Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


16 Selebriti Berbangsa Cina Yang Berjaya Di Arena Seni Tempatan

Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Getaran senaraikan 16 selebriti yang berbangsa cina yang berjaya mencipta nama dan meraih pelbagai kejayaan di arena seni tempatan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 10:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, pastinya industri seni tanah air diwarnai dengan selebriti yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Tidak dinafikan, industri seni tempatan dipelopori oleh selebriti Melayu, namun terdapat ramai selebriti bukan Melayu yang menyerlah dan berjaya di arena seni ini.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, Getaran senaraikan barisan selebriti berbangsa Cina yang popular dan berjaya dalam industri seni negara.

 

Angeline Tan

Watak Lucy dalam sitkom popular 90-an 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' benar-benar melonjakkan nama Angeline Tan. Ketika itu tidak ramai selebriti berbangsa Cina yang menonjol dalam kalangan kelompok Melayu.

Kemunculan Angeline di sitkom itu benar-benar memberi impak sehingga ramai yang memanggilnya dengan panggilan Lucy.

 

Janet Khoo

Gambar: Berita Harian
Gambar: Berita Harian

Wajahnya yang jelita sememangnya memikat hati sesiapa sahaja yang melihat. Janet banyak membintangi drama Melayu sekitar tahun 90-an. Dan pada tahun 2003, dia diberi peluang untuk membawakan watak utama dalam filem Paloh bergandingan bersama Namron. 

 

Vince AF1

Gambar Fail
Gambar Fail

Vince atau nama sebenarnya Vincent Chong Ying-Cern mengukir sejarah tersendiri dalam industri seni tanah air apabila dia telah dinobatkan sebagai juara sulung bagi program realiti TV popular, 'Akademi Fantasia' pada tahun 2003.

Vince merupakan kacukan Cina di sebelah bapa dan Inggeris di sebelah ibu. Vince telah mengeluarkan album Bahasa Melayu dan popular dengan lagu ‘Mengapa Harus Cinta’. Dia juga pernah menjadi watak utama untuk filem Sembilu 2005 bergandingan bersama Hetty Sarlene. 

 

Suki Low

Suki Low merupakan juara pertama bagi program realiti 'One In A Million' pada tahun 2006 sekali gus menjadikannya jutawan muda pada usia 17 tahun.

Kemampuan Suki untuk menyanyikan lagu Bahasa Melayu dengan baik sering mendapat pujian.

Pernah hilang sebentar dari radar hiburan tanah air, namun kemunculan Suki di program Gegar Vaganza musim kelapan baru-baru ini kembali mencuri tumpuan ramai.

 

Alvin Chong 

Gambar Fail, Universal Music Malaysia
Gambar Fail, Universal Music Malaysia

Berwajah kacak persis bintang Korea Selatan, tidak hairanlah kenapa Alvin Chong pantas mencuri tumpuan peminat seni tempatan. Alvin mula menjadi perhatian ramai selepas membintangi drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ pada tahun 2016.

Selain berlakon, Alvin juga merupakan seorang penyanyi dan telah menghasilkan beberapa lagu Bahasa Melayu, yang terkini bertajuk ‘Sepenuh Jiwa’.

 

Elizabeth Tan

Gambar Fail, Syeda Imran
Gambar Fail, Syeda Imran

Meledak dengan lagu ‘Knock Knock’ sekitar tahun 2014, nama Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy ini terus menjadi perhatian peminat hiburan tempatan. 

Selain mempunyai deretan lagu-lagu popular, wajahnya yang jelita serta penampilannya yang seksi turut menjadi bualan hangat. 

Lizzy juga berbakat dalam bidang lakonan dan pernah membintangi filem Misteri Delaila pada tahun 2019 bergandingan bersama Zul Ariffin.

 

Sean Lee

Gambar: Instagram @seanlje
Gambar: Instagram @seanlje

Kepetahannya berbicara banyak memberi peluang kepada Sean Lee untuk dipilih sebagai pengacara pelbagai program hiburan tanah air, antaranya 'I Can See Your Voice Malaysia'.

Selain mengacara, Sean juga berbakat dalam bidang lakonan dan pernah bergandingan bersama Janna Nick dalam drama ‘Demi Rindumu’. 

 

Douglas Lim

Gambar Fail
Gambar Fail

Nama Douglas Lim sangat mekar di lapangan komedi tanah air. Douglas sering kali membuatkan ramai tidak kering gusi dengan lagak komedinya yang bersahaja. 

Mula mencuri tumpuan selepas membintangi sitkom popular ‘Kopitiam’ pada tahun 1997 hingga 2003, Douglas juga pernah membintangi filem 1957 Hati Malaya arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. 

 

Jasmine Suraya

Gambar Fail
Gambar Fail

Jasmine Suraya atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei merupakan pelakon berbangsa Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. 

Disebabkan namanya, ramai yang beranggapan Jasmine seorang pelakon berbangsa Melayu. 

Sebelum bergelar pelakon popular, Jasmine terlebih dahulu mencuri tumpuan sebagai pengacara apabila mengendalikan program sukan ‘Bola Sepak’. 

 

Dr. Soo Wincci 

Penyanyi dan pelakon jelita ini merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia Dunia 2008. 

Dr. Soo Wincci mula mencuri tumpuan peminat hiburan tempatan selepas menyertai program realiti 'MasterChef Selebriti Malaysia'. 

Bukan sahaja cantik dan berbakat, Wincci juga merupakan seorang yang pintar dalam bidang akademik dan kini bergelar pensyarah di Sepanyol. 

Wincci pernah membintangi filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali di mana dalam filem itu dia bergandingan bersama Datuk Aaron Aziz. 

 

Michael Ang

Gambar: Instagram @michealang38
Gambar: Instagram @michealang38

Michael Ang mula dikenali ramai selepas banyak mengarahkan drama-drama Melayu. Antara drama arahannya yang popular ialah ‘Suri Hati Mr Pilot’, ‘Hero Seorang Cinderella’ dan banyak lagi. 

Dia juga merupakan salah seorang peserta program realiti 'MasterChef Selebriti Malaysia' dan juri 'The Masked Singer Malaysia'. 

Selain terkenal dengan drama-drama arahannya, Michael juga terkenal dengan pelbagai kontroversi kerana sering melontarkan pendapat yang sering menjadi perdebatan netizen. 

Pada tahun 2019, Michael mendedahkan bahawa dia telah memeluk agama Islam.

 

Amber Chia

Amber Chia merupakan seorang peragawati popular tanah air dan digelar sebagai Supermodel. 

Kerjayanya sebagai model bermula selepas di memenangi pertandingan pencarian model untuk jenama antarabangsa, Guess pada tahun 2004. Wajahnya telah dipilih untuk mewakili jenama terkenal itu untuk pasaran antarabangsa. 

Amber juga pernah melakukan pertunjukan fesyen buat jenama Victoria Beckham di Minggu Fesyen New York. 

Selain aktif dalam bidang peragaan, Amber juga merupakan seorang pelakon. Kini dia memiliki akademi peragaannya sendiri. 

 

Saw Teong Hin 

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Saw Teong Hin merupakan pengarah filem epik dan filem termahal Malaysia iaitu Puteri Gunung Ledang. Melalui filem ini, dia berjaya memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18. 

Antara filem arahannya yang lain ialah Apa Kata Hati, Hoore! Hoore! dan Rise Ini Kalilah.

 

Adrian Teh

Pengarah muda ini berjaya mengarahkan filem pecah panggung Paskal pada tahun 2018 dengan jumlah kutipan sebanyak RM30 juta. 

Selepas berjaya dengan filem Paskal, Adrian sekali lagi menghasilkan filem Melayu berjudul Wira. Dan terbaharu dia bakal muncul dengan filem The Assistant yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Iedil Putra. 

 

Ezra Kong

Komposer terkenal ini telah meraih pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Juara Lagu untuk dua tahun berturut-turut menerusi lagu ‘Jampi’ dan ‘Haram’.

Ezra banyak menghasilkan lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh barisan penyanyi gred A seperti Faizal Tahir, Dato' Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Dato' Jamal Abdillah dan ramai lagi.

Antara lagu-lagunya yang popular ialah ‘Pematah Hati’, ‘Anta Permana’ dan ‘Teman’. 

 

Pang Chin Fei

Siapa yang tidak kenal dengan pembaca berita Buletin Utama dan wartawan penyiaran TV3 ini. Wajah Pang Chin Fei sering kali muncul di kaca televisyen Malaysia di waktu perdana menyampaikan berita-berita terkini dari dalam dan luar nagara. 

Kefasihannya bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik meletakkannya sebaris dengan pembaca-pembaca berita terbaik yang lain. - Getaran, 30 Januari 2022

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok