum.

“Jelas sekali tiada penjelasan diberikan kepada perwakilan mengenai usul itu dan ia bukan soal kepentingan awam.

“Usul itu hanya menguntungkan pemegang dua jawatan teratas,” katanya.

PAU 2022 baru-baru ini meluluskan usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang akan datang, walaupun beberapa perwakilan membuat bantahan ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden.

Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mewakili Johor.

Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, turut mendakwa bahawa usul tambahan tersebut tidak sah kerana melanggar peraturan parti itu sendiri.

Bagaimanapun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata usul tambahan berkenaan bukan usul haram seperti didakwa, sebaliknya kaedah usul itu dibawa dibenarkan  sebagaimana Perkara 20 Peraturan Persidangan parti yang berkaitan dengan pindaan usul. - Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad