web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kombinasi Inti Avocado Bersama Jagung Manis Dalam Italian B.M.T Memberikan Rasa Lemak Dan Segar

Mungkin sesetengah individu tidak dapat membayangkan bagaimana rasa kombinasi dua bahan ini diletak bersama sandwich, jawapannya ia berlemak dan lazat.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 4:00PM

Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

B.M.T Plus - Gambar dari ubwayisfresh.com
B.M.T Plus - Gambar dari ubwayisfresh.com

Subway memperkenal menu terbaharu yang dipanggil Italian B.M.T Plus dimana ia dimodifikasikan dengan penambahan bahan baharu pada menu kategori Premium ini iaitu isi avocado yang digandingkan bersama jagung manis.

Mungkin sesetengah individu tidak dapat membayangkan bagaimana rasa kombinasi dua bahan ini diletak bersama sandwich dan mungkin juga menjadi tanda tanya adakah ia akan rasa manis buah disebalik menu tersebut, jawapannya tidak.

Menu B.M.T Plus bersama satu skop avokado dan jagung manis memberikan rasa lemak dan segar apabila anda mengunyahnya untuk kali pertama. Ia hanya memiliki sedikit element rasa manis ringan yang datang daripada jagung manis dan tidak menutupi perisa lain yang ada pada sandwic.

Penulis berpendapat, tidak kira apa jua pilihan sayur dan sos yang dikehendaki oleh pelanggan, menu ini wajib disertakan bersama sos cili dan salad segar. Kemudian terpulang kepada pengunjung untuk menambah bahan lain mengikut selera.

Ini kerana gandingan sos cili bersama isi avocado akan menaikkan aroma disusuli dengan salad serentak dengan jagung manis yang akan menambahkan kerangupan apabila menggigitnya. 

Bagi mereka yang tidak gemar kepada jagung manis, tiada masalah. Mungkin ia sedikit tidak sesuai namun inti avocado wajid disertakan bersama menu ini kerana itulah ‘killer’ kepada menu B.M.T Plus ini.

Seperti sedia tahun buah avocado juga memiliki pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin K, A, E dan banyak lagi menjadikan sandwich anda seimbang dan sihat.

Gambar dari ubwayisfresh.com
Gambar dari ubwayisfresh.com

Satu lagi menu terbaharu yang berasas sandwich yang sama iaitu Italian B.M.T Double Cheese. Menu ini disyorkan kepada penggemar keju kerana ia sandwich anda akan diserta kepingan keju yang lebih banyak.

Ditambah pula dengan pilihan sayur kegemaran anda seperti jeruk timun, tomato, lada benggala dan sebagainya, pastikan lazat.

Oleh itu, penilaian secara keseluruhan untuk menu terbaharu dari Subway ini penulis boleh memberikan 8/10 bagi menu Italian B.M.T Plus dan 7/10 untuk menu B.M.T Double Cheese. Anda boleh mendapatkanya di semua cawangan Subway seluruh Malaysia atau membuat pesanan menerusi di aplikasi GrabFood dan Foodpanda. - Getaran, 7 Januari 2023 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

07 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Manjakan Lidah Dengan Hidangan Enak Sempena Tahun Baru Cina 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Ambil 7 Makanan Ini Untuk Awet Muda

3

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Merdeka Dengan Kopi Percuma dan Sandwic Citarasa Malaysia

4

Selera 3 tahun yang lalu

Kalau Nak Kurus, Pilih Buah Yang Mahu Dimakan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini