web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Bukan Buat Cabutan Bertuah’ - Khairul Aming Jelaskan Isu Umum Keputusan Giveaway, Pembatalan Pesanan

Apa yang lebih utama ialah keberkatan dalam ketika berurus niaga, kepuasan pelanggan dan kualiti produk. 

Selebriti Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2025 2:50PM

Khairul Amin Kamarulzaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Ini bukan cabutan bertuah,”.

Itu penjelasan usahawan dan pempengaruh terkenal , Khairul Amin Kamarulzaman, 32, berhubung keputusan mengumumkan pemenang giveaway lebih awal daripada tempoh seminggu seperti yang disarankan oleh sesetengah pihak.

Menurut Khairul Amin atau lebih mesra dengan panggilan KA, langkah itu diambil bagi menghormati masa pelanggan yang telah memberikan sokongan.

Katanya, ia juga bagi mengelakkan salah faham dan tuduhan, kononnya  pemenang dipilih melalui kabel atau mempunyai hubungan dengan pihak dalaman.

“Kalau senarai pemenang dah ada di tangan, saya kena umum terus. Kalau tunggu lama, orang akan curiga,

“KA bukan buat cabutan bertuah, tapi memilih lima pemenang terpantas,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosial.

Tegas anak muda itu, pembatalan pesanan selepas pengumuman pemenang pula adalah perkara biasa dalam setiap pelancaran produk, dan jumlahnya tidaklah besar. 

Malah jelas KA, pihaknya berjaya meningkatkan kecekapan penghantaran sehingga pesanan dapat diselesaikan dalam tiga hari.

“Kalau ada yang cancel order sebab tak menang giveaway, KA ok je dia buat macam tu. Sebab maybe dia nak guna duit tu untuk benda lain yang lagi penting. Gievaway ni KA buat sebagai hadiah untuk followers KA.

“Kalau ada yang nak cancel sebab perlukan duit, tak apa, boleh cancel. Mereka tak rugi, KA pun tak rugi sebab stok tu boleh dijual balik,” katanya.

Tambah KA, apa yang lebih utama ialah keberkatan dalam ketika berurus niaga, kepuasan pelanggan dan kualiti produk. 

“KA harap explanation ni jelas untuk semua. KA bukan nak berniaga untuk launching sahaja.

“Saya nak berniaga lama, dan saya sangat pentingkan keberkatan berniaga, satisfaction customers dan juga kualiti product yang kita keluarkan. Semoga perniagaan dan jual beli kita semua diberkati,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2025

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang