web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man Kidal Sekeluarga Berdepan Ujian, Mohon Masyarakat Hulur Bantuan

Pemain gitar terkenal, Man Kidal sekeluarga rupanya sudah hidup dalam kesempitan sejak setahun lalu memandangkan tiada lagi aktiviti persembahan dibenarkan sepanjang PKP.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 1:59PM

Gambar: Instagram @man.keedal

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas disahkan positif COVID-19, pemain gitar terkenal Man Kidal sekeluarga rupanya berdepan dengan masalah kewangan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Norlaila Yusof bahawa suaminya sudah tidak bekerja lebih daripada setahun memandangkan kerajaan melarang sebarang aktiviti persembahan sepanjang PKP.

Situasi ini sangat sukar bagi mereka sekeluarga apabila Man Kidal memang bergantung punca pendapatan dalam bidang muzik. Bila tiada pekerjaan, maka tiadalah wang.

Dalam keadaan yang semakin mendesak, Norlaila sangat berharap mana-mana bantuan dapat diberikan kepadanya bagi meringankan beban mereka sekeluarga. 

"Terus terang, kami memang mengharapkan bantuan seikhlas hati daripada mana-mana pihak.

"Tidak kisahlah apa sahaja bantuan yang bakal dihulurkan. Dengan keadaan abang Man yang dijangkiti virus COVID-19 dan tidak bekerja, kami terima sahaja.

"Lagipun, sepanjang pembabitan abang Man dalam bidang seni, belum pernah kami meminta bantuan daripada mana-mana pihak. Kalau ada pun, tak pernah dapat," katanya seperti yang dilaporkan portal BH Online.

Sebelum ini, mereka telah melakukan inisiatif seperti menggunakan duit simpanan mereka sebagai modal perniagaan. Namun perniagaannya semakin merosot sejak pandemik berlarutan.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun isteri Man Kidal seperti berikut:

  • Norlaila binti Yusof
  • Bank Islam
  • 12216020195177

Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga dan diberikan kesihatan seperti sediakala. - Getaran, 24 Julai 2021

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa