web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zoey Rahman Sibuk Berniaga, Cemerlang Di Shopee

Bermula dengan jenama produk kecantikan, Mikaseries, kini dia terjun ke dunia fesyen

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2024 12:36PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelibat pelakon dan pengacara, Mohd Hairey Azhar, atau Zoey Rahman di skrin televisyen memang sudah jarang kelihatan. Namun dia cukup aktif di platform media sosial, TikTok bagi mempromosikan produk kecantikan yang diasaskannya, Mikaseries.

Malah, dia juga sering muncul di Shopee Live bagi menarik minat pengguna platform itu mengenali Mikaseries dan seterusnya membuat pembelian. Setiap kali bersiaran langsung, Zoey berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi. 

Kecemerlangannya bersama Shopee selama enam tahun telah melayakkan dia disenaraikan sebagai ahli Shopee Celebrity Squad. Sebagai individu yang sudah punya nama, mungkin ramai yang beranggapan Zoey tidak punya masalah untuk melariskan jualan produknya. Jika itu pendapat anda, ia adalah tidak benar sama sekali. 

Jelas Zoey, sama seperti peniaga dan pengasas produk yang lain, dia juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pasaran yang kompetitif. Namun, dia bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada Shopee bagi mengharungi perjalanan e-dagang. 

“Walaupun orang mengenali saya sebagai seorang artis, namun itu tidak bermakna laluan saya mudah dalam dunia perniagaan. Untuk berada di tahap ini, saya juga berhadapan dengan pelbagai cabaran, namun saya mendapat sokongan penuh dari Shopee kerana mereka menyediakan pelbagai cara untuk memajukan perniagaan, termasuklah Shopee Live.

“Melalui sesi interaktif, saya berpeluang untuk menjawab sebarang kekhuatiran, mengetengahkan manfaat produk, dan menyampaikan mesej bahawa kecantikan adalah untuk semua. Mikaseries bukan sekadar kosmetik, tetapi ianya adalah tentang penerimaan individualiti, menggalakkan penjagaan kulit sebagai keutamaan, dan menjadikan kecantikan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan boleh diakses oleh semua,” ulas Zoey yang mengakui pengalaman di bidang seni membantunya di hadapan kamera.  

Tambah Zoey, kempen jualan Shopee seperti 11.11 dan 12.12 turut membantu meningkatkan aktiviti pengguna dan menarik perhatian lebih ramai penonton ke sesi strim langsung. Begitu juga dengan inisiatif seperti baucar Shopee Live dan Shopee Coins eksklusif. 

“Shopee Live memacu keseronokan dan menjana lebih banyak trafik ke saluran penjual. Ciri interaktif platform ini juga lengkap dengan cadangan membeli-belah yang diperibadikan secara langsung dan meningkatkan kadar aktiviti pembelian buat Mikaseries.

“Saya sangat berterima kasih kepada Shopee Live kerana dengan fungsi dan ciri ini, saya meraih peningkatan ketara dalam jumlah tontonan, sekaligus melonjakkan penjualan,” ujar Zoey.  

Mikaseries juga mendapat manfaat dari sistem sokongan menyeluruh dari Shopee, termasuk sumber seperti ‘Shopee University’ dan ‘Hab Pendidikan Penjual’. 

Saluran ini mendidik penjual dengan ilmu perniagaan dan melengkapkan penjual dengan kemahiran penting untuk bersaing dalam landskap sengit e-dagang. Dengan menggunakan sumber dan alatan perniagaan Shopee, Zoey berjaya menempuhi cabaran dalam industri kosmetik dan menubuhkan Mikaseries sebagai jenama bereputasi di platform Shopee. 

Berkongsi lanjut tentang Mikaseries, Zoey memaklumkan Mikaseries menawarkan penyelesaian kecantikan untuk semua jantina. Produk signature adalah serum yang disuntik saffron, Mika Ultra Serum - Booster, yang telah terjual lebih 4,700 unit di Shopee. 

Serum ini diformulasi untuk melawan radikal bebas, membaiki dan menghidrat kulit untuk kompleksi kulit yang lebih berseri. Selain itu, bedak asas Mikadation juga mendapat sambutan baik di mana ia telah terjual lebih 15,000 unit di Shopee. 

Bedak asas ini menawarkan penyelesaian kemasan ringan dan berpelbagai sesuai untuk lelaki dan perempuan, sama ada mereka memilih untuk memakai solekan yang  berat atau ringan.

Melangkah Ke Dunia Fesyen

Selari dengan komitmennya untuk terus berkembang dan berinovasi, Mikaseries juga telah melangkah masuk ke dunia fesyen dengan perkenalan Mikawear Indra Exclusive di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita pada 5 Mac lalu.

Pertunjukan fesyen yang distrim langsung dan meraih tontonan lebih 70,000  itu menyaksikan Mikaseries mempamerkan koleksi Raya Mikawear Indra Exclusive yang mengetengahkan Baju Melayu Indra dan Sampin Indra ‘instant’, yang menggabungkan ciri moden dan tradisional. 

Terjemahan kontemporari potongan klasik ini membawakan kolar cekak musang klasik dengan butang tersorok untuk kesenangan dan kelainan dalam memakai baju Melayu.  

Beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur, Mikaseries dibarisi sebelas individu komited, dan lebih 109,000 pengikut di Shopee. Dengan rancangan untuk meluaskan rangkaian produk dan meluaskan jenama ke 200 kedai runcit fizikal pada akhir tahun, Mikaseries akan terus membawakan kecantikan dan gaya untuk semua. - Getaran, 5 April 2024

Foto : Facebook

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang