web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Popular, Tapi Kalau Berlakon Macam Tahi...,” - Rosyam Nor

Kalau betul minat berlakon, kena mula dari bawah. Hanya mereka yang berjaya ikat hati penonton sahaja yang boleh pergi jauh!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 3:31PM

Gambar: Instagram @iamrosyam

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika ingin kekal relevan dalam bidang lakonan, populariti sahaja tidak memadai untuk menjadikan seseorang pelakon itu diingati oleh penonton. Demikianlah kata pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor. 

Sepanjang 38 tahun mengabadikan diri dalam industri hiburan tanah air, pemilik rumah produksi Suhan Movies ini sudah faham benar jatuh bangun anak seni. 

Tegasnya, kejujuran adalah kunci utama yang bakal menentukan kejayaan pelakon dan setakat mana karier lakonanya diterima khalayak. 

“Saya tiada masalah dengan bakat baru yang muncul dalam industri.  Pun begitu, lebih baik mula dari bawah kalau anda betul-betul minat berlakon. Popular macam mana pun, sekiranya berlakon macam tahi, nanti orang tak suka dekat kita. 

“Isu orang popular nak jadi pelakon sebenarnya sudah ada waktu saya muda dulu. Cumanya, ketika itu era majalah. Belum ada media sosial. 

“Bila anda popular, itu sudah bagus tetapi kualiti kerja pun kenalah jaga. Ramai yang popular hanya tersemat di ingatan, bukan di hati penonton. Hanya mereka yang berjaya ikat hati penonton sahaja yang boleh pergi jauh," katanya ketika ditemui di sidang media drama Cik Ayu Mee Sanggul.

Menurut anak seni berusia 54 tahun itu lagi, dia pernah berhadapan kesukaran berurusan dengan pelakon yang terlalu berkira dan memilih. 

“Saya tak nak sebut nama. Saya nampak dia sesuai untuk bawa watak heroin drama terbitan syarikat saya. Apabila datang ke pejabat saya, dia terlalu mendesak, pilih watak dan macam-macam lagi.

"Jadi, kami batalkan niat untuk ambil dia berlakon. Nak dijadikan cerita, drama yang sepatutnya dia berlakon itu meletup. Dia kemudian ada berjumpa saya dan daripada bahasa tubuhnya nampak dia seperti menyesal," katanya. 

Antara babak menarik dalam Cik Ayu Mee Sanggul
Antara babak menarik dalam Cik Ayu Mee Sanggul

Menerusi drama-drama yang pernah dihasilkan Suhan, Rosyam bekerja dengan ramai selebriti. Sebagai orang lama, dia sentiasa berusaha yang terbaik menggilap bakat barisan pelakon agar tampil lebih berkualiti depan kamera. 

“Saya selalu pesan dengan pelakon, kalau bekerja, lakukan dengan bersungguh-sungguh. Barulah orang luar akan hargai kita,” katanya yang memegang watak Tuan Baharom dalam drama ini.  

Kemunculan Rosyam dalam drama rantaian terbitan Astro ini mendapat perhatian ramai memandangkan sudah lama dia tidak muncul di kaca televisyen. 

"Drama ini ada watak lelaki tua. Saya terfikir tak salah sekiranya tampil sebagai sebagai cameo dalam drama sendiri.

"Kebetulan idea ini disokong stesen televisyen. Kiranya, drama ini saya buat kemunculan semula setelah sekian lama tidak berlakon," katanya yang banyak menghabiskan masa dengan berkebun sepanjang pandemik ini.  

Cik Ayu Mee Sanggul mengisahkan pengorbanan balu muda Cik Ayu lakonan Amelia Henderson menikahi duda anak satu lakonan Aqasha tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais yang menghidap penyakit talasemia minor. Ayu adalah pengusaha restoran mee sanggul yang berjaya di Kuala Lumpur. 

Drama 16 episod ini bersiaran menerusi slot Mega Drama  setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria DH (104) dan Astro Ria (124). - Getaran, 2 Ogos 2021

Sumber Foto: Astro 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN