web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Janna Nick Mohon Tetamu Doakannya Dapat Zuriat

Menurut Janna majlis tersebut ditangguhkan kerana ingin meraikan 'baby shower' atau akikah namun masih belum dikurniakan rezeki selepas setahun menunggu

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 5:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Janna Nick baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinannya yang pertama bersama suami, Dini Schatzmann dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Putrajaya Marriott, Ahad lepas. Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 29, majlis gah tersebut sepatutnya berlangsung tahun lalu sebagai majlis resepsi namun ditangguhkan kerana beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. 

"Segala persiapan telah pun dilakukan pada tahun lepas. Bayaran penuh pun telah dilakukan. Malah gaun yang saya pakai hari ini pun telah siap tahun lalu. 

"Tetapi ketika itu kami rasa majlis yang berlangsung  di Langkawi sudah memadai. Tak perlu teruskan majlis kedua di Kuala Lumpur. Tetapi bila dah buat bayaran, kita tak boleh nak minta refund. Mahu atau tidak kami perlu juga adakan satu majlis di sini. 

"Tetapi kami asyik tangguhkan majlis ini dengan harapan mungkin kami akan adakan sekali dengan majlis baby shower atau akikah. 

"Namun selepas setahun menanti masih tiada khabar gembira. Saya harap dengan adanya majlis resepsi kedua ini, para tetamu yang hadir dapat doakan kehadiran malaikat kecil dalam rahim saya. Manalah tahu doa salah seorang daripada tetamu ini dimakbulkan," katanya kepada Getaran. 

Pada majlis tersebut juga Dini telah menghadiahkan sebuah video sebagai kejutan buat Janna sehingga dia tidak dapat menahan air mata.

"Saya punya impian untuk sambung belajar. Tetapi bila saya beritahu Dini dia macam tak ada respon. 

"Tetapi hari ini dalam video tersebut rupanya dia izinkan saya sambung belajar. Saya benar-benar terharu," katanya yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang perfileman di luar negara.

Sementara itu Dini berkata dia menunggu waktu yang sesuai agar dia dapat menemani Janna untuk melanjutkan pelajarannya. 

"Saya tak pernah halang Janna untuk sambung belajar. Cuma setiap kali kami cuba bercakap tentang perkara ini, saya tahu masing-masing  masih sibuk dengan kerja masing-masing. 

"Saya tahu jadual kerja dia macam mana. Ada banyak benda yang akan datang. Saya tak mahu dia pergi belajar sendiri. Saya nak pergi bersama dia.

"Dalam masa dua tahun kebelakangan ini, masing-masing sangat sibuk. Insya Allah mungkin hujung tahun ini kami akan teruskan dengan rancangan untuk Janna sambung belajar," ujarnya. 

Majlis sambutan ulang tahun tersebut turut dihadiri ramai rakan selebriti antaranya Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Bella Astillah, Umi Nazeera, Sherry Al Hadad dan ramai lagi. Acara turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri dan Syamel. - Getaran, 11 Jun 2024

Foto : Instagram, Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang