web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tunai Umrah Buat Kali Pertama, Fasha Sandha Doa Di Tanah Suci Supaya Dikurniakan Anak Lelaki

Menurut Fasha Sandha, suaminya iaitu Aidil Aziz menginginkan zuriat lelaki, dan itu adalah salah satu daripada doanya saat berada di Tanah Suci Mekah ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 11:00AM

Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres terkenal, Fasha Sandha telah berpeluang mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali dalam hidupnya baru-baru ini.

Lebih manis, kunjungan Fasha ke Tanah Suci turut ditemani oleh suaminya iaitu pelakon, Aidil Aziz.

Fasha sewaktu ditemui di sidang media pelancaran drama terbaru lakonannya yang berjudul Serpihan Sayang berkata, dia sangat gembira dan bersyukur akhirnya berpeluang menjadi tetamu Allah.

"Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah. Malah, satu ketika dahulu, saya sudah hampir membeli tiket penerbangan, namun tiba-tiba mereka kata tak boleh kerana tidak mempunyai mahram pada ketika itu.

"Selepas berkahwin dengan Aidil pula saya merancang untuk pergi bersama suami, tetapi tiba-tiba pandemik melanda dunia. 

"Jadi baru sekarang saya diberikan kesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah," kongsinya teruja.

Fasha juga memberitahu disebabkan ini adalah kali pertama dia mengerjakan ibadah umrah, dia hampir tiada masa untuk mengemaskini perkembangannya di Tanah Suci selama sembilan hari berada di sana.

"Saya agak sibuk selama berada di sana. Ini adalah pertama kali saya dijemput menjadi tetamu Allah, jadi saya mahu menikmati setiap detik yang penuh bermakna. Saya enggan membuang masa menyunting gambar atau video untuk dimuatnaik di akaun media sosial saya.

"Setiap orang punya cara mereka sendiri. Bagi saya, saya selesa untuk tidak terlalu fokus pada media sosial saat saya bercuti mahupun mengerjakan umrah," ujarnya

Kongsi pelakon filem Cicakman ini lagi, disebabkan jarang berkongsi perkembangannya di media sosial, ada pengikutnya yang beranggapan bahawa dia tidak sihat sewaktu berada di sana. 

Ditanya apakah doanya sewaktu berada di Tanah Suci, kata Fasha antara doa yang dipohonnya adalah supaya dikurniakan zuriat lelaki bersama Aidil.

"Aidil sangat menginginkan anak lelaki. Sebenarnya sejak tahun lepas lagi dia mahu menambah zuriat. 

“Tetapi ketika itu saya sibuk dengan penggambaran drama Rampas Cintaku. Drama ini juga bakal disambung untuk musim kedua pada tahun ini. Nampaknya kena tunggu saya habis penggambaran, barulah kami dapat merancang untuk mendapatkan zuriat seterusnya," kongsinya. 

Melihat bentuk tubuhnya yang agak susut berbanding beberapa bulan lalu, Fasha mengakui bahawa dia kini sedang menjalani diet untuk mengurangkan berat badan demi memenuhi tuntutan watak. 

"Setakat ini saya sudah turun lapan kilogram. Saya perlu turunkan tujuh lagi kilogram demi mendapatkan bentuk tubuh yang dikendaki oleh watak dalam drama Rampas Cintaku musim kedua. 

"Susah juga sebenarnya sebab keturunan saya memang jenis genetik berbadan besar. Tetapi saya perlu mendisiplinkan diri untuk terus konsisten menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan selain bersenam di gimnasium. 

"Saya juga akan elak untuk makan malam selepas pukul 7. Tetapi, kadang-kadang ada hari yang terbabas jua bila berjumpa dengan kaum keluarga di acara makan malam," katanya. 

Beralih ke soal kerjaya pula, Fasha bakal muncul dengan drama Serpihan Sayang yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 tidak lama lagi. 

Dalam drama arahan Amor Rizan itu, dia akan bergandingan bersama Aeril Zafrel dan Shah Jazle. Turut terlibat dalam drama ini ialah adiknya sendiri iaitu Elisya Sandha.  - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...