web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pabila Usia Menganjak Ke 40 Tahun 

Usia 40 tahun adalah amaran pada kita supaya berhati-hati, jadi, apa alasan untuk kita bertangguh-tangguh bagi meningkatkan amalan. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 6:03PM

Gaya hidup perliu diubah sebaik usia anda mencecah 40 tahun - gambar Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia ini adalah persinggahan sementara untuk setiap setiap insan yang bergelar khalifah di muka bumi. Walaupun begitu, ramai yang lalai dengan kehidupan dunia sehingga melalaikan amalan dan ibadah untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi. 

Mengikut statistik terbaru Jabatan Perangkaan, purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin menurun di mana jangka hayat bagi lelaki turun ke 70.8 tahun pada 2022, berbanding 71.7 tahun 2012. Manakala bagi wanita, daripada 76.8 tahun kepada 75.6 tahun. Jadi, apa alasan untuk kita bertangguh-tangguh bagi meningkatkan amalan, lebih-lebih lagi jika umur sudah menganjak ke 40 tahun. 

Usia 40 tahun adalah amaran pada kita supaya berhati-hati. Al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Allah SWT berfirman, 

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ 

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15) 

Menambah amalan adalah antara perkara yang amat dituntut apabila sudah berusia 40 tahun - gambar Usplash
Menambah amalan adalah antara perkara yang amat dituntut apabila sudah berusia 40 tahun - gambar Usplash

Berdasarkan ayat itu, usia 40 tahun disebut dengan jelas. Bahkan terdapat juga pepatah Inggeris popular, ‘life begins at 40’. Jika difikirkan dengan baik, pada usia inilah manusia dapat menarik nafas lega kerana sudah mendapat rentak kehidupan yang diinginkan.  

Ada yang sudah bebas daripada hutang, ada yang sudah memiliki kerjaya idaman, malah ada juga yang anak-anaknya sudah membesar dengan baik. Pendek kata, 40 tahun adalah masa yang membawa seseorang itu melangkah ke usia dewasa yang sebenar. 

Jadi apa amalan yang harus dilakukan seiring dengan pertambahan usia ini. Menurut perkongsian Ustaz Muhmmad Asraff Ayob Al-Hafiz, terdapat satu doa yang elok diamalkan, iaitu Surah Al-Ahqaf, ayat 15 : 
 
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ 
 
Bermaksud : "Ya Tuhanku, bimbinglah daku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku & kepada ibu bapaku dan supaya aku kuat melakukan amal soleh yang Engkau redhoi, dan kurniakanku zuriat soleh & solehah. Sesungguhnya aku ingin kembali bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang berserah diri." 
 

Berusahalah untuk menggembirakan hati ibu bapa - gambar Unsplash
Berusahalah untuk menggembirakan hati ibu bapa - gambar Unsplash

Dalam doa ini ada 5 perkara besar yang kita minta iaitu : 
 
1. Minta agar pandai bersyukur 
Syukur yg dimaksudkan ialah, ketika umur cecah 40 tahun kita seharusnya mengurangkan doa minta 'dunia' dan mulakan start doa berterima kasih. Cara bersyukur terbaik ialah dengan mensyukuri ibu-bapa. Jika usia kita sudah 40 tahun, pasti ibu bapa kita sudah jauh berusia. Waktu kita berumur setahun hingglah 20-an, mereka bergolok-bergadai besarkan kita.  

Kemudian ketika umur 21-39 kita pula tak sempat hendak melayan mereka kerana sibuk bina kehidupan. Jadi, gunalah kesempatan yang ada ini dengan membalas budi orang paling baik dalam hidup kita. Gembirakan mereka.  

2. Perbanyakkan amal soleh 
Disarankan perbanyakkan amal soleh berbentuk amal jariah. Amalan jenis 'tanam saham' yang pahalanya berterusan walaupun kita sudah meninggalkan dunia. 

3. Anak soleh 
Seperti yang dinyatakan di atas, umur seorang manusia itu jarang sekali akan mencecah 100 tahun. Puratanya 70 ke 80 tahun. Tetapi jika diperhatikan, hari ini umur 40-an ke 50an pun sudah ramai yang dijemput pulang.  

Selain beramal jariah, didiklah anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah. Ini kerana doa daripada anak-anak inilah yang pahalanya akan terus sampai kepada kita apabila sudah menutup mata.  Selagi anak-anak buat amal kebaikan dan doakan yg terbaik untuk kita, selagi itulah kita hidup aman damai di alam sana. 
 
4. Perbanyakkan Taubat dan Istighfar 

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran, umur masuk 40 tahun eloklah perbanyakkan taubat dan istighfar sebabnya dengan tempoh itu tentu banyak dosa, khilaf, maksiat dan alpa yang kita buat. 
Ada dosa yang kita perasan, ada lebih banyak dosa yg kita tak perasan.  

Perbanyakkan beristighfar dan bertaubat - gambar Unsplash
Perbanyakkan beristighfar dan bertaubat - gambar Unsplash

5. Mati Dalam Iman 
 Dengan masa yang mencemburui, perbanyakkanlah doa agar kita menemui Pemilik dalam keadaan bersedia dan beriman. Meninggal dalam husnul khotimah, bukannya suul khatimah. Jaga mulut dan tingkah laku agar tidak menjemput dosa.  

Satu perkara yang kita harus sentiasa sedar adalah, kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa, tanpa mengira usia.  Jika kita terus mahu menunggu waktu yang sesuai untuk bertaubat, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur tidak panjang.  - Getaran, 29 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini