web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nak Cantik Tak Semestinya Mahal, Dapatkan Rundingan Terlebih Dahulu

Sebelum berkunjung ke salun kecantikan cubalah buat sedikit ‘kerja rumah’ dengan mencari maklumat yang diperlukan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 4:38PM

Nak cantik, tak semestinya perlu berbelanja lebih - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita dan kecantikan mana mungkin boleh dipisahkan. Tanyalah mana-mana wanita, pasti semua mahu tampil cantik kerana kecantikan adalah sesuatu yang sangat sinonim buat golongan itu. Walaupun definisi cantik berbeza mengikut pandangan masing-masing, namun wanita tidak akan berhenti memburu kecantikan. 

Ada yang menganggap cantik itu apabila dia memiliki tubuh badan langsing. Ada pula berpendapat berkulit cerah dan licin adalah cantik, dan ada juga yang menganggap bentuk badan berisi lebih menawan. Dek itulah, pasaran pengguna tidak pernah berhenti daripada menghasilkan produk dan perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak kaum wanita. 

Pelanggan perlu dapatkan nasihat perunding kecantikan agar tidak tersilap pilih rawatan
Pelanggan perlu dapatkan nasihat perunding kecantikan agar tidak tersilap pilih rawatan

Salah satu perkhidmatan yang menjadi buruan wanita di luar sana ialah spa dan salun kecantikan yang menyediakan rawatan kecantikan. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, salun-salun kecantikan ini ada di mana-mana dan sebagai pengguna, wanita harus bijak membuat pilihan. Jangan sampai terperangkap dengan hutang yang tidak masuk akal, hanya kerana ingin cantik.

Jadi, sebelum berkunjung ke salun kecantikan cubalah buat sedikit ‘kerja rumah’ dengan mencari maklumat yang diperlukan. Boleh juga tanya ahli keluarga atau teman-teman yang sudah biasa menjalani rawatan kecantikan secara rutin. Maklumlah jika tersalah pilih, anda akhirnya membeli rawatan yang tidak diperlukan pada harga cekik darah.

Tiada Paksaan Di Zoera Medispa

Bagi mereka yang berada di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya serta sedang berkira-kira untuk menjalani rawatan kecantikan wajah khususnya, bolehlah singgah ke Zoera Medispa yang beralamat di D-G-03,Jalan Vita 1, Plaza Crystalville, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya.

Zoera Medispa
Zoera Medispa

Salun yang mula beroperasi beberapa tahun lalu ini menjanjikan pengalaman yang menyenangkan, tanpa memaksa pelanggan dan yang paling penting harga rawatan wajah di sini lebih murah berbanding tempat lain.

Menurut Pengasas Zoera Medispa, YM, Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura, tujuannya memulakan salun kecantikan itu bukanlah untuk bersaing dengan pemain industri tetapi mahu memberi peluang kepada orang ramai, khususnya golongan wanita untuk mendapat rawatan kecantikan pada harga yang tidak membebankan.

Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura (kanan) dan Izza Sudirman
Tengku Puan Bendahara Perlis, Datin Seri Diraja Sharifah Azura (kanan) dan Izza Sudirman

“Kalau lihat di sekeliling kawasan ini, ada beberapa buah lagi salun kecantikan yang ada. Mungkin ada yang tertanya kenapa mahu buka perniagaan yang sudah terlalu banyak di pasaran. Jawapan saya ialah, saya mahu memberi peluang kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan pada harga yang tidak membebankan. 

Selain itu, saya sendiri seorang yang suka pada kecantikan. Saya sangat menitikberatkan penampilan kerana ia berkait rapat dengan keyakinan diri. Dulu saya buat di tempat lain, tetapi apabila ada salun sendiri, saya lebih senang berbincang dengan penasihat kecantikan sendiri untuk mendapatkan rawatan wajah yang benar-benar diperlukan,” ujar mantan pramugari Malaysia Airlines ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga menekankan kakitangan salun tidak dibenarkan memaksa pelanggan untuk membeli pakej rawatan yang tidak diperlukan. Sebaliknya, mereka diminta supaya memberi nasihat mengikut keadaan semasa setiap pelanggan.

“Contoh kunjungan pertama anda ke sini mungkin memerlukan rawatan wajah untuk melembapkan kulit iaitu Hydra Facial, tetapi kunjungan kali kedua mungkin sebaliknya. Jadi, kami di sini tidak galakkan pembelian pakej,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Perunding Kecantikan Zoera Medispa, Izza Sudirman turut mengakui kebanyakan pelanggan mereka selesa dan gembira dengan pendekatan yang ditampilkan. Ini kerana ramai mengakui terpaksa berhabis ribuan ringgit, malah dipaksa mengambil pakej rawatan.

Izza Sudirman
Izza Sudirman

“Kita di sini cuba menjadi lain daripada yang lain. Kita cuba bawa mesej yang untuk tampil cantik ia tidak semestinya melibatkan perbelanjaan yang terlalu tinggi sehingga membebankan poket. Paling penting pelanggan mesti dapatkan nasihat perunding kecantikan agar rawatan yang ingin dilakukan sesuai dengan masalah kulit yang dihadapi. Di Zoera Medispa, rundingan ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran,” ujar Izza.

Selain rawatan Hydra Facial, rawatan lain yang turut tersedia di Zoera Medispa adalah seperti Oxy Facial, Meso Plasma, Meso Alopesia, rawatan laser, pembuangan keratosis seboroik (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat), dan juga rawatan pengelupasan kulit. 

Promosi sepanjang Oktober
Promosi sepanjang Oktober

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, anda boleh ikuti salun kecantikan ini di akaun Instagram @zoeramedispa. - Getaran, 15 Oktober 2023  

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini