Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerana Aplikasi Dalam Talian PTTI, MK Akui Cemburu Dengan Pelajar SPM

Sebagai duta dan ikon PTTI, MK akui bangga apabila pusat tuisyen dan peningkatan akademik itu mengambil inisiatif untuk membangunkan aplikasi pembelajaran khas dalam talian sendiri.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 5:17PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendidikan sememangnya satu aspek yang penting di dalam kehidupan seseorang dan sejajar dengan ledakan teknologi digital, sistem pengajaran dan pembelajaran juga turut mengalami evolusinya apabila ia kini mampu dilakukan menggunakan kaedah secara maya. 

Rapper MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin mengakui bangga apabila pusat tuisyen dan peningkatan akademik, PTTI telah mengambil inisiatif untuk membangunkan aplikasi pembelajaran khas dalam talian sendiri.

Selaku duta dan ikon jenama berkenaan, MK yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique turut mengakui bahawa dia mencemburui nikmat yang bakal diraih para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pembangunan aplikasi terbabit.

"Pelajar SPM zaman sekarang boleh saya katakan cukup beruntung kerana kehadiran aplikasi pembelajaran khas ini menjadi medium terbaik untuk memudahkan proses mencari dan menambah ilmu. 

"Tambah pula dalam keadaan di mana kita sedang membiasakan corak menuntut ilmu dalam talian secara total kerana situasi semasa pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

"Bagi saya juga, corak pembelajaran dulu dan sekarang pasti ada beza. Kita sentiasa bergerak mengikut perubahan zaman dan arus semasa.

Jujur memang saya sedikit mencemburui pelajar SPM saat ini kerana mereka boleh belajar dan mengakses ilmu bila-bila masa dan di mana saja dengan aplikasi ini," katanya yang dilantik menjadi duta PTTI sejak Februari lalu menggantikan Mira Filzah.

MK yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang didudukinya pada tahun 2013 memuji usaha PTTI dengan menghadirkan aplikasi berkenaan.

"Apa yang saya lihat dan boleh rumuskan adalah aplikasi pembelajaran khas dalam talian ini sangat ke depan. Ia seiring dengan norma baharu kita lalui sekarang di era pandemik.

"Saya yakin aplikasi ini akan jadi sesuatu yang sangat membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. 

"Dengan ciri antara muka pengguna yang menarik serta 'mesra' ia mampu menarik minat pelajar untuk memahami input yang dikongsi. 

“Guru di PTTI juga boleh mengajar dengan interaktif sekali gus memudahkan proses penerimaan ilmu untuk pelajar. Terbukti selama ini pelajar yang dibantu PTTI berjaya mendapat keputusan cemerlang dan membanggakan," katanya pada majlis pelancaran virtual aplikasi terbabit yang di studio Hitman Group di Shah Alam pada 7 Ogos lalu. 

Untuk rekod, MK telah meraih keputusan 5A dan 3B dalam peperiksaan SPM. MK juga pernah menuntut dalam pengajian diploma bidang perniagaan di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, untuk menghadapi cabaran dunia digital, mereka tidak boleh terkebelakang dalam hal pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman

"Aplikasi pembelajaran dalam talian ini dibangunkan staf PTTI sendiri sejak akhir tahun lalu. Kita berasakan selepas lebih lima tahun memacu dunia pendidikan terutama untuk calon-calon SPM termasuk situasi tak terduga pandemik ini, perlu ada alternatif baru belajar yang tak terduga.

"Justeru lahirlah idea aplikasi ini. Kita juga mahu meneruskan kelangsungan membantu lebih ramai lagi pelajar SPM meningkatkan gred dan keputusan cemerlang secara dalam talian," katanya.

Para pelajar SPM boleh mendapatkan aplikasi ini menerusi laman sesawang www.MampuSkorSPM.com untuk memuat turunnya secara percuma. Mereka juga boleh memuat turun aplikasi ini di App Store untuk pengguna iPhone atau Google Playstore untuk peranti Android.

Aplikasi yang mencipta sejarah baharu buat PTTI itu dirasmikan mentor usahawan terkenal Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Selain MK, artis popular seperti Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye dan Tya Arifin turut hadir memeriahkan majlis secara virtual. - Getaran, 9 Ogos 2021

Semua gambar: Ihsan PTTI

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

4

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran