web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Tujuh Hari Di Bawah Matahari' Mencabar Sutradara Razaisyam Rashid 

Razaisyam memberitahu dia dan produksi berdepan situasi yang sukar dikawal apabila penggambaran 'Tujuh Hari Di Bawah Matahari' menggunakan konsep 'road trip'. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 2:52PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah Razaisyam Rashid mengakui bahawa dia terpaksa berhadapan dengan cabaran besar sewaktu memikul tanggunggung jawab untuk merealisasikan filem pendek raya, 'Tujuh Hari Di Bawah Matahari' untuk terbitan Astro. 

“Seperti produksi lain, pengalaman shooting semasa pandemik memang mencabar macam production lain juga. 

“Cuma yang bezanya kali ini, penggambaran ini dilakukan dengan konsep road trip. Jadi, kita banyak berdepan dengan situasi yang sukar dikawal. 

“Hampir 90 peratus penggambaran dilakukan di luar, jadi kita sering berhadapan dengan masalah cuaca yang tidak menentu.

“Satu lagi cabaran apabila kita menampilkan seekor kucing sebagai salah satu watak pembantu utama.  Cabarannya menjadi lebih berganda,” katanya Razaisyam Rashid atau lebih mesra disapa sebagai Elly kepada Getaran. 

Menurut Razaisyam lagi, filem pendek raya 'Tujuh Hari Di Bawah Matahari' ini juga membawa genre coming of age

“Apa yang cuba saya ketengahkan di dalam filem pendek ini adalah pengorbanan raya dari sudut mata seorang generasi baharu. Kita mahu bercerita bagaimana aspirasi orang muda dalam mengharungi era pasca pendemik. 

“Pada masa sama saya turut menyuntik inspirasi kita semua yang sudah dua  tahun tidak dapat balik raya, jadi semangat menyambut raya lagi saya tunjukkan dalam perjalanan Emil (Nadhir) yang sanggup berbasikal sejauh 500 kilometer dari KL ke Perlis,” katanya. 

'Tujuh Hari Di Bawah Matahari' telah disiarkan secara serentak di saluran-saluran Astro termasuk Ria, Prima, Warna, Citra dan Ceria pada 4 Mei lalu. 

Menjalani penggambaran selama tujuh hari di Kuala Lumpur dan Perlis, filem pendek  ini dibintangi pelakon Nadhir Nasar, Pekin Ibrahim, Sherry Merlis dan Sean Lee.

Naratifnya mengenai seorang pemuda, Emil lakonan Nadhir yang kehilangan pekerjaan dan ingin kembali ke pangkuan keluarganya sempena Aidilfitri. Dia mengambil keputusan untuk mengayuh basikal sejauh 500 kilometer dengan membawa kucing milik seorang rakan yang dipeliharanya. Kucing itu dinamakan sebagai Borhan. 

Filem pendek raya ini sarat dengan banyak pengajaran. Ia juga padat dengan falsafah kehidupan yang disampai secara halus tetapi mudah untuk difahami. 

Harta benda, sisi realiti jaringan media sosial yang kurang menyenangkan, erti persahabatan, kasih sayang keluarga serta keengganan meminta bantuan walaupun menyedari diri memerlukannya menjadi inti pati penceritaan.

Namun, apa yang menarik, filem pendek ini turut menyelami kepincangan isu-isu sosial dan memaparkan bagaimana manusia tidak seharusnya mengadili seseorang atau situasi berdasarkan apa yang mereka lihat di jaringan media sosial.

Ya, jika kita melihat media sosial hari ini, netizen terlalu mudah menjatuh hukum terhadap sesuatu perkara yang mereka sendiri belum tentu tahu akan kebenaran atau kesahihannya. Ia sememangnya suatu kritikan sosial terhadap sikap netizen yang gemar menjatuh hukum. 

Tidak hairanlah mengapa filem pendek ini mendapat pujian ramai termasuk syot-syot serta sinematografinya. Ia mempunyai elemen sinematik yang cukup baik dan segar. 

Ternyata pemilihan Razaisyam sebagai sutradara untuk filem pendek raya, 'Tujuh Hari Di Bawah Matahari' ini sangat tepat sekali. Terlebih pula, dia adalah antara sutradara angkatan muda yang sedang meningkat naik dan pernah menghasilkan filem 'Pusaka', 'Projek: Anchor SPM' serta drama siri, 'Sembi9n'. 

Tentang cadangan untuk menyambung filem pendek raya ini, Razaisyam menyambung, dia menyerahkan keputusan itu kepada pihak Astro.

"Kalau ada sambutan, tidak ada salahnya jika kita kembangkan lagi pengembaraan karektor Emil itu. Apapun, saya sangat berpuas hati dengan penglibatan semua krew dan pelakon yang menjayakan pembikinan filem pendek ini. 

‘Mereka memberikan sepenuh jiwa terhadap filem ini ,” katanya mengakhiri perbualan. 

Gambar: IG Razaisyam Rashid 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sean Lee Kahwini Bay Doucet, Ada Yang Tertanya Tentang Wanita Ini

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN