web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Noki Akui Hati Sudah Dimiliki, Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Depan

Ahli kumpulan K-Clique itu dilaporkan sedang menjalin hubungan rapat dengan pelakon, Ezzanie dan berhasrat berkahwin pada usia 30 tahun

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 6:57PM

gambar Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai peminat melahirkan rasa cemburu ketika menerima perkhabaran bahawa ahli kumpulan K-Clique, Noki difahamkan sedang menjalin hubungan rapat dengan pelakon baharu Ezzanie dan bercadang untuk menamatkan zaman bujang tahun depan.

Menurut Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem War On Terror: KL Anarki baru-baru ini, memaklumkan bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati dan mereka sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

“Kalau nak kata ke fasa lebih serius, itu memang ada kerana saya rancang berkahwin tahun depan, namun itu sekadar perancangan. Doakan kami.

“Saya memang ada sasaran nak kahwin pada usia 25 tahun, tengok kebanyakan kawan rapat termasuk anggota K-Clique ramai dah berkeluarga. Saya pun teringin menikmati bahagia macam mereka.

“Kalau boleh tahun depan (kahwin) iaitu pada usia saya 30 tahun. Sebenarnya target kahwin umur Nabi. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika umur Baginda 25 tahun. Jadi dah terlajak 5 tahun ni, saya target seterusnya 30 tahun. Insya-Allah,” jelas Noki.

Noki turut memaklumkan bahawa Ezzanie adalah wanita yang serasi dengannya, memandangkan dia juga berada dalam industri yang sama dan dikatakan terlalu awal untuk mengumumkan perkara ini.

“Dia juga orang seni, baru bina kerjaya sebagai pelakon. Kami sekepala dan mungkin kerana itu mudah serasi. Bukannya saya tak mahu memperkenalkan dirinya kepada umum, semua ini masih terlalu awal dan buat masa ini biarlah saya sahaja yang tahu,” ujarnya.

Sementara itu, filem arahan Kroll Azry dan Frank See yang bakal menemui penonton pada 23 November ini turut dibintangi Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Qi Razali, Daiyan Trisha, Naque Ariffin, Wan Hanafi Su, Kahoe Hon dan Daniel Ga. – Getaran, 21 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN