web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

Menurut Hariz, pada mulanya dia agak jijik untuk melakonkan babak tersebut, tetapi menganggap ini adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demi menjayakan salah satu babak dalam drama terbaru Astro Originals berjudul X-Change, pelakon kacak Hariz Hamdan sanggup melakonkan adegan mencium tapak kaki aktres Farah Ahmad.

Menurut Hariz atau nama lengkapnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, sewaktu mula membaca skrip dia turut tertanya-tanya sama ada dia mampu untuk lakonkan babak tersebut.

"Drama ini merupakan siri Astro Originals saya yang pertama. Jadi saya harus berikan yang terbaik yang saya mampu.

"Disebabkan itu saya sanggup melakonkan adegan cium kaki," katanya ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan episod pertama X-Change semalam.

Ditanya sama ada sukar untuk melakonkan babak tersebut, kata pelakon yang bakatnya dicungkil melalui pencarian Hero Remaja ini situasi pada ketika itu agak sukar kerana sewaktu penggambaran lokasi tersebut dilanda hujan lebat.

"Kita lakukan penggambaran di Hulu Langat. Sebelum nak lakukan babak tersebut, hujan lebat. Bayangkan di lantai ketika itu berlumpur, berpasir dan ada lalat.

"Pada mulanya saya agak jijik untuk melakonkan babak tersebut. Tetapi saya faham ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk melunaskan tuntutan watak,” ujarnya.

Bakal disiarkan bermula 12 Julai depan, ditanya bagaimana seandainya penonton kurang senang dan mengecam adegan tersebut, kata Hariz perkara itu tidak dapat dielakkan.

“Sudah tentu akan ada yang mempersoalkan kenapa saya sanggup melakonkan babak cium kaki.

“Tetapi memang itu sudah tertulis di dalam skrip. Babak itu penting dalam plot drama ini,” katanya.

Dalam drama X-Change, Hariz membawakan watak sebagai Qabil, abang sulung  daripada tiga adik- beradik lelaki. Kesemua mereka terlibat dalam jenayah rompakan yang diketuai bapa mereka iaitu Yaakob lakonan Datuk Rosyam Nor.

Kongsi Hariz, disebabkan karakter watak Qabil berbeza 180 darjah daripada dirinya, dia sering dilanda migrain selepas selesai penggambaran.

"Watak saya agak kasar dan perlu bercakap sambil menjerit-jerit. Banyak babak-babak yang 'intense'. Saya bukan jenis yang baran dan tengking-tengking orang.”

"Disebabkan itu saya sering dilanda migrain kerana saya tak boleh berada dalam keadaan yang marah.”

"Dan dalam drama ini 90 peratus daripada babak saya asyik marah-marah sahaja. Jadi sebelum saya masuk set penggambaran saya akan ambil vitamin C supaya saya dapat kawal migrain saya," kongsinya.

Selain Hariz dan Rosyam Nor, X - Change yang diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad ini turut dibintangi oleh Arfie Shah, Sadiq Jamil, Marissa Yasmin, Joey Leong, Angeline Tan, Alving Wong, Steve Yap, Shweta Sekhon dan ramai lagi. – Getaran, 4 Julai, 2024

Foto : Instagram, Helmi Anuar

@getaranmy Pelakon semakin meningkat naik, Hariz Hamdan sanggup mencium tapak kaki aktres Farah Ahmad demi tanggungjawab sebagai seorang pelakon dalam siri terbaru Astro Originals X-Change #GetaranMY #Semasa #Hiburan #Isu #GayaHidup ♬ original sound - Getaran

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Lari daripada watak Anak Orang Kaya ‘Megah Holding’, Hariz Hamdan Sahut Cabaran Jadi Pemuda Kampung 

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad