Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Waheeda Kembali Ke Persada Seni

Diiringi tekad baharu, kini Waheeda ingin dikenali sebagai komposer, pemuzik, pencerita menerusi karyanya

Selebriti Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 8:00PM

gambar Amirul Fouzi (That Ain’t Bulb Studio)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia hiburan tempatan memang penuh dengan kejutan. Ada sahaja berita yang tidak diduga berlaku. Sama ada yang enak didengar atau sebaliknya. Terkini, penyanyi yang pernah menambat hati rakyat Malaysia dengan lagu pop-etnik fusion seperti Wassini, Binafsha dan Dua Dalam Bahtera mengumumkan yang dia kini kembali ke arena muzik tempatan selepas lebih 15 tahun menyepikan diri.

Dalam satu kenyataan media, penyanyi itu juga mendedahkan bahawa beliau telah terlibat dalam beberapa projek baharu dan memaklumkan sepanjang tempoh menyepikan diri, dia berjaya mengasah bakat dalam bermain pelbagai alat muzik seperti biola, selain memantapkan kemahiran bermain piano.

Untuk rekod, Waheeda mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjaya seni pada 2009, iaitu selepas menjadi suri hati kepada penyanyi dan penceramah terkenal, Akhil Hayy.

Kepulangannya ke industri seni bukan lagi membawa misi yang sama, tetapi dia kini mahu dikenali sebagai komposer, pemuzik, dan pencerita melalui lagu-lagu yang dihasilkan. Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah binti Abdul Wahab, 45, memulakan kerjayanya pada 2002 dengan lagu duet Musytaqun bersama Yasin Sulaiman.

Jika diimbas, Waheeda mempunyai rekod yang memberangsangkan sebagai seorang penyanyi. Apa tidaknya, single pertamanya, Wassini yang dilancarkan pada 2003 berjaya melonjakkan namanya sehingga memenangi kategori Irama Malaysia di Anugerah Juara Lagu 2003.

Album pertamanya, Binafsha yang diterbitkan pada 2004 pula dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik dan Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik.

Tidak cukup dengan itu, Waheeda juga mewakili Malaysia di Festival Voice of Asia di Kazakhstan pada 2004 dan berjaya menarik perhatian juri serta penonton dengan kebolehan vokal

dan gaya yang unik, hingga berjaya meraih tempat ketiga.

Waheeda terus menghasilkan banyak lagi lagu yang menggabungkan elemen kepelbagaian etnik dunia dengan sentuhan moden seperti Now I Do, Melodi Ahlan, Sindiran dan banyak lagi.

Dengan namanya yang meniti di bibir peminat, Waheeda turut berpeluang melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Antara filem dan rancangan TV yang dijayakan olehnya ialah Jutawan Fakir, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, dan I Know What You Did Last Raya.

Semua katalog muzik Waheeda yang menampilkan dua album utama iaitu Binafsha dan album Etnik Terbaik AIM 2008, Melodi Ahlan kini boleh didapati di semua platform penstriman utama di seluruh dunia termasuk Spotify, Apple Music, Youtube, Youtube Music, Amazon Music, Tidal, Deezer, dan Joox

Waheeda kini diurus sepenuhnya oleh Skyson PR, iaitu agensi perhubungan awam dan kreatif yang mengurus beberapa lagi bakat terkenal.

Bagi 2024, Waheeda dan Skyson PR menjangkakan untuk menghasilkan lagu-lagu baru yang menampilkan beberapa vokalis terbaik Malaysia. Mereka kini sedang berbincang untuk mengadakan kolaborasi dengan beberapa penyanyi yang berada di carta terunggul. Peminat dijangkakan dapat mendengar single baru Waheeda pada suku pertama tahun 2024.

Ikuti Waheeda di rangkaian media sosial seperti Instagram dengan nama pengantar @scarlett_requiem dan juga di platform TikTok dengan nama pengantar @officiallywaheeda. - Getaran, 23 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Muzik 3 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

Biarpun drama Lelaki Itu menerima capaian di media sosial sebanyak 1.13 bilion, namun Erma enggan menyambung drama itu untuk musim kedua

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 9 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran