web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Bila dah lama dalam industri mulalah jadi lemau, manja,”- Zul Ariffin

Golongan muda diperlukan untuk memberikan warna baharu dalam sebuah pembikinan drama dan filem.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Zul Ariffin merasakan kehadiran influencer dalam dunia lakonan tanah air tidaklah menjadi isu memandangkan golongan ini muda dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Maka, ruang dan peluang berkolaborasi wajar diberikan kepada mereka.

“Saya tiada masalah dengan influencer yang baru pertama kali nak masuk set. Sebelum ini pun saya pernah bekerja dengan individu yang baru berlakon sekali dua. 

“Tidak ada seorang pelakon pun dalam dunia ini yang projek pertama atau keduanya akan terus tip top. Mereka perlu diberikan ruang untuk berkolaborasi kerana saya percaya mereka muda, ingin belajar dan selalu bertenaga.

“Kalau pelakon gandingan itu influencer, berkolaborasi sahajalah. Ini semua tentang sikap orang industri,” katanya ketika ditemui di sidang media drama ‘Love Elsa’ baru-baru ini. 

Menurut Zul lagi, apabila seseorang pelakon itu sudah terlalu lama berada di dalam industri, mereka akan jadi kurang bersemangat untuk bekerja. Maka, golongan muda ini diperlukan untuk memberikan warna baharu dalam sebuah pembikinan drama dan filem. 

“Bila dah lama dalam industri, mulalah jadi kita jadi lemau, manja, sejuk, senang dan selesa. Maka kita perlukan golongan muda yang sentiasa bersemangat ini hadir di dalam set untuk berkolaborasi. Aura positif ini yang kita mahukan dalam setiap pasukan produksi,” tambahnya lagi. 

Bergandingan pertama kali dengan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad dalam ‘Love Elsa’, Zul tidak kekok malah memberikan kerjasama sepenuhnya demi menjayakan setiap babak Ridza yang dilakonkannya.

Keserasian mereka tercipta apabila Uyaina dan Zul banyak berbual tentang filem, jalan cerita dan senario pembikinan filem di luar set.

“Saya jenis yang suka berbual dan bertegur sapa dengan orang lain di set. Mujurlah Zul mudah diajak berbual. Dia bijak orangnya,” celah Uyaina.

‘Love Elsa’ merupakan drama 24 episod yang diadaptasi dari novel Acik Lana. Ia akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 15 Jun 2021 menerusi slot Megadrama secara secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) 

Sumber foto: curicuriklik





 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN