web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Muncul Dengan ‘Magis’ Terbaharu

Magis kali ini membawa peminat melihat sisi berbeza penyanyi kesayangan ramai ini

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2024 4:19PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali dengan ‘Magis’ terbaharu yang membawa peminat-peminatnya untuk sama-sama berdendang dalam irama Malaysia.

Kali ini beliau berkolaborasi dengan pasukan produksi kreatif GHZ Studio bagi menghasilkan sebuah muzik video untuk lagu yang menjadi runut bunyi untuk drama siri francais, Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang bakal ditayangkan di Astro Ceria, 9 malam, pada 21 Oktober ini. 

Pelancaran muzik video ini telah dilakukan secara rasmi menerusi laman YouTube Siti Nurhaliza pada Isnin, jam 9 malam. Sehingga kini muzik video itu telah meraih hampir 50,000 tontonan. 

Muzik video ‘Magis’ disutradarai oleh pengarah Lily Samsuddin dan merupakan terbitan rumah produksi Zeel Production. Pembikinan muzik video ini turut melibatkan ramai pelakon popular lain seperti Fadhlan Hazim, Azza Elite serta pelakon cilik Rafique Iskandar. 

Menariknya, muzik video ini merupakan idea Siti Nurhaliza sendiri bersama pengarah kreatif Zeel Production, Marr Mohamad dengan membawa elemen dongeng, fantasi dan kepahlawanan wanita bersesuaian dengan genre drama bersiri hikayat. 

Penyanyi berusia 45 tahun ini memegang watak sebagai Ratu Srikandi dan mempunyai babak pertarungan bersama watak penjahat yang dipegang oleh Fadhlan Hazim. 

Siti Nurhaliza secara peribadi memang mengimpikan sebuah muzik video yang memaparkan beliau melakukan aksi lasak.

Jalan cerita video muzik Magis ternyata memberikan peluang kepada penyanyi ini merealisasikan cita-citanya dengan melakukan aksi memanah dan adegan pertarungan. 

''Sewaktu berbincang dengan pihak penerbit dan pengarah, saya ingin memperlihatkan diri saya dari sisi yang berbeza kerana mungkin ada yang tidak tahu bahawa saya sering berlatih memanah, berlatih muay thai dan suka mencuba aktiviti lasak,'' ulas Siti. 

Bagi penerbit Md Fadzil Teh pula, penghasilan muzik video ini merupakan satu pengalaman istimewa bagi rumah produksinya.  

“Saya merasa sangat teruja, terharu dan ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat istimewa. Ini merupakan kali kedua kami menerbitkan muzik video Dato Sri Siti selepas ‘Siapa Tak Mahu’. Tambah pula Datuk Sri Siti Nurhaliza ingin beraksi, mempunyai babak berlawan.

“Kami berusaha semampu mungkin termasuk menyediakan pelakon lagak aksi buat beliau. Siti sangat komited dan latihan aksi hanya dilakukan di lokasi satu jam sebelum penggambaran bermula,” ulas Fadzil Teh.

Lagu Magis merupakan salah sebuah lagu Siti Nurhaliza yang dimuatkan di dalam album Sitism terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan Universal Music Malaysia. 

Lagu ini dicipta oleh  Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King manakala lirik oleh Mas Dewangga dan Jova Devito. - Getaran, 8 Oktober 2024

Foto : Zeel Production

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang