web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabar Diri! 5 Selebriti Ini Sudah Jadi YouTuber Sejak Pandemik Bermula

Berikut ialah lima artis ternama yang telah bergelar ‘YouTuber’ sejak pandemik bermula.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 9:29AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka atau tidak, kita semua kena cepat beradaptasi dengan cara hidup yang baru sejak pandemik bermula. Begitu juga dengan senario industri hiburan pada hari ini.

Memandangkan penggambaran dan konsert tidak boleh dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, para penggiat seni perlu lebih bijak mencari cara lain untuk mencipta peluang dan mencari sumber pendapatan  untuk kelangsungan hidup masing-masing. 

Walaupun YouTube selalu menjadi platform pilihan anak muda untuk menghasilkan kandungan video, namun lima artis ternama ini telah berjaya mencabar diri mereka sendiri untuk keluar zon selesa dengan bergelar ‘YouTuber’ sejak pandemik bermula.

 

Namron

Walaupun sudah berusia 52 tahun, namun pelakon dan pengarah Namron sentiasa mengikuti peredaran teknologi digital yang sangat signifikan dalam situasi hari ini.

Pelakon filem Redha ini memulakan saluran bernama Channel Tok Ayah setahun lalu. Sesuai dengan peribadinya sebagai pelakon yang dihormati di Malaysia, Namron banyak membincangkan isu seputar industri perfileman negara.

Dalam video yang dimuat naik Namron, dia banyak bertemu dengan penggiat sesi untuk berbual tentang tip lakonan serta mengupas mengenai isu semasa. 

 

Ad Samad

Penulis lirik terkemuka negara, Ad Samad juga menghasilkan saluran YouTube dengan nama yang sama. Melalui laman YouTube miliknya, beliau tidak lokek berkongsi ilmu mengenai  cara menulis lagu.

Penulis lagu 'Simbiosis' ini juga selalu membincangkan isu seputar industri muzik seperti hak cipta dan royalti lagu. Ad juga turut nenemuramah beberapa orang penyanyi seperti Yasin Sulaiman, Adi Priyo, Aris Ariawan, Hafiz Hamidun,Altimet, Syamel dan lain-lain. 

 

Pekin Ibrahim

Walaupun baru sahaja memulakan saluran YouTube setahun lalu, Pekin sudah mempunyai 184 ribu pengikut di YouTube. Pekin dilihat sangat aktif memuat naik aktivitinya sepanjang lockdown. Kebanyakan videonya bercerita tentang tip penjagaan kereta dan automotif.

 

Azhan Rani

Pelakon terkenal dengan drama 'Nur' ini sudah memulakan saluran video miliknya yang bernama Azhan Rani Channel sejak beberapa tahun lalu namun kemudian menyepi.

Walaupun begitu, sejak pandemik bermula, Azhan Rani dilihat semakin aktif memuat naik pelbagai video di saluran YouTube miliknya. Video pertamanya setelah 9 tahun menyepi mendapat 12 ribu tontonan dalam masa lima hari sahaja.

 

Mona Allen

Pelakon Mona Allen juga tidak ketinggalan mengikuti jejak langkah suaminya berjinak-jinak dengan dunia kandungan digital. Memulakan video pertamanya setahun lepas, Mona Allen sudah mengumpul 87 ribu pengikut.

Kandungan video Mona lebih pelbagai. Tentang kereta, penggambaran, masakan juga aktiviti sehariannya sepanjang lockdown. 

Seronok melihat bagaimana penggiat seni kita memeriahkan kandungan digital dengan video-video mereka yang pelbagai. Diharap lebih ramai lagi yang akan berani untuk mencabar diri dan menghasilkan pelbagai video yang menonjolkan sisi kreativiti masing-masing. 

Sumber foto: Instagram Namron, Pekin Ibrahim

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN