web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Razzuan Rosli Melangkah Yakin Di Pentas Nyanyian

Pelakon ini muncul dengan single kedua, Cinta Kayangan, terbitan Universal Music Malaysia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang baru mencuba nasib dalam dunia nyanyian, Razzuan Rosli terus melangkah yakin apabila hadir dengan single terbaru, Cinta Kayangan, terbitan Universal Music Malaysia. 

Kemunculan single ini adalah bukti yang dia semakin selesa dengan dunia nyanyian selepas hadir dengan single pertama berjudul ‘Akur’ pada 2022.

Razzuan atau lebih mesra disapa sebagai Razz ini pernah menjelaskan kepada pihak media bahawa 2024 adalah tahun untuk dia mengukuhkan namanya dalam industri seni. 

Jadi, single Cinta Kayangan ini bolehlah dianggap sebagai pembuka tirai ke arah perjalanan seni yang diidamkan. 

Bercakap mengenai single terbaharu ini, Razz berharap ia dapat diterima baik oleh peminat walaupun mungkin ada kekurangan. Jelas Razz, dia sedar dia bukanlah seorang penyanyi yang baik, namun dia berusaha keras untuk memperbaiki cara nyanyian dan mempelajari teknik vokal. 

“Single Cinta Kayangan membawakan tema cinta buta. Untuk lagu ini saya cuba untuk menggambarkan bagaimana cinta itu pada hakikatnya adalah sesuatu yang subjektif.

“Dalam hidup ini kadang kala kita jumpa dengan orang yang kita rasa kena dengan kita, tapi sebenarnya tidak. Jadi, kita tidak boleh hendak bersama atau meneruskan perhubungan itu.

“Terkadang apa yang kita rasakan tidak selaras dengan kenyataan dan hubungan itu mungkin hanya angin lalu. Perkara ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa tidak semua pertemuan adalah ditakdirkan dan bukan semuanya harus dilanjutkan atau dipertahankan,” ulas Razz.

Ketika ditanya tentang tajuk yang dipilih, Razz memberitahu ia kerana cinta itu sesuatu yang mahal. 

“Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan? Sebab cinta tu sesuatu yang mahal. Untuk kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah ABC. Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta.

“Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini wujud juga disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan,” katanya.

Berkongsi mengenai video muzik lagu Cinta Kayangan pula, Razz berkata ia berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagiaan.

“Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki.

“Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang yang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai Impian,” ujar Razz.

Cinta Kayangan kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. - Getaran, 17 Februari 2024

Foto : Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN