web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sean Lee Kahwini Bay Doucet, Ada Yang Tertanya Tentang Wanita Ini

Pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis tertutup dengan dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2024 11:32AM

Sean Lee dipercayai melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya, Bay Doucet pada 7 Julai lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ahad lalu, pelakon dan pengacara, Sean Lee, 30,  membuat kejutan apabila tiba-tiba mengumumkan dia sudah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Bay Doucet, 26.

Pengumuman yang dibuat menerusi akaun Instagramnya itu mengundang pelbagai reaksi kerana ramai yang tidak dapat menghidu kisah percintaan pasangan ini.

Namun, ramai yang meluahkan kegembiraan dan memuji Sean dan Bay kerana masing-masing bijak menyembunyikan kehidupan peribadi mereka.

Perkahwinan pasangan ini dipercayai berlangsung pada 7 Julai lalu berdasarkan tarikh yang tertera pada cenderahati yang diberikan kepada tetamu.

Bermula semalam, pengguna sosial media, terutamanya aplikasi Tiktok dapat menyaksikan saat-saat manis majlis perkahwinan Sean dan Bay apabila klip-klip video mereka mula tersebar dan sohor.

@seanlee2635 Sean & bay 🕊️🤍✨ #seanlee #artismalaysia #fyp #marriedlife #husbandwife #doayangbaikbaik #foryoupage ♬ Lagu Pernikahan Kita - Tiara Andini & Arsy Widianto
@seanlee2635 Officially husband & wife🕊️🤍✨ #seanlee #artismalaysia #fyp #foryoupage #marriedlife ♬ Lagu Pernikahan Kita - Tiara Andini & Arsy Widianto

Kedua-dua pengantin nampak segak dan manis dalam persalinan moden rona putih. Baik Sean mahupun Bay, masing-masing kelihatan cukup bahagia dengan ikatan baharu ini.

Bagi yang tertanya-tanya tentang suri hati Sean ini, Bay merupakan pempengaruh, model dan juga pemilik butik pakaian 'preloved' di ibu negara.

Kehadirannya di media sosial meraih perhatian ramai kerana sering tampil unik dalam gaya vintaj yang berwarna-warni. Selain itu, wanita ini juga meminati bidang fotografi dan videografi, dek kerana itulah dia juga terlibat dengan kerja-kerja penciptaan kandungan.

Graduan reka bentuk komunikasi itu memulakan kehidupan profesionalnya dengan Riuh, platform yang menganjurkan f'lea market' yang melibatkan jualan makanan,  bengkel kreatif, pameran dan persembahan secara langsung.

Acara inilah yang mempertemukan dia dengan dua rakan yang kemudiannya memulakan perniagaan butik preloved mereka.

Anda boleh intai aktiviti Bay di https://www.instagram.com/baydoucet/?hl=en. – Getaran, 9 Julai, 2024

Foto : IG  Bay Doucet

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penonton Tak Boleh Beza Mana Satu Lakonan - Sean Lee Terkilan Apabila Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sean Lee Wakili Malaysia Sertai Animasi ‘DC League of Super Pets’

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Tujuh Hari Di Bawah Matahari' Mencabar Sutradara Razaisyam Rashid 

4

TARA 4 tahun yang lalu

16 Selebriti Berbangsa Cina Yang Berjaya Di Arena Seni Tempatan

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

oleh Rahayu MN