Berita Terkini

43 minit yang lalu: MAHB masih diberi kuasa uruskan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah - Wee Ka Siong 43 minit yang lalu: Jumlah penumpang lapangan terbang dijangka antara 32.6 juta dan 42 juta di Malaysia pada 2022, bergantung kepada situasi COVID-19 - Wee Ka Siong 3 jam yang lalu: Kerajaan pertimbang kelonggaran SOP jika proses dos penggalak selesai & KKM beri pandangan - PM 3 jam yang lalu: Kerajaan tidak bercadang laksanakan PKP lagi untuk sekat pergerakan rakyat - PM Ismail Sabri 3 jam yang lalu: Kerajaan masih berhati-hati membuka sempadan negara berikutan kebimbangan jangkitan COVID-19 - PM

IKUTI KAMI


KWSP Catat Pendapatan Pelaburan Kasar RM48.02 Bilion Bagi 9 Bulan Pertama 2021

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 1:54PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM48.02 bilion bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2021, meningkat 7.7 peratus daripada RM44.60 bilion yang direkodkan pada tempoh yang sama 2020.

Menurut kenyataan KWSP hari ini, jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2021 pula mencecah RM13.97 bilion, lebih rendah daripada RM17.33 bilion yang direkodkan pada suku yang sama 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pasaran ekuiti domestik dan pasaran pesat membangun pada suku ketiga 2021 adalah tidak menentu, sebahagian besarnya disebabkan oleh kebimbangan berhubung peningkatan kadar inflasi dan kadar faedah.

“Pada masa yang sama, pemulihan berterusan ekuiti dalam ekonomi maju ketika suasana ketidaktentuan yang memuncak telah memberikan peluang kepada KWSP untuk memanfaatkan keuntungan tambahan,” katanya dalam kenyataan yang sama.

KWSP menjelaskan, ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar dengan 54 peratus atau RM7.50 bilion kepada jumlah pendapatan pelaburan kasar.

“Sebagai sebahagian daripada dasar dalaman dan langkah berhemat bagi memastikan kemantapan portfolio KWSP, sebanyak RM0.11 bilion turun nilai kos untuk ekuiti tersenarai yang telah dicatatkan pada suku tersebut, berbanding RM0.13 bilion pada suku yang sama 2020.

“Setelah mengambil kira turun nilai kos, pendapatan pelaburan bersih sebanyak RM13.86 bilion telah direkodkan pada suku ketiga 2021,” jelasnya.

KWSP menambah, secara kumulatif, sebanyak RM0.35 bilion telah diturun nilai untuk ekuiti tersenarai, lebih rendah daripada RM6.46 bilion pada tempoh yang sama 2020, didorong oleh pemulihan berterusan dalam pasaran ekuiti global, menjadikan pendapatan pelaburan bersih sebanyak RM47.67 bilion bagi sembilan bulan pertama 2021, berbanding RM38.14 bilion untuk tempoh sama 2020.

Pelaburan dalam pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM5 bilion atau 36 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar semasa suku ketiga 2021, iaitu lebih rendah daripada RM8.18 bilion yang dijana pada suku ketiga 2020, berikutan keuntungan dagangan yang lebih rendah, jelasnya.

“Ini selari dengan hasil pasaran yang lebih tinggi pada suku ketiga 2021 berbanding tempoh sama 2020,” katanya.

Selain itu, hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang KWSP pula masing-masing menyumbang RM1.18 bilion dan RM0.29 bilion.

 Setakat September 2021, aset pelaburan KWSP mencatatkan RM988.55 bilion dengan sejumlah 36 peratus telah dilaburkan dalam pelaburan luar negara.

“Pada suku ketiga 2021, pelaburan luar negara telah menjana pendapatan sebanyak RM8.10 bilion yang merangkumi 58 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan kasar yang direkodkan,” katanya.

Menurut dana persaraan itu, sejumlah RM1.40 bilion daripada RM13.97 bilion pendapatan pelaburan kasar telah dijana untuk Simpanan Shariah manakala Simpanan Kovensional sebanyak RM12.57 bilion.

Menyentuh prospek, Amir Hamzah berkata pembukaan semula ekonomi Malaysia dijangka dapat menyokong pemulihan secara beransur-ansur sehingga 2022 dan KWSP akan merancakkan lagi usaha untuk membantu kalangan ahli membina semula simpanan persaraan mereka serta melebarkan jaringan keselamatan sosial.

“Antara inisiatif utama KWSP pada 2022 adalah mengemaskinikan mandat kami agar kekal relevan kepada lebih ramai rakyat dalam sektor tidak formal serta pekerja kontrak bagi perkhidmatan yang kini merangkumi tenaga kerja majoriti negara. 

“Ini penting kerana kami ingin memastikan mereka mendapat akses sekurang-kurangnya kepada taraf hidup minimum, walaupun dalam suasana yang tidak dijangka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

MIER Bantah Gesaan Pengeluaran Wang KWSP

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Guna Dana Persaraan Bila Musibah Bukan Tindakan Bijak - NUBE

3

Politik 3 minggu yang lalu

Tidak Lulus KWSP, BERSATU Ambil Peluang ‘Jatuhkan’ Ismail Sabri

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Simpanan KWSP Bukan Satu-Satunya Penyelesaian Bencana Alam - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Pelbagai Produk Makanan Bernilai RM54,402 Dirampas Kerana Salah Guna Logo Halal

2

Rayuan Kes SRC, Najib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK

3

Penggal Kepala Ibu, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

4

Pereka Fesyen Thierry Mugler Meninggal Dunia Pada Usia 73