web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Sudah Bersedia Untuk Bersara,” - Farid Kamil

Sebelum bersara, Farid Kamil ingin meninggalkan legasinya dalam industri perfileman Malaysia. Maka, dia telah mempersiapkan anak sulungnya iaitu Muhammad bagi memulakan langkah dalam bidang lakonan.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 3:31PM

Gambar Tangkapan Layar Dari Instagram Farid Kamil

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah Farid Kamil mengakui sudah bersedia untuk bersara sebagai pelakon bila-bila masa sahaja sekiranya kehadirannya tidak lagi diperlukan dalam industri.

“Sebagai pelakon, modal kita adalah tubuh badan. Sekiranya tubuh badan tak mampu memberikan getaran yang sama, maka di situlah titik pemisah saya dan kerjaya sebagai pelakon. 

“Saya sudah melakonkan 60 filem. Lagi enam sahaja lagi untuk saya menyamai jumlah filem yang dibintangi Allahyarham P. Ramlee. Ini satu perjalanan yang panjang bermula daripada saya yang datang dari Kedah dan kemudian belajar di UITM tentang pembikinan filem ,” katanya ketika ditemui Getaran di sidang media maya drama Masih Ada Rindu.

Bahkan, Farid berkata, dia sendiri tidak pasti adakah dia mampu bertahan untuk kekal melakonkan watak  hero dalam filem di Malaysia. Semuanya bergantung kepada tawaran dan rezeki. 

Menafikan keputusan itu dibuat kerana terkait dengan beberapa kontroversi yang melanda dirinya, pelakon filem Anak Halal itu malah bersyukur dengan ujian tersebut kerana telah menjadikannya seorang individu yang lebih matang.

“Semua yang terjadi kepada saya sudah tertulis. Sebagai manusia saya berserah diri kepada yang Maha Esa kerana Dia lebih mengetahui apa seterusnya akan jadi kepada saya. Saya sangat bersyukur, pengalaman yang saya alami memberi kematangan dalam hidup saya serta rahmat yang berbeza tak pernah saya rasa sebelum ini.

“Saya tak pernah rasa takut untuk hidup. Tak pernah rasa malu sebab saya tahu di mana saya berdiri. Kebenaran pasti akan wujud,” katanya lagi.

Sebelum bersara, Farid ingin meninggalkan legasinya dalam industri filem Malaysia. Maka, dia telah mempersiapkan anak sulungnya iaitu Muhammad bagi memulakan langkah dalam bidang lakonan. Siapa tahu, Muhammad bakal menjadi wajah baru yang mengisi watak hero filem-filem tanah air. 

Farid bakal muncul sebagai watak utama menerusi drama bersiri Masih Ada Rindu yang bakal ditayangkan di TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam bermula hari ini. Turut sama menjayakan drama 16 episod itu ialah Mimi Lana, Dayang Areeda, Fahmy Reza dan Rahim Jailani. - Getaran, 2 Jun 2021.



 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN