web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluar Coklat Toblerone Tidak Lagi Guna Imej Puncak Gunung Matterhorn

Pembungkusan baharu akan menyertakan logo yang tersendiri yang diinspirasi daripada arkib Toblerone dan disertakan dengan tandatangan pengasas Toblerone.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 10:38AM

Pembungkusan Toblerone akan dikemas kini dan dimodenkan- Gambar Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu.

Menurut syarikat yang dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat (AS) Mondelez itu pembungkusan Toblerone akan dikemas kini selari dengan keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluaran luar daripada Switzerland yang mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara, lapor United Press International (UPI).

Imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.

"Reka bentuk baharu pembungkusan akan dimodenkan dan diperkemas sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga," menurut seorang jurucakap Mondelez. 

Pembungkusan baharu akan menyertakan logo yang tersendiri yang diinspirasi daripada arkib Toblerone dan disertakan dengan tandatangan pengasas Toblerone, lapor BBC. 

Menurut The Guardian, pada 2017 Switzerland meluluskan undang-undang yang menyekat penggunaan simbol nasional pada makanan dan pembungkusan industri.

Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bahan mentah sesuatu produk mesti diperolehi dari negara tersebut agar produk itu boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di Switzerland. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Cocoa Straits 1778 Perkenal Coklat Dihiasi Kerajang Emas 24k Pertama Di Malaysia

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Alvin Chong Terima Undangan Longines, Rakam Muzik Video di Switzerland

3

TARA 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Terbang Ke Langkawi Untuk Coklat, Shouq Shoppe Menanti Anda Di Putrajaya!

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Switzerland Henti Sah, Keluar Sijil Vaksinasi Covid-19

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN