web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Serat Untuk Sihat Dan Cantik

Serat merupakan penyelesaian mudah untuk memperoleh tenaga bagi menjalani kehidupan seharian dan berasa ceria sepanjang hari.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 8:29AM

Gambar: Syed Muhammad Afifi, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jam baru menunjukkan 3 petang tetapi anda sudah pun kelihatan letih. Badan anda terasa bagaikan kereta yang kehabisan minyak. Walaupun waktu kerja anda bakal berakhir sebentar lagi, pasti ada banyak lagi tugasan yang menanti selepas ini. Malahan, perut anda kembung dan anda tidak berasa cantik. 

Seperti kebanyakan wanita lain, tugasan harian anda mungkin termasuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah, memasak, bersenam sedikit, membantu anak melakukan kerja sekolah, melayan ibu bapa yang meningkat usia, membeli barang dan membayar bil.

Selain itu, anda mungkin menghadiri mesyuarat harian sebagai eksekutif korporat! Penat sekali! Dan, tugasan harian biasanya melebihi senarai itu. 

Seperti yang kita semua tahu, tubuh mula berubah mengikut peredaran usia. Ini termasuklah keupayaan menghadam makanan.

Pelbagai faktor berkaitan usia, termasuklah ubat yang diambil, gaya hidup yang tidak banyak bergerak malah kerosakan gigi turut memberi kesan kepada pemakanan dan penghadaman yang sihat. Akibatnya ialah kemungkinan berdepan masalah penghadaman dan sembelit. 

Ini merupakan penyelesaian yang mudah untuk memperoleh tenaga bagi menjalani kehidupan seharian dan berasa ceria sepanjang hari iaitu serat.

Gambar: Biswaji  Chatterjee, Pexels
Gambar: Biswaji Chatterjee, Pexels

Tidak seperti komponen makanan lain seperti lemak, protein atau karbohidrat yang dihadamkan dan diserap oleh badan, serat dihadamkan di bahagian usus dan bukannya di bahagian perut seperti kebanyakan karbohidrat dan protein. 

Serat membantu dalam mengekalkan struktur nutrien, yang biasanya menjadi cecair dan membantu nutrien bersentuh dengan dinding usus di mana ia boleh diserap.

Serat lebih banyak bertindak di salur gastrousus yang menyimpan air, mencantumkan mineral dan bahan berasid seperti garam hempedu yang digunakan badan untuk menyediakan lemak untuk penghadaman. Bunyinya rumit? 

Dalam erti kata yang mudah, serat melepasi bahagian perut, usus kecil, kolon dan keluar daripada badan anda dalam bentuk yang sama. Tampaknya serat tidak banyak fungsinya, namun serat sebenarnya mempunyai beberapa fungsi penting dalam mengekalkan kesihatan seseorang. 

Serat merupakan faktor dalam melawan perut buncit, tetapi juga merupakan elemen utama pelbagai isu kesihatan yang lebih serius. Serat mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan berhubung fungsi usus, kekenyangan, penghadaman, penyerapan dan pencernaan.

Gambar: Aphiwat Chuangchoem, Pexels
Gambar: Aphiwat Chuangchoem, Pexels

Serat juga melambatkan kadar penyerapan makanan ke dalam perut serta mengelakkan gula daripada memasuki saluran darah secara mengejut. 

Serat juga melambatkan kadar pelepasan insulin dan meningkatkan kelawasan lantas mengeluarkan toksin dengan lebih cepat. Serat bekerja dari dalam untuk meningkatkan kesihatan anda. 

Diet yang mengandungi kandungan serat yang tinggi membawa kepada penghadaman yang sihat kerana serat melancarkan sistem penghadaman anda.

Kebanyakan makanan yang mengandungi serat turut mengandungi kandungan lemak yang rendah tetapi masih memberikan anda rasa kenyang lantas membantu anda mengekalkan berat badan.

Secara ringkasnya, serat wajar disertakan dalam hidangan makanan anda. Ingat, apabila anda kelihatan hebat, anda berasa hebat.

Bunyinya terlalu mudah, namun kita wajar faham bahawa rupa anda sangat mendorong keyakinan diri dan pandangan orang lain terhadap diri anda.

Ingat, apabila tahap keyakinan anda tinggi, hari anda akan produktif dan kerja pasti lebih efisien. - Getaran, 31 Januari 2022

Sumber: Vibes Communications [M] Sdn Bhd  

Gambar: Pexel

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Nak Cantik Tak Semestinya Mahal, Dapatkan Rundingan Terlebih Dahulu

2

TARA 2 tahun yang lalu

Pabila Usia Menganjak Ke 40 Tahun 

3

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

4

Semasa 3 tahun yang lalu

69 Balai Bomba Usia Lebih 50 Tahun Perlu Dinaik Taraf - Kor Ming

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN