Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kopi Edisi Terhad Buat Pencinta Alam Dan Hutan

Sama seperti hidangan popular lain, kopi tidak terkecuali daripada berevolusi. Ada sahaja persembahan terbaru yang ditampilkan demi memikat hati lebih ramai pengguna.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 8:58AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencinta kopi tidak akan pernah jemu bereksperimen dengan minuman pujaan seluruh dunia ini. Ke mana sahaja kaki melangkah, kopi tidak pernah dilupakan. Lebih-lebih lagi ketika mengembara ke luar negara.

Lain tempat, lain cara penyajiannya. Malah biji kopi yang digunakan juga punya keunikan tersendiri.

Sama seperti hidangan popular lain, minuman ini juga tidak terkecuali daripada berevolusi. Ada sahaja persembahan terbaharu yang ditampilkan demi memikat hati lebih ramai pengguna.

Maklumlah bukan semua berselera dengan secawan kopi pahit. 

Menginjak ke penghujung tahun dan sempena musim perayaan kali ini, jenama kopi Nespresso telah bekerjasama dengan Johanna Ortiz, seorang pereka fesyen dari Colombia untuk meraikan peminat kopi dengan pelancaran koleksi ‘Festive’ yang diilhamkan daripada hutan.

Berbekalkan inspirasi kecantikan dan misteri hutan semula jadi, koleksi ‘Gifts of the Forest’ daripada Nespresso mempamerkan dedikasi jenama tersebut terhadap persekitaran yang amat berharga di mana kopi ditanam. 

Koleksi ini menampilkan rangkaian kopi edisi terhad, bersama aksesori bertemakan perayaan, menjadikannya pilihan hadiah menarik buat keluarga dan rakan-rakan.

Para peminat kopi juga boleh memberi hadiah tersebut dengan senang hati pada musim perayaan ini kerana Nespresso akan menyumbang semula kepada hutan, melalui inisiatif jenama tersebut komited untuk membantu melindungi 10 juta batang pokok di Hutan Amazon.

Nespresso bersama Ortiz telah menghasilkan beberapa rekaan inovatif yang mengadunkan unsur-unsur alam semula jadi dengan kelestarian untuk membawa pencinta kopi melangkah ke dunia perayaan Nespresso.

“Bagi saya, rekaan dan alam semula jadi amat serasi dan inilah sebabnya kolaborasi ini cukup bermakna buat saya.

“Kopi Colombia juga amat istimewa buat saya dan sebagai penyokong kuat usaha menangani masalah perubahan iklim, kolaborasi ini amat bererti kerana Nespresso mengambil inisiatif yang melebihi komitmen perhutanan taninya dengan menyokong perlindungan 10 juta pokok di Amazon.”

“Untuk menghasilkan koleksi ini, saya telah merakamkan keindahan hutan dalam setiap rekaan, dengan menggabungkan unsur hutan yang kaya dengan tona warna bumi yang gelap. Pengalaman ini cukup hebat dan amat menyeronokkan buat saya,” ujar Ortiz. 

Berikut merupakan pilihan kopi yang ada untuk koleksi terhad ini.

1. Nikmati kehebatan rasa Forest Black

Hutan kanopi yang melitupi kopi Forest Black melindungi aroma yang tersembunyi di dalam setiap biji kopi.

Temui keunikan campuran kopi yang ditanam di Colombia dan beberapa lokasi lain ini. Kehangatan espreso dengan aroma kayu eksotik seakan-akan membawa anda meneroka jauh ke dalam belantara. 

2. Nikmati rasa buah beri hutan dengan perisa Forest Fruit 

Bagaikan permata yang menghiasi lantai hutan, buah-buahan hutan adalah hadiah daripada pepohon buat kita semua.

Aroma buah beri menyerikan espreso berperisa ini manakala karakter biji kopi Arabica dari Amerika Selatan menyuntik rasa pastri manis yang membangkitkan suasana perayaan.

3. Raikan khazanah hutan dengan perisa Forest Almond 

Forest Almond adalah perisa kegemaran peneroka hutan musim ini.

Dengan perisa kekacang manis yang diadun sempurna dengan biji kopi Arabica dari Amerika Selatan, bersedialah untuk menemukan rasa badam yang digabungkan dengan vanila dan sedikit rasa buah-buahan di dalam karakter bijirin halus kopi ini.

 

Koleksi 'Gifts of the Forest' buat tersayang 

Peminat Nespresso boleh memberi kejutan dan menggembirakan yang tersayang atau kenalan dengan resipi kopi ‘Gifts of the Forest’ yang lazat, direka khas untuk menghasilkan sensasi pengalaman yang lebih hebat.

Setiap resipi kopi telah disusun oleh Nespresso untuk disesuaikan dengan koleksi ‘Gifts of the Forest’, menggabungkan rasa alam semula jadi di dalam setiap gelas. Untuk pelbagai inspirasi kopi, anda boleh melihat laman sesawang Nespresso.

Bagi meraikan musim perayaan yang mengujakan ini, Nespresso akan mengadakan acara umum di Pavilion Kuala Lumpur, Connection Precinct, Level 3 dari 12 November 2021 hingga 2 Januari 2022.

Pencinta kopi bolehlah mengambil peluang ke acara ini untuk merasai kopi Nespresso Forest Variations edisi terhad dan dapatkan kit penanam DIY eksklusif untuk semua pembelian mesin kopi. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

5 Cara Untuk Kenali Tumbuhan Yang Selamat Dimakan Dalam Hutan

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Kebakaran Hutan Di Sepanyol Semakin Marak, Sukar Dikawal

3

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Angka Kematian Kebakaran Hutan Di Maui, Hawaii Mencecah 110 Mangsa

4

TARA 10 bulan yang lalu

Kisah Hidup Kopi Di Sungai Kivu, Congo Kembali Dihidupkan Dalam Program Nespresso Reviving Origins

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran