web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penonton Tak Boleh Beza Mana Satu Lakonan - Sean Lee Terkilan Apabila Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau

Sean berharap agar masyarakat lebih matang dalam menilai karya dan tidak mudah  mencetuskan provokasi sedangkan merekalah yang sebenarnya tidak sabar ingin menonton sesebuah produk filem. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 4:00PM

Sean Lee - Gambar Instagram Sean Lee 

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara Sean Lee mengakui terkilan apabila dia terpaksa melepaskan tawaran berlakon dalam filem Pulau kerana mempunyai komitmen terhadap projek lain. 

Menurut Sean, dia ditawarkan berlakon sebagai watak Mark yang sememangnya mengundang kontroversi apabila ada babak lakonan untuk watak tersebut  dikatakan mempunyai elemen lucah sebelum ini.

“Dalam kepala saya, apa yang ada di skrin hanyalah lakonan. Tapi penonton kita tidak boleh membezakan mana satu lakonan dan mana satu kenyataan.

“Sebab itu juga ramai artis memilih berlakon watak seorang hero yang baik kerana netizen tak dapat membezakan lakonan. Kalau berlakon watak jahat pula, pelakon itu dicop jahat,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran koleksi pakaian Armaan.

Sean berharap agar masyarakat lebih matang dalam menilai sesebuah karya. Bukan itu sahaja, Sean mendakwa terdapat segelintir penonton yang sengaja mencetuskan provokasi sedangkan merekalah yang sebenarnya tidak sabar ingin menonton filem ini.

“Saya rasa sudah masanya untuk penonton berfikiran matang jika menonton sesuatu karya. Macam kalau saya berpegangan tangan di dalam drama, adakah bermaksud saya bercinta dengan pelakon itu?

“Ada orang yang larang tengok filem Pulau sedangkan merekalah yang sebenarnya tidak sabar menyaksikannya,” tambahnya lagi. 

Terkini, Sean bakal menyarung jersey pengarah dan penerbit buat pertama kali dan bakal tampil dengan sebuah projek komedi. 

Namun begitu, projek tersebut masih di peringkat awal dan bakal memulakan gerak kerja mulai bulan hadapan. - Getaran, 17 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sean Lee Kahwini Bay Doucet, Ada Yang Tertanya Tentang Wanita Ini

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN