web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alvin Chong Terima Undangan Longines, Rakam Muzik Video di Switzerland

Selebriti Malaysia pertama yang diberi peluang untuk mengadakan penggambaran di Muzium Warisan Longines.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 8:06AM

gambar Universal Music Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi kepada pelakon dan penyanyi, Alvin Chong. 

Selepas berkolaborasi dengan penyanyi Korea Selatan menerusi lagu hit ‘onemorenight’, penyanyi dan pelakon yang fasih berbahasa Melayu ini kembali dengan sesuatu yang membanggakan apabila berpeluang bekerjasama dengan jenama antarabangsa, Longines untuk merakam muzik video single terbaharunya, ‘Over Again’.

Sebagai rakan kepada Longines semenjak hampir dua tahun lalu, Alvin telah dijemput untuk melawat Muzium Warisan Longines di Switzerland, selain peluang untuk merakamkan video muzik ‘Over Again’ di sana. 

Justeru, video muzik itu berlatarkan pemandangan indah Switzerland dan lebih membanggakan Alvin adalah selebriti Malaysia pertama serta antara yang pertama di dunia diberi peluang untuk membuat penggambaran di Muzium Warisan Longines.

Bercerita mengenai single terbaharunya itu, Alvin memberitahu kali ini dia mempertaruhkan genre slow rock kerana sudah menjadi sifatnya yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. 

“Slow rock adalah genre baharu yang saya ingin cuba. Lagu ini mempunyai rangkaian not yang luas, bermula dengan bariton yang sangat rendah pada permulaan dan akhirnya korus yang memuncak. Saya percaya ‘Over Again’ pasti menyeronokkan apabila dipersembahkan dengan live band,” ujar Alvin.

Over Again menyelami kekesalan dalam perhubungan kekasih ekoran tindakan terburu-buru sehingga menyebabkan kedua-dua pihak yang terlibat dalam perhubungan itu tersakiti. Apabila masa berlalu, kesedaran muncul dan menyedarkan bahawa kerosakan yang telah terjadi tidak dapat dipulihkan lagi,” ulas Alvin mengenai karya ini.

Disusun dan diterbitkan oleh Seatravel, karya ini digubah dengan bijak oleh sekumpulan pemuzik profesional berbakat iaitu Lew Jia Hao, Chaw Liang Xin, Jayson Teoh Xiong Phen, dan Chai Shing Di, yang turut menulis lirik lagu tersebut.

Lagu ini juga adalah sedikit pengenalan buat album penuhnya yang bakal muncul tidak lama lagi. ALVN menyatakan bahawa mereka masih dalam proses pemikiran untuk konsepnya. Menariknya, terdapat tiga lagi lagu yang akan dikeluarkan sebagai single seterusnya dan Alvin masih akan berkarya sebelum mengeluarkan album sulungnya.

Over Again’ sudah pun berada di semua platform digital sejak 8 Disember 2023 lalu. Video muzik lagu itu juga boleh ditonton di saluran YouTube. - Getaran, 26 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Switzerland Henti Sah, Keluar Sijil Vaksinasi Covid-19

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Terbuka Switzerland: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir

4

Selera 3 tahun yang lalu

Pengeluar Coklat Toblerone Tidak Lagi Guna Imej Puncak Gunung Matterhorn

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa