web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Tertipu! Semua Hidangan Daging Ini Adalah Sayuran!

IKEA Malaysia menawarkan hidangan daging vegetarian sepanjang Oktober ini.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 2:46PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seakan-akan daging sebenar, nikmati hidangan berasaskan tumbuhan yang menyelerakan lagi berkhasiat di IKEA!

IKEA Malaysia kini menawarkan pilihan makanan vegetarian yang lazat dan berpatutan. 

Menampilkan hidangan seperti burger, jejari ikan, pasta bebola, wrap, schnitzel dan croissant yang dibuat sepenuhnya menggunakan tumbuhan dan sayur-sayuran.

Burger berasaskan tumbuhan
Burger berasaskan tumbuhan

Pelancaran menu baharu ini mencerminkan usaha IKEA dalam menawarkan hidangan yang berkhasiat, selain membangkitkan selera dengan suntikan berbeza. 

Anda harus lebih peka terhadap pilihan makanan bagi melindungi alam sekitar.

Dengan mengorak langkah ke arah bumi yang lebih hijau, anda disarankan mencuba makanan berasaskan tumbuhan yang lebih sihat dan lestari ini. 

Anda adalah apa yang anda makan. Makanan mesra alam ini pastinya pilihan terbaik untuk kesejahteraan anda dan alam sekitar.

Kombo Hari Makanan Sedunia, Set Schnitzel dan Sup Cendawan
Kombo Hari Makanan Sedunia, Set Schnitzel dan Sup Cendawan

Bukan itu sahaja, jika anda ingin menikmati makanan ini sambil menyumbang, anda boleh membeli set schnitzel dengan sup cendawan pada harga RM12.90 dari 16 hingga 31 Oktober 2021.

Sebanyak RM2 akan disalurkan kepada HOPE Wordwide Malaysia bagi membiayai program pengagihan makanan kepada golongan tidak bernasib baik sempena Hari Makanan Sedunia. 

Pasta Bebola berasaskan tumbuhan
Pasta Bebola berasaskan tumbuhan

Dengan harga berpatutan dari RM4.90 hingga RM12.90, menu vegetarian ini boleh didapati di semua Restoran IKEA Malaysia.

Anda boleh menikmatinya melalui cara makan di restoran (dine in), bungkus atau perkhidmatan pesan dan ambil IKEA Food. 

Semua hidangan berasaskan tumbuhan ini akan kekal di dalam menu harian IKEA, kecuali burger yang hanya terhad sehingga 31 Oktober 2021.

Layari IKEA Malaysiauntuk maklumat lanjut. - 4 Oktober 2021

Semua gambar: IKEA Malaysia

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN