Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sandwic Kegemaran Ramai Kembali Dengan Rasa Lebih Hebat

Sandwic yang sihat dan enak memang sentiasa menjadi pilihan, terutama sekali tika waktu sibuk. Kini ada lebih banyak pilihan baharu dan yang satu ini khas buat mereka yang suka rasa lada hitam.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 11:49AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian restoran yang terkenal dengan hidangan sandwic lazat, Subway Malaysia membawa kembali sandwic lada hitam kegemaran ramai bagi menghangatkan suasana musim perayaan kali ini.

Dengan rasa lada hitam yang lebih hebat, sandwic lada hitam serba baharu ini turut ditemani oleh biskut perisa pandan lazat. 

Tersedia dalam dua pilihan protein, ayam dan daging, sandwic lada hitam ini kembali semula ke kaunter hadapan restoran kerana ia mendapat maklum balas positif daripada pengguna sebelum ini. 

Dengan inovasi terkini, ia menampilkan kepingan ayam dan daging lembut berjus yang disalut dengan sos lada hitam menggoda, mencipta keseimbangan rasa dan tekstur yang memuaskan.

Semestinya ia memberikan sensasi rasa yang bukan kepalang dalam setiap gigitan.

Walaupun setiap sandwic di Subway boleh disesuaikan mengikut selera individu, gandingan yang disyorkan untuk ‘Black Pepper Subs’ ini adalah salad, timun, bawang merah dan hirisan keju cheddar.

Untuk melengkapkan hidangan serta menghilangkan rasa pedas dan panas daripada lada hitam, anda boleh menggabungkan menu ini dengan biskut pandan kelapa yang juga tidak kalah dengan rasanya.

Dengan haruman membangkitkan selera, mana mungkin biskut dengan perisa buruan rakyat Malaysia ini mengecewakan deria rasa.

“Di Subway, kami berbangga dapat mempersembahkan hidangan segar dan berkhasiat kepada pelanggan melalui pelbagai pilihan menarik dan boleh disesuaikan mengikut cita rasa  komuniti tempatan.

“Lada Hitam merupakan perisa yang disukai ramai dan kami sememangnya tidak sabar untuk membawa kembali menu laris ini.”

“Lebih menarik, pelanggan boleh melengkapkan hidangan dengan biskut perisa pandan terbaharu, yang juga memikat selera.

“Kami percaya, musim perayaan kali ini akan menjadi lebih meriah dan menyeronokkan dengan adanya hidangan terbaharu daripada Subway.

“Sesungguhnya kami teruja untuk mengetahui pendapat pelanggan tentang kedua-dua menu ini dalam sedikit masa lagi,” ujar Pengarah Negara, Subway Asia Tenggara, Samad Mohd Shariff.

Untuk membayangkan semula rasa lada hitam yang lazat dan memastikan ia adalah pengalaman yang sangat lazat, Subway Malaysia juga sedang memburu ‘The Ultimate Black Pepperista’ - pakar lada hitam yang tahu apa yang menjadikan sos lada hitam Subway benar-benar istimewa.

Anda boleh mengikuti pemburuan ini di akaun Instagram and Facebook rasmi Subway Malaysia.

Sandwic lada hitam ayam dan daging serta biskut pandan Subway terbaharu boleh didapati di semua rangkaian restoran Subway yang mengambil bahagian hingga 29 Mac hadapan.

Harga sandwic bermula dari RM12.60. Manakala biskut perisa pandan berharga RM2.20 setiap satu. - Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

4 Lokasi Berbuka Puasa Yang Berbaloi Dicuba!

2

TARA 1 tahun yang lalu

Manjakan Lidah Dengan Hidangan Enak Sempena Tahun Baru Cina 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Kombinasi Inti Avocado Bersama Jagung Manis Dalam Italian B.M.T Memberikan Rasa Lemak Dan Segar

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil Bangga Andai Anwar Ibrahim Jadi PM, Filem 'Anwar' Juga Ada Peluang Ditayangkan Di Malaysia 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran