web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu Ini

Kami kongsikan perkembangan terbaharu tentang aneka jenama makanan di Malaysia.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 4:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seputar segmen selera minggu ini kami mulakan dengan perkembangan sebuah restoran bernama Rasa Lama yang menghidangkan hidangan bufet makan malam ala hotel di Subang Jaya.

Seterusnya kami kongsikan juga menu terbaharu daripada restoran sandwic Subway serta lebaran pasaran Roti Boy yang kini melebarkan sayap ke Korea Selatan. 

The Grill oleh Rasa Lama

Bufet Makan Malam BBQ, menyajikan makanan tempatan dan pelbagai menu dari makanan Barat yang dipersembahkan oleh chef  The Grill oleh Rasa Lama dengan menghidangkan aksi-aksi masakan secara langsung depan pengunjung.

Pengunjung boleh menikmati sendiri aroma dan desiran bunyi daging, makanan laut, ayam dan pelbagai lagi yang dipanggang secara langsung di luar restoran.

 Antara menu BBQ yang dihidangkan adalah kambing, rusuk lembu, ikan siakap dan aneka makanan laut dengan sos lada hitam serta sos BBQ buatan sendiri.

Bagi hidangan masakan Melayu pula, turut tersedia hidangan seperti rendang itik, ayam percik, rojak dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga nasi Kebuli yang sememangnya sedap dan berkhasiat.

Bukan itu sahaja, menu pembuka selera dari Indonesia seperti Gado-Gado bersama kuah kacang turut disajikan kepada pengunjung. 

Tambahan pula, terdapat juga ulaman-ulaman seperti ulam raja disusuli dengan lebih daripada lima jenis sambal iaitu sambal tempoyak, sambal nanas dan sambal mangga yang pasti menaikkan selera anda.

Dihadirkan sekali dengan kuih tradisional dan buah-buahan seperti sagu gula melaka, kuih koci, lepat pisang dan lain-lain.

Rasa lama yang terletak di Jalan SS 15/7, SS 15 Subang Jaya merupakan satu-satunya restoran bufet makan malam di situ. Hidangan The Grill oleh Rasa Lama akan disediakan setiap Jumaat dan Sabtu bermula 24 Disember ini dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Menu Baharu Subway

Subway memperkenalkan menu baharu mereka iaitu Tri Paper Chicken dan biskut Mint Chocolate Chip. 

Tri Pepper Chicken menampilkan kandungan kepingan ayam bersama campuran biji lada hitam, hijau dan merah jambu yang dikisar sempurna. Disertakan bersama roti dan keju cheddar, sos mayonis serta sayur pilihan anda, setiap gigitan pasti terasa aroma dan kehangatan lada yang menggoda pada menu subway ini terutamanya bagi penggemar makanan pedas.

Tidak lengkap rasanya menu Subway tanpa biskut mereka. Bagi biskut Mint Chocolate Chip ini, ia kaya dengan rasa coklat disulami dengan rasa pudina. Anda disyorkan untuk memesan kedua-dua menu ini kerana apabila menikmati Tri Paper Chicken yang mempunyai rasa kehangatan biji lada pada kepingan ayam, rasa mint dan kemanisan coklat pada biskut ini akan meredakannya rasa hangat di mulut anda.

Roti Boy Tembus Pasaran Korea Selatan

Gambar: Facebook Roti Boy
Gambar: Facebook Roti Boy

Sekitar 2002,  jenama roti yang dipanggil Roti Boy ini telah menjadi kegilaan ramai di Malaysia. Hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai cawangan kedai roti ini terutamanya di pusat beli-belah.

Syarikat Roti Boy diasaskan pada 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia mempunyai lebih 100 gerai dan telah melebarkan sayapnya di Indonesia, Selatan Thailand, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia juga dalam proses menembusi pasaran Roti Boy di negara China.

Roti Boy yang lembut dilapisi permukaan berperisa kopi, mocha, mentega atau keju yang rangup serta mentega masin di dalamnya kini telah menembusi pasaran Korea Selatan. 

Syabas buat Roti Boy dan semoga terus membanggakan Malaysia.

Selamat menjamu selera! - Getaran, 29 November 2021

* Gambar di The Grill oleh Rasa Lama menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy A52s 5G

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 2 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN