Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Manjakan Lidah Dengan Hidangan Enak Sempena Tahun Baru Cina 

Acara makan-makan adalah aktiviti yang cukup digemari oleh rakyat Malaysia terutamanya pada musim perayaan. Jom rebut promosi makanan sempena Tahun Baru Cina ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 1:00PM

ZUS Coffee turut mengadakan promosi istimewa sempena kedatangan Tahun Baru Cina kali ini. - Gambar ihsan ZUS Coffee

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia memang bertuah. Satu demi satu perayaan kita raikan dek kepelbagaian kaum yang menjadi warga Malaysia. Sempena kedatangan Tahun Baru Cina kali ini, ada banyak tawaran atau promosi makanan yang boleh anda rebut. Bolehlah menjamu selera bersama keluarga dan teman-teman.

Tiga pilihan berikut mungkin berkenan di hati. Ketiga-tiganya telah penulis nikmati sendiri dan dengan senang hati penulis mengatakan ia tidak mengecewakan. Minuman daripada ZUS Coffee adalah pilihan pertama penulis.

1) Prosperous Orange Daripada ZUS Coffee

Gambar ihsan ZUS Coffee
Gambar ihsan ZUS Coffee

ZUS Coffee baru sahaja melancarkan produk terbaharu mereka, Iced Shaken Drinks yang dihasilkan menggunakan kaedah shakerato Itali yang merupakan gabungan pukulan espreso, ais dan sirap yang digoncang bersama dalam penggoncang koktel serta disudahi dengan tambahan susu atau air kosong. 

Sebagai permulaan, penggemar kopi diperkenalkan dengan Iced Shaken Double Espresso yang mewah dengan rasa kopi dan Iced-Shaken Orange Osmanthus Espresso sebagai tanda meraikan kehadiran Tahun Baru Cina.

Tambah menarik ZUS Coffee turut mempersembahkan siri ‘Prosperous Orange’ yang turut terdiri daripada Orange Chocolate Frappe, Iced Orange Latte, Iced Orange Chocolate dan Hot Orange Chocolate.

Gambar ihsan ZUS Coffee
Gambar ihsan ZUS Coffee

“Kami mahu membawa kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina kepada seleksi minuman kami. Oren adalah simbol ikonik yang dikaitkan dengan tuah dan kejayaan, dan atas sebab itulah siri minuman Tahun Baru Cina ini menampilkan perisa oren yang segar dan menjadi kegemaran ramai” jelas Ketua Barista, ZUS Coffee, Terrence Ho. 

Untuk merasai siri Iced Shaken yang menyegarkan atau menghirup siri terhad Prosperous Orange , kunjungi mana-mana daripada lebih 150 kedai ZUS Coffee atau buat pesanan di melalui aplikasi ZUS Coffee.

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi ZUS, inisiatifnya, dan promosi yang berterusan, sila layari: zuscoffee.com 

2) Mala Sub dari Subway Malaysia

Gambar ihsan Subway Malaysia
Gambar ihsan Subway Malaysia

Rangkaian restoran yang popular dengan hidangan sandwic ini mempersembahkan hidangan ‘Mala Sub’ serba baharu yang pastinya memberikan letusan rasa yang bukan kepalang. 

Perisa Mala bukanlah sesuatu yang asing kepada rakyat Malaysia biarpun ia sebenarnya berasal dari Schezuan, China. Rempah yang satu ini memberikan sensasi pedas yang menjadi kegemaran pencinta makanan pedas. Jika anda penggemar stimbot, pasti anda pernah atau kenal dengan Mala ini. 

Untuk sandwic Subway, resipinya direka agar menyerlahkan rasa pedas dan dikombinasikan dengan bahan-bahan segar yang memikat selera. Jangan teragak-agak atau takut dengan tahap kepedasan Mala Sub ini. Anda kena ingat, setiap hidangan sandwic di Subway ada kepingan keju yang boleh diselitkan. Jadi, bolehlah seimbangkan rasa pedasnya. Itupun kalau anda mahu, kalau tak mahu, tak mengapa. 

Gambar ihsan Subway Malaysia
Gambar ihsan Subway Malaysia

Menu segar menyelerakan ini sudah boleh didapati di semua cawangan Subway seluruh negara sehingga 21 Mac hadapan. Tersedia dalam dua pilihan iaitu ayam atau daging. Harga setiap hidangan bermula daripada RM14.50 sehingga RM25.70. 

3) Edisi Terhad Julie’s Love Letters Lemon 

Gambar ihsan Julie’s Biscuits
Gambar ihsan Julie’s Biscuits

Sedang memikirkan snek lazat untuk dihidangkan kepada tetamu atau buah tangan untuk Tahun Baru Cina? Apa kata hidangkan snek popular Julie’s Love Letters dengan perisa baharunya, lemon. Didatangkan dalam pembungkusan menarik, Julie’s Love Letter perisa lemon ini menjanjikan rasa lemon yang menyegarkan. 

“Intipati sambutan Tahun Baru Cina adalah untuk meraikan permulaan baru bersama orang tersayang. Menyambut tahun baru yang penuh dengan harapan adalah amat penting terutamanya tahun ini, di mana orang ramai menantikan permulaan yang baru selepas pandemik.”

“Menerusi Love Letters Lemon ini, kami berharap untuk memperkenalkan sesuatu yang menyegarkan, melambangkan kehidupan yang lebih segar, optimistik dan penuh semangat pada tahun 2023. Ambillah peluang pada musim perayaan ini untuk menambah kemesraan dan menjalin ikatan bersama orang tersayang,” ulas Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng Sai.

Selain perisa lemon, anda juga boleh dapatkan tiga perisa klasik iaitu coklat, strawberi dan vanila. Sempena musim perayaan ini, anda juga akan menerima satu set paket angpau percuma dengan setiap pembelian satu tab Love Letters Lemon. - Getaran, 15 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Kombinasi Inti Avocado Bersama Jagung Manis Dalam Italian B.M.T Memberikan Rasa Lemak Dan Segar

2

TARA 1 tahun yang lalu

Raikan Merdeka Dengan Kopi Percuma dan Sandwic Citarasa Malaysia

3

Selera 2 tahun yang lalu

5 Cara Untuk Kekal Kenyang Dan Puas

4

Selera 2 tahun yang lalu

Sandwic Kegemaran Ramai Kembali Dengan Rasa Lebih Hebat

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan