Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Semarak Industri Hiburan China

Nama-nama bintang baru industri hiburan China semakin disebut-sebut peminat tempatan. Kenalkah anda dengan Wang Yibo, Yang Mi, Li Yi Feng, Deng Lun dan lain-lain?

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 11:35AM

Gambar: Akaun Weibo Rasmi Wang Yibo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri hiburan China merupakan industri yang semakin berkembang pesat. Sama seperti Korea Selatan, industri hiburan di China juga mempunyai peminatnya tersendiri. Ia melangkaui sempadan China sendiri.

Artis-artis seperti Jet Li, Gong Li, Fan Bing Bing, Zhang Ziyi dan Li Bing Bing yang pernah berlakon dalam filem-filem Hollywood, kini bukan lagi saingan kepada generasi artis berkenaan.

Sebaliknya Wang Yibo, Xiao Zhan, Zhao Liying, Yang Mi, Li Yi Feng, Deng Lun, Dil Reba, Yang Zi, Zhu Yilong, Zhang Yixing dan Kriss Wu mempunyai kelompok peminat tersendiri yang membentuk fan club masing-masing.

Mereka ini adalah kelompok elit dalam industri hiburan dan berada dalam carta 100 teratas senarai Forbes China pada tahun lepas.

Di China, populariti seseorang artis adalah penting kerana dengan populariti yang dimiliki itu, ia akan menjadi tarikan kepada penaja serta iklan. Bukan itu sahaja mereka akan dipilih menjadi duta kepada jenama barangan elit antarabangsa seperti Dior, Channel, Burberry, Louis Vuitton, Gucci serta banyak lagi.

Deng Lun untuk koleksi Doraemon x GUCCI. Gambar: Akaun Weibo GUCCI China
Deng Lun untuk koleksi Doraemon x GUCCI. Gambar: Akaun Weibo GUCCI China

Dengan melantik artis-artis tempatan sebagai jurucakap, ia akan menunjukkan bahawa jenama terbabit memahami inspirasi pengguna muda di China. 

Manakala populariti artis China ini akan diukur menerusi indeks mingguan, bulanan dan tahunan serta rating drama atau filem yang mereka lakonkan. Indeks populariti itu adalah penting dan menjadi ukuran kepada projek mereka yang seterusnya. Lagi tinggi populariti masing-masing maka lebih tinggi pengiktirafan diberikan.

Wang Yibo umpamanya, beliau yang baru berusia 23 tahun, menduduki tangga kedua di belakang Xiao Chan bagi kategori 10 artis lelaki paling berpengaruh di China. Setakat ini Yibo mempunyai 30 iklan termasuk dengan jenama terkenal.

Yibo pernah menjadi artis untuk kumpulan Uniq di Korea Selatan dan pulang ke negaranya beberapa tahun lalu. Selain berlakon, beliau adalah penyanyi rap, pelumba motosikal dan telah melakonkan beberapa drama dengan lakonan terbaru yang kini disiarkan adalah 'Legend Of Fei,' gandingan dengan Zhao Liying.

Poster Tencent Video menampilkan Zhao Liying. Gambar: Akaun Weibo Tencent Video
Poster Tencent Video menampilkan Zhao Liying. Gambar: Akaun Weibo Tencent Video

Walaupun 'Legend Of Fei' hanya disiarkan menerusi dalam talian sahaja, namun drama 51 episod yang ditayangkan sejak 16 Disember lalu, telah menarik 5 bilion tontonan. Jumlah tontonan itu hanya di China semata-mata, tidak termasuk di negara lain.

Manakala Zhao Liying pula, merupakan artis wanita popular dan mempunyai 88 juta pengikut dalam Weibo, iaitu media sosial yang menyamai Twitter.

Beliau berusia 33 tahun dan ketika digandingkan dengan Yibo, ramai yang mengkritiknya kerana jurang umur 10 tahun namun selepas 'Legend Of Fei' ditayangkan, Liying melenyapkan kritikan terhadapnya disebabkan wajah 'baby face' yang dimilikinya serta bakat lakonan yang hebat.

Liying juga dikenali sebagai 'Ratu Rating' disebabkan beberapa drama lakonannya merekodkan jumlah tontonan yang tinggi.  Antara drama terkenalnya ialah 'Princess Agents,' 'The Story Of Minglan' dan 'Journey Of Flower'. Filem-filem lakonannya sejak 13 tahun lalu merekodkan jumlah tontonan 180 bilion keseluruhannya. Baru-baru ini Yibo dan Liying memenangi gelaran raja dan ratu Douyin, iaitu aplikasi yang sama seperti TikTok.

Namun di China, usia 33 tahun dianggap sebagai sudah veteran dan senior. Hanya mereka yang benar-benar terkenal dan mampu menarik rating tinggi sahaja akan terus mendapat tawaran. Hampir setiap masa, ada sahaja muka baru yang memasuki industri hiburan China. Kebanyakannya adalah lulusan akademi elit iaitu Beijing Academy Film dan Shanghai Academy Film yang melatih lepasan sekolah untuk menyertai dunia hiburan.

Dil Reba untuk Beijing TV Spring Gala Festival. Gambar: Akaun rasmi Dil Reba
Dil Reba untuk Beijing TV Spring Gala Festival. Gambar: Akaun rasmi Dil Reba

Disebabkan industri hiburan amat pesat di sana, artis China sangat menjaga privasi mereka. Segala yang dilakukan tidak didedahkan kecuali perkara-perkara yang melibatkan kerjaya mereka sahaja.

Malah untuk mempunyai kekasih juga terpaksa dirahsiakan kerana jika skandal meletup, bukan hanya peminat melarikan diri malah pengiklan dan penerbit akan menjauhkan diri. 

Ternyata ia bukan sesuatu yang mudah kerana mereka sentiasa menjadi tumpuan paparazi. Apa yang dilakukan akan menjadi viral hatta keluar minum bersama rakan bukan sama jantina juga menjadi isu besar. Malah aksi mereka merokok pun akan dirakamkan. Yang pasti artis di China perlu sentiasa kekal 'bersih' untuk terus kekal dalam industri hiburan ini. - Getaran, 15 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Selebriti 9 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor