Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : Hidangan Paling Diburu Sepanjang 2021

Syurga makanan, itulah Malaysia. Dengan masyarakat yang berbilang kaum, senarai makanan popular di negara ini cukup panjang. Berikut, Getaran senaraikan 10 hidangan paling diburu sepanjang 2021.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 5:13PM

Gambar: Rodnae Productions, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syurga makanan, itulah Malaysia. Dengan masyarakat yang berbilang kaum, senarai makanan popular di negara cukup panjang.

Selain makanan tradisi seperti nasi lemak, roti canai, asam laksa, rendang, nasi dagang dan nasi kerabu, ada juga juadah dari negara jiran yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia seperti ayam penyet, bakso, tomyam, sushi, takoyaki, ramen dan popia Vietnam.

Alahai, kecur liur dibuatnya apabila berbicara tentang makanan. Teringat-ingat tentang kelazatan setiap hidangan. 2021 menyaksikan banyak hidangan yang menjadi buruan ramai.

Pandemik COVID-19 membuatkan ramai melahirkan idea-idea baru untuk memuaskan selera penduduk Malaysia.

Maklumlah, masing-masing tidak boleh terbang jauh ke luar negara untuk bermaraton kulinari, jadi cara paling mudah ialah membawakan hidangan yang ada di luar negara ke sini.

Dengan 140,608 individu dilaporkan kehilangan pekerjaan sejak Mac sehingga 20 Ogos lalu, ramai juga di antara mereka ini yang terjun ke bidang perniagaan untuk menyara hidup.

Lihat sahaja gerai-gerai di tepi jalan di sekitar kawasan tempat tinggal anda, pasti semakin bertambah bukan?

Baiklah, berikut Getaran senaraikan 10 hidangan paling diburu sepanjang 2021.

 

1) Taco

Gambar : IG Taco Bell Malaysia
Gambar : IG Taco Bell Malaysia

Hidangan ini merupakan hidangan tradisional Mexico yang terdiri daripada tortila jagung atau gandum yang bersaiz tapak tangan yang diisi dengan pelbagai jenis inti seperti salad, sayuran, ayam, daging dan makanan laut. 

Biarpun hidangan ini sebenarnya sudah lama ada di sini, namun kehadiran rangkaian restoran makanan segera, Taco Bell yang popular di Amerika Syarikat membuatkan populariti hidangan ini melonjak naik.

Lihat sahaja barisan pengunjung yang sanggup beratur panjang untuk menjamu selera di restoran terbabit.

 

2) Frappucino Starbucks

Gambar : IG Starbucks Malaysia
Gambar : IG Starbucks Malaysia

Gara-gara viral di aplikasi TikTok, minuman ini dipromosikan oleh Starbucks sehingga menjadi rebutan ramai.

Golongan muda terutamanya tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba kedua-dua minuman ini, Purple Summer dan Upside Down Honey dengan Chocolate Drizzle dan Caramel Drizzle.  

 

3) Corn Dog Korea

Gambar : IG Corndog Aqilicious
Gambar : IG Corndog Aqilicious

Makanan jalanan yang popular di Seoul ini mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.

Bukan sahaja boleh dibeli di gerai-gerai tepi jalan, corn dog Korea ini juga mendapat tempat di restoran-restoran Korea ternama. 

Hidangan ini biasanya diperbuat daripada sosej dan keju mozarela yang dibalut dengan adunan tepung istimewa dan disalut dengan serbuk roti sebelum digoreng hingga keemasan.

Untuk melengkapkan rasa, sos cili pedas, mayonis dan sos biji sawi turut diletakkan di atasnya.

Corndog Aqilicious yang terletak di Klebang, Melaka antara yang menjadi perhatian ramai dan pernah bersiaran di program Malaysia Hari Ini, TV3. 

 

4) Kek Coklat Telur Masin

Gambar : IG Absolut Chocolat
Gambar : IG Absolut Chocolat

Perisa telur masin dengan rakyat Malaysia berpisah tiada. Cuba buat hitungan sendiri.

Ada banyak menu yang menggunakan perisa telur masin untuk menambat selera pencinta makanan. Antaranya kerepek kentang, pasta, croissant, pau, cronut, emping jagung dan banyak lagi.

Kek coklat telur masin antara yang menjadi kegemaran ramai apabila diperkenalkan. Jenama Absolut Chocolat antara yang popular. Daripada membuat jualan secara dalam talian, kini jenama ini sudah mempunyai kedai fizikal.

 

5) Bagel

Gambar : Unsplash
Gambar : Unsplash

Juga bukan sesuatu yang baru, tetapi populariti hidangan ini melonjak di kala musim pandemik ini. Sekali pandang, bagel dan donut nampak sama. Tetapi ia sama sekali berbeza.

Selain saiznya yang lebih besar daripada donut, cara ia dihidangkan juga tidak sama. Bagel boleh dimakan begitu sahaja, atau boleh disapu dengan sapuan pelbagai perisa serta dijadikan sandwich. 

Christine's Bakery yang terletak di Hartamas terkenal dengan sandwich bagel yang memikat selera. Daripada yang ringan sehinggalah yang sarat dengan pelbagai isi seperti hirisan ayam, daging wagyu, cendawan, truffle dan salmon.

 

6) Teh Thai

Gambar : Unsplash
Gambar : Unsplash

Selain kopi, minuman yang lebih selesa disebut sebagai Thai Tea oleh rakyat Malaysia ini juga menjadi buruan. Popularitinya membuatkan ramai peniaga yang menyenaraikan minuman ini dalam menu mereka.

Malah, gerai-gerai tepi jalan yang hanya menjual minuman ini juga semakin banyak. Biarpun penyediaannya kurang sihat (tinggi gula dan menggunakan bahan pewarna), itu tidak menjadi penghalang untuk mereka memuaskan selera.

 

7) Daging Salai (smoked beef)

Gambar : IG Burnin’ Pit
Gambar : IG Burnin’ Pit

Terdapat pelbagai versi daging salai yang menjengah ke pasaran. Kalau dulu makanan ini tidak mendapat perhatian ramai, kini segalanya berubah. Rakyat Malaysia semakin kreatif untuk memanjakan lidah.

Cuba intai akaun media sosial, ada sahaja kandungan tajaan yang mengiklan hidangan dari barat ini. Antara restoran yang digemari ramai untuk hidangan ini ialah Beard Brothers' BBQ, Tropicana Avenue dan Burnin’ Pit, Desa Sri Hartamas.

 

8) Roti Sourdough

Gambar : Pexels
Gambar : Pexels

Cuba anda ingat kembali, tidak berapa lama dahulu roti sourdough tiba-tiba popular dan ramai yang ingin mendapatkannya untuk sarapan atau minum petang.

Mungkin kerana ketika itu kita tidak dibenarkan menjamu selera di luar. Ditambah pula dengan promosi yang dilakukan oleh kebanyakan bakeri untuk meningkatkan jualan mereka.

Roti yang boleh bertahan sehingga lima hari ini boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Cara paling mudah ialah dibakar dan sapu dengan mentega dan jem pilihan.

Boleh juga dibuat sandwich, atau rendamkannya ke dalam semangkuk sup panas. Pasti menyelerakan! - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan Kasar RM48.02 Bilion Bagi 9 Bulan Pertama 2021

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Video TikTok Tular Di Malaysia Sepanjang 2021

3

Indie 2 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Senarai Video Muzik Indie Menarik Tahun 2021

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Kejayaan Manis Yang Dilakar Industri Kreatif Hiburan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran