web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Memang Tak Boleh Pisah Dengan IG Saya” Aliff Syukri Juga Menyesal Keluarkan Video Tangisan 

Aliff memberitahu, video tangisan itu tercetus rentetan daripada pergaduhan yang tercetus di antara dia dengan bonda dan isterinya. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 5:00PM

Aliff Syukri mengakui tidak dapat berpisah dengan platform media sosial Instagram (IG) miliknya. - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan produk terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bahawa dia sama sekali tidak dapat berpisah dengan platform media sosial Instagram (IG) miliknya. 

“Saya dah cuba keluar dan lari ke hutan, ke pantai dan lari daripada bonda, isteri dan anak-anak saya. Tapi, saya hanya mampu bertahan selama empat hari sahaja. 

“Memang saya tidak boleh berpisah dengan IG saya dan waktu saya keluar daripada platform itu pun, saya tidak kata saya akan melakukannya untuk selama-lamanya. 

“Saya juga menyesal sebenarnya membuat video tangisan itu. Perkara itu sebenarnya cukup mengaibkan diri saya sendiri. 

“Tapi, percayalah video tangisan itu bukan dibuat-buat. Sebaliknya, ia ikhlas datang daripada hati saya. Tiada siapa yang paksa,” katanya. 

Aliff Syukri turut menyesal membuat video tangisan itu. - Gambar fail
Aliff Syukri turut menyesal membuat video tangisan itu. - Gambar fail

Aliff memberitahu, video tangisan itu tercetus rentetan daripada pergaduhan yang tercetus di antara dia dengan bonda dan isterinya. 

“Mereka memang tidak setuju dengan muzik video tersebut dan meminta ia dipadam dan diturunkan daripada YouTube. 

“Tapi, kenapa saya mahu padam atau turunkan. Saya tidak buat apa-apa kesalahan pun dan saya tak mahu gara-gara muzik video ini kami bergaduh. 

“Untuk bonda saya, isteri saya dan keluarga saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tiada niat untuk lukakan hati anda semua. 

“Tapi ia adalah perjuangan saya bergelar anak seni, sebagai  seorang artis. Ini adalah impian saya,” katanya. 

Usahawan terkenal itu merasakan dia tidak patut memadam akaun IGnya dan melarikan diri. - Gambar fail
Usahawan terkenal itu merasakan dia tidak patut memadam akaun IGnya dan melarikan diri. - Gambar fail

Jelas Aliff Syukri lagi, dia juga tidak patut padam akaun IGnya itu dan melarikan diri. 

“Saya macam terlajak buat. Tapi, saya betul-betul sedih waktu itu dan saya juga minta mak saya memadam video yang dibuatnya itu sehingga sanggup mengundurkan diri. 

“Alang-alang sudah malu dengan netizen, saya pun tinggalkan semua. Supaya saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. 

“Dan untuk kembali dan tampil ke hadapan  semula, saya cuba kuatkan diri saya, macam Badang, macam Mat Kilau. 

“Saya perjuangkan seni saya dan ia kemudian menjadi trending dalam tempoh 9 jam selepas ia dimuatnaik di YouTube. 

“Ia membuktikan suara saya punya nilai tersendiri dan terima kasih kepada peminat-peminat saya,” katanya. 

Sepanjang dia melarikan diri daripada IGnya itu, Aliff mengakui bahawa dia mahu menjual akaun media sosialnya yang berjumlah lebih 4 juta pengikut itu dengan harga RM500,000. 

“Saya fikir, kalau saya jual akaun saya ini, saya mahu buat yang baru. Tapi, ramai sangat yang ding dong ding dong dan ada pula yang minta diskaun,” katanya. 

Isu Pada

Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin

20 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 minggu yang lalu

Pop Meals Terima Pensijilan Halal, Mahu Kembang Operasi Seluruh Malaysia 

2

Usahawan 3 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Menangis Bukan Lambang Kegagalan

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk