web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azharina Hidap Kanser, Bakal Jalani Pembedahan

Azharina bakal menjalani dua pembedahan tidak lama lagi

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 8:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular Azharina Azhar, 39, memberitahu bahawa dia  telah didiagnos menghidap kanser, jenisnya tidak dapat diberitahu.

Menurut Azharina atau lebih mesra disapa sebagai Nina ini, dia sedang menunggu keputusan laporan kesihatannya yang bakal keluar dalam tempoh dua minggu lagi. 

Katanya dia sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namun memilih untuk menangguhkannya bagi menyermpurnakan beberapa tugasan yang belum selesai.

“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada minggu hadapan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan.

“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang masih belum dikenal pasti,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru nyanyiannya bersama Kozae berjudul Realiti. 

Tambah juara Gegar Vaganza musim ketiga ini lagi, salah satu sebab dia memilih menangguhkan pembedahannya kerana memerlukan masa untuk sembuh.

Justeru, dia memerlukan masa yang untuk membuat persediaan.

Dalam pada itu Azharina turut mendedahkan dia juga menghidap penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu.

Penyakit itu diakui menganggu aktiviti harian dan emosinya tetapi Azharina memilih untuk berfikiran positif.

Katanya, jika di dalam kesakitan dia akan melepas perasaan sebelum kembali bangkit.

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

“Tetapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja. Apa pun yang terjadi hidup tetap perlu diteruskan.

“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” ujarnya. 

Penyanyi itu pertama kali mendedahkan penyakit dihidapi sewaktu menyertai program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023.

Dia disyaki menghidap kanser pada September tahun lalu.

Jelasnya, penyakit itu juga memberi kesan pada staminanya serta menyebabkan dia mudah kepenatan selain mendatangkan kemurungan. - Getaran, 26 Jun 2024

Foto : Instagram, Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang