web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tyzo Akui Minta Naik Gaji, Cuma RM500

Tyzo minta sambung kontrak selama enam bulan sahaja selepas permintaan naik gaji tidak dipersetujui.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 8:54AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio Suria FM, Tuah Zulqarnain Idris atau Tyzo menafikan dakwaan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse bahawa dia tidak berminat menyambung kontrak bersama radio popular Suria FM.

Perkara ini disampaikan oleh Tyzo ketika sesi pertemuan dengan pihak media sejurus sidang media Suria FM berakhir pada Jumaat.

Tyzo selepas menerima anugerah Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 tahun lalu. - gambar fail
Tyzo selepas menerima anugerah Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 tahun lalu. - gambar fail

Tanpa berselindung, Tyzo juga mengakui penyambungan kontrak selama enam bulan adalah permintaaannya selepas pihak pengurusan Suria FM tidak mahu menaikkan gajinya.

“Memang benar saya yang minta sambung kontrak selama enam bulan sahaja. Ini kerana saya ada minta kenaikan gaji sebanyak RM500.

“Apabila mereka tidak dapat penuhi permintaan ini, saya sarankan kontrak enam bulan dahulu kerana saya masih mahu berbincang soal gaji ini untuk penyambungan kontrak seterusnya,” ulas Tyzo.

Jelas Tyzo, permintaannya itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perkara yang sama turut berlaku dengan kontrak rakan penyampainya, Sharifah Shahira.

"Kenapa kali ini lain pula ceritanya? Sebelum ini, kontrak Kak Rara (Sharifah Shahirah) juga diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa apabila giliran saya, terus buat kesimpulan yang saya sudah tidak berminat?

"Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya kerana saya tidak berjumpa dengan pihak pengurusan. Sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya sama ada mahu sambung kontrak atau sebaliknya.

"Adakah kerana saya minta kenaikan gaji sebanyak RM500 itu membuatkan mereka tidak mahu sambung kontrak saya? Kalau pihak pengurusan kata saya Diva, mengapa saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu?”

“Sebab itulah saya menganggap apa yang terjadi terhadap saya ini adalah satu tindakan yang tidak profesional. Saya masih lagi mahu bekerja kerana saya ada anak yang mahu disara. Jiwa saya masih di bidang penyampaian radio,” ujar Tyzo sambil menahan sebak.

Dengan kemelut yang melanda ini, Tyzo sekali lagi memberi komen yang agak mengejutkan apabila dia berterus-terang tidak akan teragak-agak untuk kembali ke konti radio Suria FM jika masih ada sinar untuknya.

“Seandainya mereka masih mahu memanggil saya untuk meneruskan tugas penyampai, saya tidak ada masalah. Ini kerana saya masih cintakan bidang radio.

“Saya masih mahu bekerja. Saya juga tidak salahlah pihak pengurusan atasan kerana mungkin mereka tidak tahu sebenarnya yang berlaku,” ujar Tyzo.

Dalam perkembangan lain, Tyzo memberitahu sehingga kini dia belum lagi mendapat tawaran kerja daripada mana-mana stesen radio selain tugas pengacaraan yang ditawarkan oleh RTM sebelum ini. – Getaran, 20 Januari 2024

Foto : Rahayu MN

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN