web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasha Sandha Tidak Putus Terima Tawaran Kerja

Aktres itu menganggap segala rezeki yang diterima adalah tuah daripada ahli keluarganya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 12:18PM

Fasha Sandha dan Ketua Pegawai Eksekutif ALFARO, Farooq Ahmed Khan (kiri) pada majlis pelancaran pembukaan ALFARO Exclusive, baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Tidak putus-putus menerima tawaran kerja, aktres Fasha Sandha, 40, menganggap rezeki yang diperolehnya adalah tuah daripada keluarganya.

Dikenali sebagai antara pelakon berdisiplin, bintang filem Cicak-Man ini juga percaya sikap itu rahsia kejayaannya untuk terus bertahan dalam karier seni.

"Alhamdulillah, ini semua rezeki anak-anak dan suami. Saya tak sangka masih bertahan sehingga hari ini dan masih menerima tawaran lakonan... rasanya kerana disiplin juga saya berada pada tahap ini, dan saya juga akan mendidik adik saya, Elisya Sandha (aktres) untuk membuat perkara sama (mengamalkan disiplin)," katanya selepas melancarkan pembukaan cawangan baharu ALFARO Exclusive di sini, baru-baru ini.

Walaupun sibuk dengan kerjayanya itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya matanya.

"Paling penting, suami isteri kena tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas. Pastikan makan pakai semua tersedia. Sesibuk mana pun kita, jangan pernah melupakan apa isteri (patut) lakukan. Bukanlah nak kata saya sempurna atau wanita solehah, tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu yang baik," katanya.

Berkongsi kerjasamanya dengan ALFARO, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini bersyukur diberikan kepercayaan menjadi duta kepada jenama berkenaan selama dua tahun.

"Alhamdulillah, saya teruja menjadi sebahagian daripada keluarga ALFARO. Setiap rekaan baju ALFARO sangat cantik dan eksklusit manakala harga pula berpatutan," katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri 50 episod berjudul Malang Si Puteri bermula 11 Mac ini.

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ALFARO, Farooq Ahmed Khan berkata, pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Fasha Sandha kerana komitmen dan disiplin yang tinggi sekali gus mampu memberi pengaruh besar kepada impak perniagaan mereka.

"Kehadiran dia boleh membantu memberi hasil jualan lebih daripada jangkaan sasaran kami," katanya yang menyasarkan jualan sehingga RM5 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya tahun ini.

Sempena musim perayaan yang bakal tiba, jenama pakaian itu menawarkan 150 rekaan abaya dan 95 rekaan baju kurung dan moden pada harga RM19 hingga RM199, selain 33 rekaan beg tangan pada harga RM139.

"Kali ini, kita fokus kepada penggunaan kain broked dan kain nida, yang semuanya dijahit sendiri di kilang kami di Dubai. Komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah terbaik," katanya.

Sebelum ini, ALFARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara, tahun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Latihan Dah Buat, Kecederaan Fasha Sudah Suratan - Azhan Rani

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Fasha Sandha Masih Berguru Dengan Fauziah Nawi Biarpun Sudah 20 Tahun Bergelar Pelakon

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tunai Umrah Buat Kali Pertama, Fasha Sandha Doa Di Tanah Suci Supaya Dikurniakan Anak Lelaki

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Saya Bukan ‘Anak Ikan’ - Afieq Shazwan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa