web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menjelang Hari Pernikahan, BCL Tukar Nama Profil Instagram

@itsmebcl adalah pilihan nama terbaharu BCL untuk akaun media sosialnya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 5:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti popular, Bunga Citra Lestari (BCL) telah menukar nama profil akan Instagramnya kepada @itsmebcl. Tiada lagi nama Sinclair yang menjadi nama keluarga arwah suaminya, pelakon dan pengacara Ashraf Sinclair.

Tindakan BCL ini sudah pasti membuatkan peminat dan netizen semakin yakin yang dia bakal bernikah dengan jejaka pilihannya ,Tiko Pradita Aryawardhana pada hujung minggu ini di Bali. Sehingga kini baik BCL mahupun Tiko, masing-masing masih tidak memberi sebarang kenyataan berhubung majlis pernikahan ini.

Mengintai ruangan komen, ada pelbagai reaksi peminat yang boleh dilihat. Ada yang bersetuju, ada yang tidak suka, malah ada juga yang memberi kata-kata semangat untuk BCL meneruskan kehidupan.

“Kak Unge jujur aku ikut senang mendengar kamu mahu nikah, tapi di sisi lain aku sangat sedih kerana apabila teringat betapa dalamnya cinta kamu kepada Ashraf. Tapi kamu juga berhak bahagia, semoga dengan suami kamu yang baru, boleh menjadi soulmate baru lagi yang menghiasi hidupmu. Amin,” komen seorang peminat. 

Salah seorang peminat lagi turut memuatkan komen membela tindakan BCL dan menempelak peminat yang seakan-akan cuba mengajar BCL untuk mengatur kehidupannya mengikut kehendak orang lain.

“Kenapa mahu mengatur hidup orang si guys? Sokong sahaja, kerana nikah itu termasuk ibadah. Kenapa dengan masalah lalu calon suami kak Bunga? Setiap orang punya sisi buruk akan tetapi sisi buruk itu boleh diubah bergantung kepada kesunggahan hati seseorang. Kalau itu memang sudah menjadi pilihan kak Bunga, kenapa kita tidak sokong sahaja. Yang pastinya kak bunga juga sudah memikirkanya dengan matang", ulas peminat yang menggunakan nama @olick_01.

Kompas.com pada Sabtu lalu melaporkan bahawa Lurah atau ketua tempat tinggal BCL di Pejaten Barat, Asep Ahmad Umar  mengesahkan bahawa BCL dan Tiko sudah menyerahkan dokumen yang diperlukan acara pernikahan. Bagaimanapun, Asep tidak mendedahkan tarikh dan lokasi pasangan ini akan bernikah. - Getaran, 1 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bunga Selamat Bernikah Dengan Tiko Aryawardhana

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bunga Citra Lestari Bakal Bernikah Di Bali Pada 2 Disember

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Penuh Emosi Buat Bunga Citra Lestari, Terkenang Momen Bersama Arwah Ashraf Sinclair

4

TARA 3 tahun yang lalu

“Saya Memang Tak Boleh Pisah Dengan IG Saya” Aliff Syukri Juga Menyesal Keluarkan Video Tangisan 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN