web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dari Petugas Meja Depan Hotel, Hafiz Kini Pengusaha Gerai Sarapan

Untuk projek #PetraKasih minggu ini, Getaran membawakan sebuah kisah menarik pengusaha gerai Hafiz Kitchen di Selangor.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 4:37PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri perhotelan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Kesannya, ramai pekerja hotel yang hilang punca pendapatan apabila hotel menghentikan operasi. Ada juga yang terpaksa dibuang kerja atau dipotong gaji setelah hotel kehilangan pendapatan. 

Keadaan inilah yang memaksa Muhammad Hafiz Baharel, 34, untuk meletakkan jawatannya sebagai kakitangan meja depan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur beberapa bulan selepas pandemik COVID-19 menyerang dunia pada tahun lalu, diikuti dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP). 

“Walaupun saya bernasib baik kerana tidak diberhentikan kerja, namun gaji saya dipotong dan pada masa yang sama saya juga terpaksa melakukan dua atau tiga tugasan setelah pihak hotel mengambil keputusan untuk mengecilkan operasi syarikat. 

“Keadaan itu menjadikan saya tidak gembira kerana sudahlah gaji dipotong, bebanan dan tanggungjawab kerja juga terlalu banyak dan apa saya terima tidak berbaloi sama sekali dengan kerja-kerja yang perlu saya lakukan. 

“Akhirnya, selepas 15 tahun bekerja di dalam bidang perhotelan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja pada bulan September tahun lepas dan cuba memulakan perniagaan menjual makanan,” kata pemilik gerai Hafiz Kitchen ini.  

 

Bermulanya Gerai Hafiz Kitchen 

Bermacam jenis perniagaan makanan yang dilakukan oleh Hafiz termasuk menjual nasi ayam goreng kunyit, pulut kuning dengan ayam rendang. Namun, semuanya tidak menjadi. 

Walau bagaimanapun dia tidak berputus asa. Bahkan tetap terus berusaha untuk cuba menjual makanan yang lain. Sewaktu membuka gerai bazar Ramadan beberapa bulan lepas, dia menjual pula air balang dan kuih tepung pelita. 

“Waktu itu saya didatangi beberapa orang suri rumah tangga yang duduk di sekitar rumah saya di Jalan Klang Lama. Mereka tanya, boleh tak mereka letak kuih-muih mereka di gerai saya. 

“Mereka minta saya tolong jualkan dan kalau jualan tak habis, mereka yang tanggung.  Dari situ, saya terfikir, okey juga kalau berjual tanpa keluar modal dan ambil komisyen sahaja daripada hasil jualan tersebut. 

“Saya terus dapat idea untuk membuka gerai Hafiz Kitchen ini dengan menjual makanan sarapan pagi seperti nasi lemak, mi goreng, bihun goreng dan kuih-muih yang mana kesemua makanan itu disediakan oleh mereka,” katanya. 

 

Sarapan Pagi 'Grab and Go'

Gerai Hafiz Kitchen yang baru sahaja dibuka kira-kira tiga bulan yang lalu di Taman Petaling Jaya Utama ini menyediakan pelbagai jenis sarapan pagi yang sedap dan menyelerakan. 

Selain nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng dan mi goreng, gerai ini juga menjual lebih daripada 15 jenis kuih-muih termasuk karipap, donut, sarang semut, apam, sari ayu, talam ubi, talam tepung, talam cendol, talam keladi, kole kacang, seri muka, kuih lapis, kuih bakar, onde-onde, getas, keria, peniaram serta kuih bom (inti kelapa dan kacang merah). 

Selain itu, gerai Hafiz Kitchen ini turut menjual laksam, pulut kuning rendang ayam, sandwic, roti sardin dan roti sosej cheese. Kesemua makanan yang dijual ini terdiri dari harga serendah RM1.50 sehinggalah RM5. 

Menurut Hafiz, dia sentiasa memastikan kualiti makanan yang dijualnya itu tidak berubah dan hanya mengambil daripada pembekal suri rumah tangga yang menyediakan makanan untuk gerainya sahaja. 

“Saya sangat terharu dan bersyukur kerana suri rumah tangga yang saya panggil kakak-kakak ini sanggup bantu saya dan menyediakan makanan tersebut untuk saya jual. 

“Sebenarnya tanpa mereka, tidak mungkin saya akan dapat membuka gerai ini. Bisnes makanan saya memang sangat bergantung kepada mereka. Begitu juga dengan pendapatan saya. 

“Selepas membuka gerai ini, ada juga orang lain datang kepada saya dan tanya, kalau-kalau mereka boleh letakkan makanan di tempat saya. 

“Saya terima juga asalkan makanan tersebut berbeza dengan apa yang telah saya jual di gerai ini dan saya akan rasa dahulu makanan tersebut. Jika sedap, barulah saya setuju untuk menjualnya,” katanya. 

Jelas Hafiz lagi, sebelum mengambil keputusan membuka gerai tersebut, dia cuba mengkaji dahulu lokasi yang sesuai dengan jenis makanan yang dijualnya. 

“Saya pilih kawasan Petaling Jaya Utama ini kerana ia adalah laluan orang pergi kerja setiap pagi dan merupakan lokasi yang strategik untuk saya menjual makanan sarapan pagi. 

“Memandangkan ramai orang mahu pergi kerja dengan cepat, jadi konsep gerai saya adalah menjual  makanan secara grab and go. Jadi, mereka tak perlu tunggu untuk saya menyediakan makanan yang mereka pilih itu,” katanya yang turut membuka gerai menjual burger pada waktu petang di kawasan Sri Sentosa. 

Untuk perancangan masa depan, Hafiz berkata, dia bercadang untuk mengembangkan perniagaannya itu dengan membuka kiosk makanan. 

“Bila ada kiosk, barulah saya rasa lega sebab setidak-tidaknya saya ada tempat dan tapak yang betul untuk berniaga. 

“Saya juga berharap dengan publisiti yang diberikan kepada gerai saya ini, ia juga akan membuka dan menambahkan lagi rezeki saya termasuk kakak-kakak suri rumah tangga ini serta membantu saya untuk membuka kiosk,” katanya. 

Anda boleh mengunjungi gerai Hafiz Kitchen ini di Jalan PJS 1/26, Taman Petaling Utama Jaya, Petaling Jaya dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi. - Getaran, 6 September 2021

#PetraKasih adalah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Geraran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di [email protected]

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Mangsa Ditikam Berulang Kali Dengan 2 Senjata Berbeza - Polis

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pelajar Perempuan Mati Ditikam: Polis Jumpa 2 Senjata Tajam

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

4

TARA 2 tahun yang lalu

Kwan Kee, Kedai Manisan Diiktiraf  ‘Michelin Guide Hong Kong’ Kini Di Malaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden